Perjanjian Keempat Nabi Musa AS

“Mereka berkata: ‘Wahai Musa, serulah untuk kami Tuhanmu dengan perjanjian-Nya bersamamu’ ”

Banyak perkara telah berlaku di antara tempoh Perjanjian Ibrahim dan Musa (Salam Kepada Mereka) dan rman- rman Tuhan yang berkait dengan anak-anak Ibrahim telah menjadi kenyataan: “Kemudian Tuhan berfirman kepada Abram, ‘Jangan ragu yang keturunanmu akan hidup sebagai pendatang di sebuah negara yang bukan milik mereka, di mana mereka akan menjadi hamba yang ditindas selama empat ratus tahun.’ ” Yaakub dan Yusuf (Salam Kepada Mereka) telah masuk ke Mesir dan mereka telah membawa keluarga mereka bersama mereka dan setelah Yusuf wafat, anak-anak Israel telah menjadi hamba di Mesir selama empat ratus tahun sehinggalah sang penyelamat yang telah dijanjikan, iaitu Musa (AS) muncul. Punca mengapa terjadinya perhambaan ke atas bani Israel adalah kerana mereka telah melanggar Perjanjian Ibrahim. Mereka telah hidup dalam keberkahan yang besar di Mesir pada zaman Yusuf, sewaktu pemerintahan Akhenaten (AS), iaitu seorang Raja monoteistik pada zaman Yusuf, tetapi selepas kematian Raja Akhenaten, anaknya, Raja Tut telah mengambil alih pemerintahan pada usia yang muda iaitu pada umur sembilan tahun. Saudara-mara kepada isterinya dan pendeta-pendeta pada masa itu telah mengawalnya dan menyebabkan dia menarik balik keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh arwah bapanya dan mengembalikan agama kerajaan tersebut kepada kesyirikan yang mereka pernah amalkan sebelum itu, dan mereka kemudiannya membunuh Tut. Bani Israel pada masa itu kekal berdiam diri dan tidak membantah apa-apa pun dan menerima semula tuhan-tuhan palsu dan agama-agama palsu Mesir kerana lemahnya keimanan mereka, takutkan kematian dan cintakan dunia. Bani Israel bahkan meninggalkan agama Ibrahim (AS) dan mula menyembah berhala-berhala palsu dan tuhan-tuhan Mesir sehingga mereka melanggar Perjanjian Ibrahim dan menyebabkan mereka ditimpa pembalasan dan azab Ilahi. Oleh itu Tuhan menyerahkan bani Israel kepada orang-orang Mesir yang seterusnya memperhambakan mereka. Hukuman bagi melanggar Perjanjian Adam adalah pengusiran dari Taman Eden dan kemudian Tuhan telah mengampuni Adam (AS) setelah beliau bertaubat dan Perjanjian tersebut telah ditetapkan semula. Kemudian selepas manusia sekali lagi melanggar Perjanjian Adam, Tuhan menghukum mereka dengan banjir. Apabila Namrud dan generasi-generasi selepas Nuh melanggar Perjanjian Nuh, Tuhan telah menghukum mereka dengan meleraikan, menyerakkan dan mengelirukan bahasa mereka. Apabila anak-anak Ibrahim (AS) melanggar Perjanjian Ketiga, Tuhan telah menghukum mereka pula dengan perhambaan selama empat ratus tahun dan Dia telah menubuhkan sebuah Perjanjian baru dengan Musa (AS), dan Tuhan menetapkan peraturan dan hukum bagi Perjanjian baru di dalam Kitab Keluaran Bab 19-24: Bab 19: Lalu Musa pergi menghadap Tuhan, dan Tuhan memanggilnya dari gunung itu dan berkata, “Inilah apa yang kamu perlu maklumkan kepada keturunan Yaakub dan apa yang perlu kamu beritahu kepada bangsa Israel: ‘Kamu sendiri telah melihat apa yang telah aku lakukan kepada Mesir, dan bagaimana aku telah membawa kamu di atas sayap burung helang dan membawa kamu kepada diriku. Sekarang jika kamu taat kepadaku sepenuhnya dan memelihara perjanjianku, maka daripada semua bangsa, kamulah yang bernilai bagiku. Walaupun seluruh bumi adalah milikku, kamu untukku akan menjadi sebuah kerajaan yang terdiri daripada para pendeta dan sebuah bangsa yang suci.’ ” Bab 20: Dan Tuhan telah berfirman dengan semua kata-kata ini: “Akulah Tuhan, Tuhanmu yang telah membawa kamu keluar dari Mesir, dari tanah perhambaan. Kamu mestilah tidak memiliki tuhan-tuhan lain selain aku. Janganlah kamu membuat untuk dirimu sebuah imej dari bentuk apa-apa pun sama ada dari bentuk-bentuk ciptaan di atas langit atau di bumi bawah atau dari dalam air. Janganlah kamu bersujud kepada mereka atau menyembah mereka; kerana aku, al-Rabb, Tuhanmu, adalah Tuhan yang cemburu, yang menghukum anak-anak kerana dosa ibubapa mereka sehingga ke generasi ketiga dan keempat dari mereka yang membenciku, tetapi aku tunjukkan kasih sayangku kepada seribu generasi mereka yang mengasihiku dan memelihara perintah-perintahku. Janganlah kamu menyalahgunakan nama al-Rabb, Tuhanmu, kerana Tuhan tidak akan menganggap sesiapa yang menyalahgunakan namanya sebagai tidak bersalah. Peringatilah hari Sabat dengan memelihara kesuciannya. Enam hari lamanya kamu harus membanting tulang dan melaksanakan semua kerjamu membanting tulang dan melaksanakan semua kerjamu, tetapi hari ketujuh ialah hari Sabat untuk al-Rabb, Tuhanmu. Pada hari tersebut kamu tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan, baik kamu, mahupun anak lelaki atau anak perempuan kamu, mahupun hamba lelaki atau hamba perempuan kamu, mahupun haiwan-haiwan kamu, mahupun mana-mana warga asing yang tinggal di bandar kamu. Kerana dalam masa enam hari Tuhan telah ciptakan langit dan bumi, lautan, dan segala isi di dalamnya, tetapi dia berehat pada hari ketujuh. Oleh itu, Tuhan memberkati hari Sabat dan menjadikannya suci. Hormatilah ayahmu dan ibumu, supaya kamu dapat hidup lama di tanah yang al-Rabb, yang Tuhanmu kurniakan kepadamu. Janganlah kamu membunuh. Janganlah kamu berzina. Janganlah kamu mencuri. Janganlah kamu berikan kesaksian palsu terhadap tetanggamu. Janganlah kamu mendambakan rumah tetanggamu. Janganlah kamu mendambakan isteri tetanggamu, atau hambanya, lelaki atau perempuan, lembu atau keldainya, atau apa sahaja kepunyaan tetanggamu.” Apabila orang ramai melihat guruh dan kilat dan mendengar sangkakala dan melihat gunung itu berasap, mereka menggeletar ketakutan. Mereka berganjak menjauhi dan berkata kepada Musa, “Kamu cakaplah kepada kami sendiri dan kami akan mendengarnya. Tetapi jangan biarkan Tuhan bercakap dengan kami jika tidak kami akan mati.” Musa berkata kepada kaum itu, “Jangan takut. Tuhan datang untuk menguji kamu, supaya ketakutan kepada Tuhan akan berada bersama kamu untuk mencegah kamu daripada berbuat dosa.” Kaum itu tetap menjauhkan diri, sementara Musa menghampiri asap hitam pekat itu di mana Tuhan sedang berada. Kemudian Tuhan berfirman kepada Musa, “Beritahulah kepada bani Israel hal ini: ‘Kamu telah melihat sendiri bahawa aku telah berfirman kepadamu dari syurga: Jangan jadikan mana-mana tuhan sebagai sekutuku; jangan jadikan untuk diri kamu tuhan-tuhan dari perak atau tuhan-tuhan dari emas. Buatkan sebuah mezbah dari tanah untukku dan korbankan di atasnya korban bakaranmu dan korban-korban dari rakan sekutumu, biri-biri dan kambing dan lembumu. Di mana sahaja tempat yang aku tentukan namaku dimuliakan, aku akan datang kepadamu dan berkatimu. Jika kamu membuat sebuah mezbah dari batu untukku, janganlah kamu membinanya dengan batu berhias, kerana kamu akan merosakkannya jika kamu gunakan alatan padanya. Dan jangan naik ke mezbahku dengan anak tangga, jika tidak alat sulitmu mungkin akan terdedah.’ ” 3 Bab 21: Inilah hukum-hukum yang harus kamu tetapkan ke atas mereka: “Jika kamu membeli seorang hamba Ibrani, dia harus berkhidmat kepadamu selama enam tahun. Tetapi pada tahun ketujuh, dia perlu dibebaskan, tanpa membayar apa-apa pun. Jika dia datang seorang diri, dia akan dibebaskan pergi sendirian; tetapi jika dia mempunyai seorang isteri ketika dia datang, isterinya perlu pergi bersamanya. Jika tuannya berikan seorang isteri kepadanya dan isterinya melahirkan anak-anak lelaki atau perempuan untuknya, wanita itu dan anak-anaknya akan menjadi milik tuannya, dan hanya lelaki itu sahaja yang akan dibebaskan pergi. Tetapi jika hamba itu membuat pengakuan, ‘Saya sayangkan tuan saya dan isteri serta anak-anak saya dan tidak mahu dibebaskan,’ maka tuannya perlu membawanya ke hadapan para hakim. Dia hendaklah membawanya ke pintu atau tiang pintu dan menebuk telinganya dengan alat penebuk telinga. Maka dia akan menjadi hambanya buat seumur hidup. Jika seorang lelaki menjual anak perempuannya sebagai seorang hamba, dia tidak boleh dibebaskan sepertimana hamba lelaki. Jika dia tidak memuaskan hati tuan yang telah memilihnya untuk dirinya, tuannya mestilah biarkan hambanya itu ditebus. Tuannya tidak mempunyai hak untuk menjualnya kepada bangsa asing, kerana tuannya telah melanggar kepercayaan dengannya. Jika tuannya memilihnya untuk anak lelakinya, tuannya mesti memberikannya hak sebagai seorang anak perempuan. Jika si anak lelaki itu berkahwin dengan wanita lain, dia tidak boleh menafikan isteri yang pertama dari segi makanan, pakaian dan hak dalam perkahwinan. Jika si anak lelaki itu tidak berikan kepadanya hak kepada tiga perkara ini, dia boleh pergi dengan bebas, tanpa sebarang bayaran wang. Sesiapa yang memukul seseorang dengan satu pukulan yang membawa maut hendaklah dihukum mati. Walau bagaimanapun, jika ianya dilakukan dengan tidak sengaja, tetapi Tuhan yang membiarkan hal itu terjadi, mereka haruslah melarikan diri ke tempat yang aku akan tentukan. Tetapi jika seseorang itu merancang dan membunuh orang dengan sengaja, orang itu mestilah dibawa dari mezbahku dan dihukum bunuh. Sesiapa yang menyerang bapa atau ibunya mestilah dihukum mati. Sesiapa yang menculik orang mestilah dihukum mati, sama ada mangsa telah dijual atau masih dalam jagaan penculik. 3 Keluaran, 1-26 Sesiapa yang melaknat ayah atau ibunya perlu dihukum mati. Jika seseorang itu bergaduh dan orang itu memukul yang seorang lagi dengan sebiji batu atau dengan penumbuknya dan mangsa tersebut tidak mati tetapi tersadai di katil, orang yang memukulnya tidak akan dipertanggungjawabkan jika yang dipukul itu masih dapat bangun dan berjalan-jalan di luar dengan tongkat; walau bagaimanapun, pihak yang bersalah mesti membayar kepada orang yang tercedera itu di atas sebarang kerugian masa dan memastikan bahawa mangsa telah sembuh sepenuhnya. Sesiapa yang memukul hamba lelaki atau perempuan mereka dengan batang kayu mestilah dihukum jika hamba itu mati akibat perbuatannya, tetapi mereka tidak akan dihukum jika hamba itu sembuh selepas satu atau dua hari, kerana hamba itu adalah harta milik mereka. Jika orang bergaduh dan memukul seorang wanita hamil dan dia bersalin pramatang namun tiada kecederaan serius, pesalah mesti didenda dengan apa sahaja tuntutan daripada suami wanita itu dan mahkamah membenarkannya. Tetapi jika ada kecederaan yang serius, kamu hendaklah mengambil nyawa sebagai ganti nyawa, mata dengan mata, gigi dengan gigi, tangan dengan tangan, kaki dengan kaki, melecur dengan melecur, luka dengan luka, lebam dengan lebam. Tuan yang memukul mata hamba lelaki atau perempuan dan merosakkannya mestilah membebaskan hamba itu sebagai bayaran ganti rugi untuk mata tersebut. Dan tuan yang menyebabkan tercabutnya gigi seorang hamba lelaki atau perempuan mestilah juga membebaskan hamba itu sebagai bayaran ganti rugi untuk gigi tersebut. Jika seekor lembu jantan menanduk seorang lelaki atau perempuan sehingga mati, lembu jantan itu hendaklah direjam sehingga mati, dan dagingnya tidak boleh dimakan. Tetapi pemilik kepada lembu jantan tersebut tidak akan dipertanggungjawabkan. Walau bagaimanapun, jika lembu jantan itu mempunyai tabiat suka menanduk dan pemiliknya telah diberi amaran tetapi masih tidak mengikatkannya dan ia membunuh seorang lelaki atau wanita, lembu jantan itu hendaklah direjam dan pemiliknya juga mestilah dihukum mati. Namun, jika bayaran dituntut, si pemilik lembu itu boleh menebus nyawanya dengan membayar apa sahaja yang dituntut. Undang-undang ini juga terpakai jika lembu jantan menanduk seorang anak lelaki atau anak perempuan. Jika lembu jantan itu menanduk seorang hamba lelaki atau perempuan, pemiliknya harus membayar tiga puluh keping perak kepada pemilik hamba tersebut, dan lembu jantan itu hendaklah direjam dengan batu sampai mati. Jika seseorang membuka penutup lubang atau menggalinya dan gagal menutupnya dan seekor lembu atau keldai jatuh ke dalamnya, orang yang membuka lubang itu mestilah membayar kerugian kepada pemiliknya dan mengambil binatang yang mati itu sebagai pertukaran. Jika lembu jantan milik seseorang mencederakan lembu jantan orang lain dan ia mati, kedua-dua pihak hendaklah menjual yang hidup dan membahagikan kedua-dua wang dan haiwan yang mati itu sama rata. Namun, jika diketahui bahawa lembu jantan itu mempunyai tabiat menanduk, tetapi pemilik tidak mengikatnya, pemiliknya harus membayar, binatang dengan binatang, dan mengambil binatang yang mati sebagai ganti.” Bab 22: Sesiapa yang mencuri lembu atau biri-biri dan menyembelihnya atau menjualnya hendaklah membayar balik lima ekor lembu untuk lembu dan empat biri-biri bagi biri-biri. Jika seorang pencuri ditangkap sedang menceroboh masuk pada waktu malam dan dipukul dengan pukulan maut, orang yang mempertahankan diri itu adalah tidak bersalah di atas pertumpahan darah tersebut; tetapi jika ia berlaku selepas matahari terbit, orang yang mempertahankan diri itu adalah dikira bersalah kerana menumpahkan darah. Sesiapa yang mencuri sudah tentu mesti membayar balik, tetapi jika mereka tidak mempunyai apa-apa, mereka mestilah dijual untuk membayar pencurian mereka. Jika haiwan yang dicuri itu didapati masih hidup dalam jagaan mereka—sama ada lembu atau keldai atau biri-biri—mereka mesti membayarnya balik dua kali ganda. Jika seseorang menggembalakan ternakan mereka di ladang atau kebun anggur dan membiarkan mereka tersesat merata dan mereka merumput di padang orang lain, pesalah mestilah menggantikan semula dengan memberikan gantian yang sama dari ladang terbaik mereka sendiri atau ladang anggur. Jika api menyala dan merebak ke semak berduri sehingga membakar berkas biji-bijian atau gandum yang hidup ataupun seluruh ladang, orang yang menyalakan api tersebut harus membayar ganti rugi. Jika sesiapa memberi jirannya perak atau barang-barang untuk disimpan dan ianya dicuri daripada rumah jiran itu, si pencuri, jika ditangkap, mesti membayar balik dua kali ganda. Tetapi jika pencuri itu tidak dijumpai, pemilik rumah itu mesti menghadap hakim, dan mereka mesti menentukan sama ada pemilik rumah itu telah mengambil harta orang tersebut. Dalam semua kes pemilikan haram lembu, keldai, biri-biri, pakaian, atau sebarang harta benda hilang yang lain di mana seseorang berkata, ‘Ini milik aku,’ kedua-dua pihak hendaklah membawa kes mereka ke hadapan hakim. Orang yang hakim isytiharkan sebagai bersalah mestilah membayar balik dua kali ganda kepada seorang lagi. Jika seseorang memberikan seekor keldai, lembu, biri-biri atau mana-mana binatang lain kepada jirannya untuk dijaga dengan selamat dan jika ia mati atau cedera atau dibawa pergi ketika tiada siapa yang melihat, isu di antara mereka ini akan diselesaikan dengan bersumpah di hadapan Tuhan bahawa jiran itu tidak menyentuh harta orang tersebut. Si pemilik harus menerima keputusan ini, dan tiada ganti rugi dikenakan. Tetapi jika haiwan itu dicuri daripada jiran, bayaran balik mesti dibuat kepada pemiliknya. Jika ianya dirobek oleh binatang buas, jiran itu hendaklah membawa cebisan-cebisan itu sebagai bukti dan tidak perlu membayar untuk haiwan yang dirobek itu. Jika seseorang meminjam seekor binatang daripada jirannya dan jika haiwan itu cedera atau mati semasa pemiliknya tiada, mereka mesti membuat pembayaran ganti rugi. Tetapi jika pemiliknya ada bersama dengan haiwan itu, si peminjam tidak perlu membayar. Jika haiwan itu disewa, wang yang telah dibayar sebagai sewaan itu adalah dikira untuk menanggung kerugian tersebut. Jika seorang lelaki menggoda seorang anak dara yang tidak dijanjikan untuk dikahwini dan tidur dengannya, dia mesti membayar mahar pengantin perempuan, dan gadis itu akan menjadi isterinya. Jika bapanya benar-benar enggan melepaskan gadis itu kepadanya, dia tetap harus membayar mahar pengantin perempuan untuk dara tersebut. Jangan biarkan ahli sihir hidup. Sesiapa yang bersetubuh dengan binatang mestilah dihukum bunuh. Sesiapa yang menawarkan korban kepada tuhan lain selain daripada Tuhan mestilah dibinasakan. Jangan menganiaya atau menindas orang asing, kerana kamu dulunya adalah orang asing di Mesir. Jangan mengambil kesempatan terhadap janda atau anak yatim. Jika kamu berbuat demikian dan mereka merintih kepadaku, aku pasti akan mendengar rintihan mereka. Kemarahanku akan bangkit, dan aku akan membunuhmu dengan pedang; isteri-isteri kamu akan menjadi janda dan anak-anak kamu akan menjadi tidak berbapa. Jika kamu meminjamkan wang kepada salah seorang daripada umatku yang miskin di antara kamu, janganlah memperlakukannya sebagai satu urusan perniagaan; jangan kenakan sebarang faedah. Jika kamu mengambil selimut jiranmu sebagai gadaian, pulangkanlah ia sebelum matahari terbenam, kerana selimut itu adalah satu-satunya pelindung yang jiranmu ada. Dengan apa lagi yang mereka boleh tidur? Bila mereka merintih kepadaku, aku akan mendengar, kerana aku berbelas kasihan. Jangan menghujat Tuhan atau mengutuk penguasa kaummu. Janganlah kamu menahan tawaran korban dari jelapang-jelapangmu atau dari bekas-bekas tongmu. Kamu mesti berikan kepadaku anak sulung dari kalangan anak-anak lelakimu. Lakukan perkara yang sama dengan lembu dan biri-biri kamu. Biarlah mereka tinggal bersama ibunya selama tujuh hari, tetapi berikan kepadaku pada hari kelapan. Kamu akan menjadi umatku yang suci. Maka janganlah kamu memakan daging binatang yang telah dirobekkan oleh binatang buas; lontarkanlah ia kepada anjing.5 Bab 23: Jangan sebarkan berita palsu. Jangan menolong orang yang bersalah dengan menjadi saksi yang berniat jahat. Jangan mengikuti orang ramai dalam melakukan kesilapan. Apabila kamu memberi kesaksian dalam tuntutan mahkamah, jangan mencabuli keadilan dengan berpihak kepada orang ramai, dan jangan pilih kasih kepada orang miskin dalam tuntutan mahkamah. Jika kamu terserempak dengan lembu atau keldai musuhmu yang sedang merayau, pastikan kamu mengembalikannya. Jika kamu melihat keldai milik orang yang membenci kamu jatuh rebah kerana bebannya, jangan tinggalkan ia sebegitu sahaja; pastikan kamu membantu mereka dengan membantunya. Jangan nafikan keadilan kepada orang miskin dalam tuntutan mahkamah mereka. Jangan ada kaitan dengan pertuduhan palsu dan jangan jatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yang jujur dan tidak bersalah, kerana aku tidak akan membiarkan orang yang bersalah. Jangan menerima rasuah, kerana rasuah membutakan orang yang melihat dan memutarbelitkan kata-kata orang yang tidak bersalah. Jangan menzalimi orang luar; kamu sendiri tahu bagaimana rasanya menjadi orang luar, kerana kamu dahulunya adalah orang luar di Mesir. Sepanjang enam tahun kamu perlu 5 22, 1-31 mengusahakan ladang-ladang kamu dan menuai hasilnya, namun pada tahun ketujuh biarkan tanah kamu terbiar tidak dibajak dan digunakan. Agar yang miskin di kalangan kamu mendapat makanan darinya, dan binatang-binatang liar dapat makan dari sisanya. Lakukan yang sama kepada ladang anggur dan kebun zaitun kamu. Selama enam hari kamu bekerja, tetapi pada hari ketujuh kamu jangan bekerja, supaya lembu jantan dan keldaimu dapat berehat, dan agar hamba abdi yang telah lahir dari kalangan ahli rumahmu dan orang luar yang sedang hidup di kalangan kamu dapat kembali segar bertenaga. Berhati-hati dengan semua perkara yang aku telah beritahu kepada kamu. Jangan menyeru nama tuhan-tuhan yang lain; jangan biar nama mereka kedengaran dari bibir kamu. Sebanyak tiga kali setahun kamu perlu meraikan perayaan untukku. Raikan Perayaan Roti Tidak Beragi; kerana selama tujuh hari roti telah dibuat tanpa ragi, sebagaimana yang telah aku perintahkan kamu. Rayakannya pada waktu yang telah ditentukan pada bulan Abib, kerana pada bulan itulah kamu telah keluar dari Mesir. Tiada sesiapa yang menghadapku dengan tangan kosong. Raikan Perayaan Menuai dengan hasil-hasil pertama dari tanaman yang telah kamu tanam di ladang kamu. Raikan Perayaan Pengumpulan pada akhir tahun, setelah kamu mengumpulkan hasil tuaianmu dari ladang. Tiga kali setahun semua lelaki perlu menghadap Tuhan Yang Berdaulat. Jangan persembahkan darah korban kepadaku bersama apa-apa sahaja yang mengandungi ragi. Lemak daripada tawaran korban perayaanku tidak boleh disimpan sehingga pagi. Bawalah yang terbaik dari hasil pertama tanahmu ke rumah Tuhanmu. Jangan memasak seekor kambing muda di dalam susu ibunya. Lihatlah, aku utuskan seorang Malaikat mendahului kamu demi menjaga kamu di sepanjang perjalanan dan untuk membawa kamu ke tempat yang aku telah sediakan. Berikan perhatian kepadanya dan dengar apa yang dia katakan. Jangan memberontak terhadapnya; dia tidak akan memaafkan pemberontakanmu, kerana Namaku ada di dalamnya. Jika kamu mendengar dengan teliti apa yang dia katakan dan melakukan semua yang aku ucapkan, aku akan menjadi musuh kepada musuh-musuhmu dan akan menentang sesiapa yang menentangmu. Malaikatku akan pergi mendahului kamu dan membawa kamu ke negeri orang Amori, orang Het,orang Feriz, orang Kanaan, orang Hewi dan orang Yebus, dan aku akan menghapuskan mereka. Jangan sujud kepada tuhan mereka atau menyembah mereka atau mengikuti amalan-amalan mereka. Kamu mesti musnahkan mereka dan menghancurkan batu-batu suci mereka sehingga berkecai. Sembahlah al-Rabb Tuhanmu, dan keberkahannya akan berada pada makanan dan airmu. Aku akan menghilangkan penyakit dari kalangan kamu, dan tidak seorang pun yang akan mengalami keguguran atau menjadi mandul di negerimu. Aku akan berikan kamu jangka hayat yang lengkap. Aku akan menghantar kegerunan terhadapku mendahului kamu dan aku akan mengelirukan setiap bangsa yang kamu akan hadapi. Aku akan menjadikan semua musuhmu berpaling ke belakang dan lari. Aku akan menghantar tebuan mendahului kamu untuk mengusir orang-orang Hewi, Kanaan dan Het daripada laluan kamu. Tetapi aku tidak akan mengusir mereka dalam masa setahun, kerana negeri itu akan menjadi sunyi sepi dan haiwan-haiwan liar akan menjadi terlalu banyak untuk kamu. Sedikit demi sedikit aku akan mengusir mereka dari hadapanmu, sehingga kamu telah menjadi bertambah ramai untuk menakluk tanah itu. Aku akan menubuhkan sempadan untukmu dari Laut Merah sehingga ke Laut Mediterranean, dan dari padang pasir sehingga ke Sungai Furat. Aku akan menyerahkan orang-orang yang tinggal di negeri itu ke tanganmu, dan kamu akan mengusir mereka di hadapan kamu. Jangan membuat Perjanjian dengan mereka atau dengan tuhan-tuhan mereka. Jangan biarkan mereka tinggal di negerimu atau mereka akan menyebabkan kamu melakukan dosa terhadapku, kerana penyembahan kepada tuhan-tuhan mereka pasti akan menjadi jerat bagimu.6 Bab 24: Kemudian Tuhan telah berfirman kepada Musa, “Naiklah menghadap kepada Tuhan, engkau dan Harun, Nadab dan Abihu, dan tujuh puluh orang tua dari Israel. Hendaklah kamu menyembah dari jauh, tetapi hanya Musa sahaja yang boleh mendekati Tuhan; yang lain tidak boleh datang mendekat. Dan orang ramai tidak boleh datang bersamanya.” Apabila Musa pergi dan memberitahu orang ramai semua firman dan hukum Tuhan, mereka menjawab dengan serentak, “Segala perkara yang telah difirmankan Tuhan akan kami lakukan.” Musa kemudiannya menuliskan segala kata-kata yang telah difirmankan oleh Tuhan. Keesokan harinya beliau telah bangun pada awal pagi dan membina sebuah mezbah di kaki gunung tersebut dan memasang dua belas tiang batu yang mewakili dua belas suku Israel. Kemudian beliau telah menghantar pemuda-pemuda bani Israel, dan mereka mempersembahkan korban bakaran dan bersepakat mengorbankan lembu-lembu jantan muda sebagai korban untuk Tuhan. Musa mengambil separuh daripada darah korban dan mengisinya ke dalam mangkuk-mangkuk, dan separuh lagi beliau renjiskan ke atas mezbah. Kemudian beliau telah mengambil Kitab Perjanjian dan membacakannya kepada orang ramai. Mereka menjawab, “Kami akan lakukan segala perkara yang Tuhan telah firmankan; kami akan patuh.” 7 Perjanjian Keempat dengan Tuhan adalah jauh lebih terperinci dengan lebih banyak undang-undang dan arahan. Ini kerana keperluan manusia telah berubah dan undang-undang yang lebih kompleks diperlukan untuk menguruskan hal ehwal mereka. Apabila Perjanjian Pertama turun, hanya ada Adam dan Hawa (Salam Kepada Mereka) dan apabila Perjanjian Kedua ditubuhkan, tidak ada seorang pun selain Nuh (AS) dan keluarganya yang tetap bersamanya menaiki Bahtera. Sewaktu penubuhan Perjanjian Ketiga, tidak ada seorang pun yang tertakluk kepada Perjanjian itu kecuali Ibrahim dan keluarganya (Salam Kepada Mereka) dan orang-orang yang bersamanya, tetapi pada zaman ini, adanya Musa (AS) dan enam ratus ribu orang dari bani Israel, jadi sudah tentulah ada keperluan untuk undang-undang dan ketetapan yang lebih 6 AlKitab Yang Suci, Kitab Keluaran. Bab 23, 1-33 7 24, 1-7 kompleks. Setiap Perjanjian telah diikat dengan kawasan tanah tertentu. Di dalam Perjanjian Adam, Tuhan telah berikan kepada Adam (AS) Taman Eden (di Iraq pada zaman moden). Di dalam Perjanjian Kedua, Tuhan telah berikan Nuh (AS) keseluruhan Bumi. Di dalam Perjanjian Ketiga pula, Tuhan telah berikan kepada Ibrahim (AS) tanah yang dijanjikan dari Nil sehingga ke Furat. Oleh itu, dalam Perjanjian Keempat, Tuhan telah berikan Musa (AS) dari Laut Merah sehingga ke Laut Mediterranean dan dari padang pasir ke Sungai Furat. Tuhan juga memerintah Musa (AS) dengan banyak perkara lain, seperti melarang umatnya bekerja pada hari Sabat, atau hari Sabtu. Ini akan menjadi tanda bagi Perjanjian Musa dengan Tuhan kerana tidak ada umat lain sebelum itu yang berehat dan tidak bekerja pada satu hari dalam seminggu. Banyak bahagian-bahagian lain daripada Perjanjian sebelumnya telah disahkan dalam Perjanjian Musa. Salah satu di antaranya adalah Khatan. Satu lagi perkara yang menarik yang kami ingin sampaikan ialah bahawa di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyebutkan dalam Surah Al-Baqarah: “Dan [sebutkanlah, wahai Muhammad], ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan perintah-perintah dan beliau melakukannya. [Allah] telah berfirman, “Sesungguhnya Aku akan menjadikan kamu seorang pemimpin ke atas manusia.” [Ibrahim] berkata, “Dan dari keturunanku?” [Allah] berfirman: “Perjanjianku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang zalim.” Jadi di sini kita lihat bahawa Perjanjian Tuhan tidak termasuk orang-orang yang zalim, atau anak-anak Qabil. Anak-anak Qabil atau Iblis tidak dilindungi oleh Tuhan dalam apa jua cara, keadaan, atau bentuk. Tuhan seolah-olah membenarkannya walaupun mereka dihapuskan. Di dalam AlKitab ia menyatakan dalam Kitab Keluaran: Seiring dengan waktu, Musa telah menjadi dewasa.. Beliau kemudiannya pergi [menemui] kaumnya dan telah menyaksikan mereka sedang merana di bawah kerja buruh paksa. Beliau ternampak satu orang Ibrani, iaitu salah seorang daripada kaumnya sendiri, sedang dipukul oleh satu orang Mesir. Beliau melihat ke sekeliling, dan setelah beliau tidak nampak sesiapa pun, beliau memukul orang Mesir itu sehingga mati dan menyembunyikan mayat tersebut di dalam pasir. Apabila Musa pergi ke sana pada keesokan harinya, beliau ternampak dua orang lelaki Ibrani sedang bergaduh. Beliau bertanya kepada orang yang memulakan pergaduhan tersebut, “Kenapa kamu pukul sesama Ibrani?” Orang itu bertanya, “Siapa yang mengangkat kamu sebagai pemerintah dan hakim kami? Adakah kamu akan membunuh aku sepertimana kamu membunuh orang Mesir itu?” Kemudian Musa berasa takut dan menyangka bahawa semua orang sudah mengetahui apa yang telah beliau lakukan. Apabila Firaun mendengar apa yang telah dilakukan oleh Musa, dia pun berusaha untuk membunuhnya. Tetapi Musa telah melarikan diri dari Firaun dan menetap di tanah Madyan. Di dalam Kitab Suci al-Qur’an, Surah Al-Qasas, ia menyatakan: “Dan beliau telah masuk ke kota itu tanpa disedari oleh penduduknya, dan beliau mendapati di sana ada dua orang lelaki sedang bergaduh, - salah seorang dari golongannya (agamanya - dari Bani Israil), dan seorang lagi dari musuhnya. Lelaki dari golongannya (sendiri) telah meminta pertolongannya terhadap musuhnya, maka Moosa (Musa) memukulnya dengan penumbuknya dan membunuhnya. Beliau telah berkata: ‘Ini adalah perbuatan Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata yang menyesatkan.’ ”10 Ungkapan “amalan” atau “perbuatan” telah digunakan dalam beberapa keadaan di dalam al-Qur’an, untuk menggambarkan seseorang yang tidak soleh. Di dalam peristiwa orang Mesir yang Musa telah bunuh, orang Mesir itu digambarkan sebagai satu “amalan” atau “perbuatan” Syaitan. Dalam penggunaan istilah yang merujuk kepada anak Nuh (AS), dia juga digambarkan sebagai “amalan yang tidak soleh” atau “perbuatan yang tidak soleh.” Amalan dan perbuatan yang tidak soleh hanya datang dari Iblis dan keturunannya. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa dari segi “perbuatan yang tidak soleh” atau “perbuatan syaitan,” kedua-duanya adalah istilah yang menggambarkan orang-orang yang merupakan keturunan dari Iblis dan Qabil. Dalam kedua-dua situasi, adalah wajar dari segi etika dan moral untuk menghapuskan mereka demi memastikan yang kebaikan dijulang dan kejahatan dihentikan. Tuhan telah memerintahkan Nuh (AS) untuk meninggalkan seseorang agar orang itu mati dalam banjir tersebut dan Musa (AS) mewajarkan tindakannya dengan mengatakan bahawa ianya adalah anak Syaitan. Hal ini perlu diperjelaskan kerana ianya menerangkan kenapa Perjanjian-perjanjian ini dan yang akan datang akan mewajarkan penghapusan, penyeksaan dan penjarahan ke atas orang-orang yang tidak beriman. Ini adalah kerana orang-orang ka r yang tetap di atas kekufuran mereka bukanlah sebahagian daripada Perjanjian dan merupakan perbuatan/amalan/benih/anak-anak Iblis. Atas sebab ini, anda akan dapati di dalam Taurat, Injil, dan al-Qur’an ada banyak ayat berkaitan dengan pembunuhan dan kebinasaan ke atas orang-orang bukan dari Bani Israel, walaupun kadang-kadang, ia melibatkan wanita dan kanak-kanak. Ambil kisah Saul, sebagai contoh, Tuhan telah ber rman di dalam Kitab 1 Samuel: “Samuel telah berkata kepada Saul, ‘Akulah yang diutuskan Tuhan untuk melantik engkau menjadi raja ke atas Israel umat-nya; jadi sekarang dengarlah pesanan dari Tuhan. Inilah apa yang Tuhan Maha Kuasa firmankan, ‘Aku akan menghukum kaum Amalek di atas apa yang mereka telah lakukan terhadap Israel setelah mereka menyebabkan Israel tersesat jalan ketika Israel keluar dari Mesir. Sekarang pergilah, serang kaum Amalek dan musnahkan kesemua milik mereka. Jangan kasihankan mereka;bunuhlah semua lelaki dan perempuan, kanak-kanak dan bayi-bayi, lembu-lembu dan bebiri, unta-unta dan keldai-keldai.’ ”11 Apakah dosa atau jenayah yang telah dilakukan oleh kanak-kanak dan bayi tersebut melainkan yang mereka adalah keturunan Iblis yang telah ditakdirkan untuk menyebarkan lebih banyak kejahatan, kekacauan, dan kemusnahan? Tuhan juga memberikan Yushak (AS) perintah yang serupa. Di dalam Kitab Yosua, ia menyatakan: Kemudian para pendeta meniupkan trompet, dan Joshua bertempik: ‘Bersedia untuk menjerit! Tuhan akan benarkan kamu menawan kota ini. Tetapi kamu mesti memusnahkannya dan segala yang ada di dalamnya, untuk menunjukkan bahawa ianya kini milik Tuhan. Si wanita Rahab telah membantu pengintip-pengintip yang kita telah hantar, jadi lindungi dia dan orang-orang lain yang berada di dalam rumahnya. Tetapi bunuhlah orang-orang lain di kota itu. 10 Kitab Suci al-Qur’an, Surah 28 (Al-Qasas), 15 11 1 Samuel, 15, 1-3 Perak dan emas dan segala yang diperbuat daripada gangsa dan besi adalah kepunyaan Tuhan dan mesti diletakkan di dalam perbendaharaannya. Berhati-hatilah dalam mengikuti arahan-arahan ini, kerana jika kamu melihat sesuatu yang kamu mahu dan kamu mengambilnya, Tuhan akan membinasakan Israel. Dan semuanya akan menjadi salah kamu.’ Para pendeta meniupkan trompet mereka sekali lagi, dan tentera-tentera pun menjerit sekuat yang mereka boleh. Dinding-dinding Jericho pun meruntuh. Kemudian tentera-tentera bergegas naik ke bukit, terus masuk ke dalam kota, dan menawannya. Mereka membunuh semua orang, lelaki dan perempuan, muda dan tua, setiap orang dibunuh kecuali Rahab dan orang-orang lain yang berada di dalam rumahnya. Mereka malah membunuh setiap lembu, biri-biri dan keldai. Contoh-contoh sebegini banyak terdapat di dalam AlKitab. Di dalam al-Qur’an, kita dapat lihat persamaan bagaimana situasi si Abdus Soleh (Hamba Soleh) bersama dengan Musa (AS) dan di dalam Surah Al-Kahf membunuh seorang budak, bukan kerana sebarang dosa yang dia belum lagi lakukan, namun cuma kerana dia tidak soleh dan telah ditakdirkan untuk membesar menjadi tidak soleh atau merupakan benih dari Iblis. Ingatlah bahawa Abdus Soleh adalah seorang khalifah Tuhan di Bumi yang mempunyai kebolehan dapat melihat apa yang Musa (AS) belum dapat lihat. Di dalam al-Qur’an ia menyatakan: “Maka, mereka terus bergerak sehinggalah apabila mereka berjumpa dengan seorang budak lelaki, beliau (Abdus Soleh) membunuhnya (budak lelaki tersebut). Beliau (Musa) telah berkata, “Kenapa kamu membunuh satu jiwa yang tidak bersalah walhal dia tidak membunuh sesiapa pun? Kamu sememangnya telah melakukan satu perbuatan yang keji.” Beliau berkata, “Bukankah aku telah beritahu kamu yang kamu tidak akan pernah dapat bersabar denganku?” Beliau (Musa) berkata, “Jika aku bertanya kepada kamu berkenaan sesuatu selepas ini, jangan izinkan aku menemani kamu lagi. Kamu sekarang telah sampai kepada satu titik di mana kamu mempunyai alasan yang kukuh (untuk berpisah denganku) dari pihakku.” Sehingga ia menyatakan: “Berkenaan budak lelaki itu, ibu bapanya merupakan orang-orang yang beriman. Kami mendapat tahu yang dia akan memberontak dan menderhaka kepada mereka. Kami, oleh itu, berharap agar Tuhan mereka akan menggantikannya dengan seseorang yang lebih baik daripadanya dalam ketaqwaan dan lebih cenderung terhadap belas ehsan.” Jadi jelaslah, budak lelaki itu masih belum melakukan sebarang dosa, namun dia pasti akan melakukannya kerana dia adalah satu ‘perbuatan syaitan.’ Ingatlah bahawa penumpahan darah seorang mukmin telah menjadi satu larangan di dalam semua agama terdahulu kerana darah seorang mukmin adalah terpelihara dan dilindungi dengan Perjanjian. Idea ini yang mana darah orang ka r boleh ditumpahkan semata-mata hanya kerana seseorang itu adalah orang ka r telah muncul buat pertama kali ketika Tuhan mengarahkan Nuh (AS) supaya meninggalkan anaknya, tetapi hakikatnya, ia tidak pernah diamalkan sebagai perundangan sehinggalah kepada Perjanjian Musa. Mungkin ini adalah salah satu dari penambahan paling penting di dalam Perjanjian Musa. Dihalalkan darah Iblis dan anak-anaknya, yang akan sentiasa berkeazaman untuk menumpahkan darah Adam dan anak-anaknya. Mari kita jelaskan secara mutlak: Kami tidak mengalu-alukan penumpahan darah orang-orang ka r. Kita cuma menggambarkan apa yang telah berlaku di bawah Perjanjian-perjanjian terdahulu berdasarkan kisah-kisah di dalam AlKitab dan al-Qur’an. Jelas sekali, alasan yang dibentangkan untuk campur tangan ilahi ini, atau pencegahan awal, adalah untuk menghalang penyebaran kejahatan, maksiat, dan kerosakan dengan menghapuskan benih-benih Syaitan yang tidak lagi dapat ditebus. Tentunya, hanya Tuhan dan wakilnya sahaja yang mampu untuk memperolehi pengetahuan untuk bertindak bagi mencegah lebih awal untuk menghapuskan akar umbi kepada kejahatan dan kerosakan. Contoh lain tentang Tuhan bertindak mencegah lebih awal dalam menghapuskan anak-anak yang masih belum melakukan sebarang dosa melainkan disebabkan bahawa mereka sebenarnya adalah anak-anak dari Iblis, yang secara lumrahnya akan membesar untuk melakukan kejahatan dan dosa-dosa, adalah sebagaimana hukuman ke atas orang-orang Mesir pada zaman Musa (AS). Ini biasanya dikenali sebagai kematian anak sulung. Di dalam AlKitab, ia menyatakan: “Ini adalah apa yang TUHAN firmankan: ‘Kira-kira pada waktu tengah malam aku akan melewati keseluruhan Mesir. Setiap anak lelaki sulung di Mesir akan mati, dari anak lelaki sulung kepada Firaun, yang duduk di takhta, kepada anak sulung dari hamba perempuan, yang berada di penggilingan, dan juga semua kelahiran sulung dari lembu-lembu ternakan.” Di sini ada beberapa ayat-ayat lain di mana Tuhan membenarkan pembunuhan ke atas kanak-kanak dan bayi-bayi yang baru lahir di dalam AlKitab: Yesaya 13:16 – “Anak-anak mereka juga akan dihancurkan berkecai di hadapan mata mereka; rumah-rumah mereka akan dijarah, dan isteri-isteri mereka diperkosa dengan ganas.” Hosea 13:16 – “Sumeria akan menjadi sunyi sepi; kerana dia telah memberontak terhadap Tuhannya: mereka akan dijatuhkan dengan pedang: bayi-bayi mereka akan dihancurkan berkecai-kecai, dan wanita-wanita mereka yang mengandung akan dirobek-robek.” 2 Raja-raja 15:16 – “Kemudian Menahem memusnahkan Tifsah, dan semua yang berada di dalamnya, dan sekitar Tirzah: kerana mereka tidak membuka pintu untuknya, oleh itu dia musnahkannya; dan semua wanita di situ yang sedang mengandung dia robek-robekkan perut mereka.” Bilangan 31:17 – “Maka sekarang bunuhlah setiap kanak-kanak lelaki, dan bunuhlah setiap wanita yang telah bersama lelaki dengan tidur bersamanya.” Kami ingin menekankan beberapa perkara penting setakat ini: 1. Walaupun kami telah memasukkan beberapa perundangan baru dalam Pintu ini, masih ada banyak lagi perundangan yang telah disenaraikan di dalam Taurat dan secara spesi knya dalam keseluruhan kitab Imamat yang menunjukkan betapa kompleksnya dan betapa banyaknya perundangan yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian Keempat. Ini adalah kerana Musa (AS) kini secara efektifnya telah menjadi seorang ketua negara, yang memimpin satu bangsa yang terdiri lebih daripada setengah juta Bangsa Israel. Kewujudan sebuah bangsa dan segala masalah-masalah peribadi dan aduan-aduan dan isu-isu yang berkaitan dengannya memerlukan penubuhan undang-undang yang dapat menangani setiap isu yang masyarakat hadapi pada ketika itu. Anda boleh membaca semua perundangan tersebut di dalam Taurat. 2. Kewujudan sebuah bangsa dan penubuhan sebuah negara-bangsa pasti akan membawa kepada timbulnya ancaman dan peperangan dengan rakyat-rakyat dari negara-negara jiran. Jika Tuhan bersama dengan bangsa Israel maka musuh-musuh Israel adalah juga musuh-musuh kepada Tuhan. Dan lumrahnya, perundangan mesti dibuat supaya dapat membolehkan anak-anak Adam secara efektifnya mempertahankan diri mereka dari anak-anak Qabil. Sebelumnya, di dalam tiga Perjanjian terawal, kebaikan sentiasa diatasi bilangannya berbanding kejahatan, dan tidak pernah benar-benar mempunyai kelengkapan atau keupayaan untuk mempertahankan diri sendiri. Di dalam Perjanjian Musa (AS), anak-anak Adam, untuk pertama kalinya, memperoleh peluang yang jarang didapati untuk mempertahankan diri mereka daripada anak-anak Iblis dan Qabil. Oleh itu, keizinan telah diberikan kepada Bani Israel untuk menghapuskan setiap lelaki, wanita dan anak-anak keturunan dari Iblis dan Qabil. 3. Banyak sekatan telah diwujudkan di mana sebelumnya tidak ada dalam tiga Perjanjian pertama. Perundangan yang menangani masalah dalam isu perkahwinan, penzinaan dan homoseksualiti semuanya telah dikuatkuasakan bagi melindungi keharmonian dan perpaduan di dalam masyarakat. Jadi jika sesiapa mengambil isteri seseorang, mereka akan dihukum kerana ianya akan memberi kesan kepada keharmonian masyarakat. Walaupun sebelumnya tidak termaktub perundangan jelas yang menghalang, sebagai contoh, persetubuhan di luar pernikahan, malahan langsung tidak wujud perundangan yang menjelaskan tentang urusan perkahwinan, namun masih tetap ada persetujuan dan persefahaman yang mereka buat di antara lelaki dan wanita dan jiran-jiran, yang mereka rasa boleh diterima dan tidak boleh diterima. Dan Bani Israel merasakan yang ianya tidak dapat diterima jika seseorang wanita tidur dengan orang lain selain daripada lelaki yang telah mengambilnya, dan kerana itu ianya telah diterima pakai di dalam perundangan Musa. Bani Israel juga merasakan yang ianya boleh diterima jika seorang lelaki mengambil seramai mana isteri yang dia mampu dan kerana itulah ianya juga diterima pakai oleh Musa (AS) dan ianya dimasukkan ke dalam perundangan. Dan begitu juga dengan larangan tentang pemakanan dan yang selainnya: “Semua makanan adalah halal kepada Bani Israel, melainkan apa yang Israel telah mengharamkan ke atas dirinya sendiri sebelum Taurat didedahkan. Katakanlah, [Wahai Muhammad], ‘Maka bawakan Taurat dan bacakannya, sekiranya kamu benar.’ ” 4. Ini mungkin salah satu ayat al-Qur’an yang paling penting yang berkait dengan perbincangan ini kerana ia menunjukkan segala-galanya adalah halal (dibolehkan) untuk Bani Israel sebelum Taurat (Perjanjian Keempat). Dan itu adalah larangan yang Israel sendiri kenakan ke atas dirinya yang kemudiannya diterima pakai oleh Musa dan ditetapkan sebagai perundangan ilahi. Dan Tuhan memberitahu kepada kita di dalam ayat ini bahawa jika kamu tidak mempercayaiku maka pergilah mengkaji Taurat dan lihatlah sendiri proses perkembangan perundangan daripada Perjanjian Pertama sehinggalah kepada yang Keempat. Selepas Musa (AS) wafat, Yushak anak kepada Nun telah menakluki kota-kota dan bangsa-bangsa lain di sekitarnya, dengan menghapuskan ramai anak-anak Qabil, dengan itu sebuah Kerajaan yang hebat telah ditubuhkan, iaitu Kerajaan Israel. Saul telah menjadi Raja Bani Israel pertama dan beliau telah dilantik oleh Tuhan melalui Nabi Samuel. Dan dengan itu Kerajaan Bani Israel telah menjadi satu-satunya bangsa yang mempunyai Raja-raja yang dilantik oleh Tuhan. Ketuanan Tuhan adalah sistem kerajaan yang mereka gunapakai pada ketika itu dan kerana itulah mereka menjadi umat pilihan Tuhan. Walaupun ramai di kalangan penguasa-penguasa dan raja-raja lain yang mendakwa sebagai dari keturunan para Dewa atau mendakwa mendapat pengiktirafan daripada para Dewa, Israel adalah satu-satunya kerajaan yang para pemimpinnya benar-benar dari Tuhan dan telah dilantik oleh Tuhan dan dapat mengemukakan bukti bahawa nama-nama mereka wujud di dalam wasiat para Nabi dan Rasul sebelumnya, yang dapat pamerkan ilmu pengetahuan, dan menyeru kepada Ketuanan Tuhan. Raja Daud telah menjadi raja kedua Israel. Dan sekarang kita dapat melihat sesuatu yang menarik kerana adanya percanggahan yang ketara. Raja Daud nampaknya melanggar salah satu daripada hukum yang telah termaktub dalam perundangan Musa sebagai ketua negara. Pada musim bunga, sewaktu raja-raja lain keluar berperang, Daud juga telah mengutus Joab keluar bersama dengan tentera-tentera diraja dan seluruh tentera Israel. Mereka telah menghapuskan bangsa Amon dan mengepung Rabbah. Tetapi Daud kekal berada di Jurusalem. Pada suatu petang Daud bangun dari katilnya dan berjalan-jalan di sekitar atas bumbung istana. Dari atas bumbung itu beliau ternampak seorang wanita sedang mandi. Wanita itu sangat cantik, dan Daud telah menghantar seseorang untuk menyiasat tentangnya. Lelaki itu berkata, “Bukankah dia ini Bathsheba, anak kepada Eliam dan isteri kepada Uriah, orang Het.” Kemudian Daud menghantar beberapa orang utusan untuk membawanya. Dia telah datang menghadap beliau, dan beliau menidurinya. (Bathsheba telah menyucikan dirinya dari kekotorannya.) Kemudian dia pulang kembali ke rumah. Wanita itu telah menjadi hamil dan dia menghantar pesan kepada Daud, mengatakan, “Saya telah hamil.” Maka Daud pun menghantarkan pesanan kepada Joab: “Bawakan Uriah si Het kepadaku.” Dan Joab pun menghantarnya kepada Daud. Apabila Uriah datang menghadapnya, Daud menanyakan kepadanya tentang macam mana keadaan Joab, macam mana dengan keadaan para tentera dan macam mana dengan situasi peperangan pada ketika itu. Kemudian Daud berkata kepada Uriah, “Pulanglah ke rumah kamu dan basuhlah kaki kamu.” Jadi Uriah pun tinggalkan istana tersebut, dan satu hadiah daripada sang raja telah dihantar untuknya. Tetapi Uriah tidur di gerbang pintu masuk istana bersama-sama dengan semua hamba tuannya dan tidak pulang ke rumahnya sendiri. Apabila Daud diberitahu, “Uriah tidak pulang ke rumah.” Jadi beliau bertanyakan kepada Uriah, “Bukankah kamu baru pulang dari peperangan? Kenapa kamu tidak pulang ke rumah?” Uriah berkata kepada Daud, “Tabut, orang-orang Israel dan Judah sedang berada di khemah, dan panglimaku Joab dan tentera-tentera tuanku sedang berkhemah di padang terbuka. Macam mana saya sanggup pulang ke rumahku untuk makan dan minum dan tidur bersama isteriku? Pastinya selagi mana tuanku masih hidup, saya tidak akan sekali-kali melakukan perkara sebegitu!” Kemudian Daud berkata kepadanya, “Tinggallah di sini sehari lagi, dan esok saya akan menghantar kamu semula.” Jadi Uriah kekal tinggal di Jurusalem pada hari tersebut dan begitu juga untuk hari keesokannya. Dengan pelawaan Daud, dia makan dan minum bersamanya, dan Daud menyebabkan dia menjadi mabuk. Namun pada waktu petangnya Uriah telah keluar untuk tidur di tikarnya bersama hamba-hamba tuannya; dan dia tidak pulang ke rumah. Pada waktu pagi keesokannya Daud pun menuliskan sepucuk surat kepada Joab dan menghantarnya bersama-sama dengan Uriah. Di dalamnya beliau menuliskan, “Letakkan Uriah di barisan hadapan di kawasan pertempuran yang paling sengit. Kemudian jauhkan diri daripadanya supaya dia ditetak dan mati.” Jadi ketika Joab dapat mengepung kota itu, dia letakkan Uriah di satu tempat di mana dia tahu adanya pertahanan musuh yang paling kuat. Apabila tentera-tentera dari kota tersebut keluar dan melawan Joab, beberapa orang dari kalangan tentera Daud telah terbunuh; lebih-lebih lagi, Uriah si Het juga telah mati. Joab kemudiannya menghantarkan Daud satu laporan penuh tentang pertempuran tersebut. Dia mengarahkan utusan yang dihantarnya itu: “Setelah kamu selesai memberi laporan pertempuran ini kepada raja, raja mungkin akan naik angin, dan baginda akan bertanya kepada kamu, ‘Kenapa kamu pergi mendekati kota itu untuk melawan? Tidakkah kamu tahu yang mereka akan memanah dari tembok? Siapa yang telah membunuh Abimelek anak kepada Jerubeset? Bukankah sebelum ini ada seorang wanita telah menjatuhkan seketul batu giling ke atasnya dari tembok supaya dia mati di Tebes? Kenapa kamu menghampiri tembok itu?’ Jika baginda bertanya kamu tentang hal ini, maka katakan kepadanya, ‘Lagipun, hamba tuanku Uriah si Het telah mati.’” Utusan itu berangkat, dan apabila dia sampai dia terus memberitahu Daud segalanya sebagaimana yang Joab utuskannya untuk sampaikan. Si utusan tersebut telah berkata kepada Daud, “Tentera-tentera mereka dapat mengatasi kami dan mereka keluar melawan kami secara terbuka, tetapi kami dapat mendesak mereka berundur kembali ke pintu masuk gerbang kota. Kemudian para pemanah mereka memanah hamba-hamba tuanku dari tembok, dan beberapa orang tentera raja terbunuh. Lagipun, hamba tuanku Uriah si Het juga telah mati.” Daud memberitahu utusan itu, “Maklumkan kepada Joab: ‘Jangan biarkan hal ini mengecewakanmu; sememangnya pedang memakan seseorang dan juga yang lain. Tingkatkan serangan ke atas kota itu dan musnahkannya.’ Maklumkan perkara ini sebagai satu galakan untuk Joab.” Sebaik sahaja isteri Uriah mendengar yang suaminya telah mati, dia pun menangis meratapinya. Selepas tempoh berkabung tamat, Daud membawa Batsheba ke rumahnya, dan Batsheba menjadi isterinya dan melahirkan untuknya seorang anak lelaki. Tetapi apa yang Daud telah lakukan tidak disenangi Tuhan. Nathan Menegur Daud Tuhan telah mengutuskan Nathan kepada Daud. Apabila beliau bertemu dengannya, beliau berkata, “Ada dua orang lelaki di sebuah kota tertentu, seorang daripada mereka kaya dan seorang lagi miskin. Si lelaki kaya itu mempunyai biri-biri dan lembu yang sangat banyak, tetapi si lelaki miskin tidak mempunyai apa-apa pun melainkan seekor kambing betina kecil yang telah dibelinya. Dia memeliharanya, dan ia membesar bersama dengannya dan anak-anaknya. Ia berkongsi makanannya, berkongsi minuman dari cawannya, malah tidur di lengannya. Ianya seperti seorang anak perempuan baginya. Lalu kemudiannya ada seorang pengembara telah datang mengunjungi orang kaya tersebut, namun orang kaya itu cuba mengelak daripada mengorbankan salah seekor dari biri-biri atau lembu-lembunya untuk dijadikan sebagai satu juadah untuk si pengembara yang telah datang mengunjunginya. Sebaliknya, dia korbankan kambing betina yang dimiliki oleh si miskin itu dan memasaknya untuk orang yang datang mengunjunginya.” Daud menjadi marah berapi terhadap lelaki tersebut dan berkata kepada Nathan, “Pastinya selagi mana Tuhan hidup, orang yang melakukan perkara sebegini mesti mati! Dia mesti membayar untuk kambing itu empat kali ganda, kerana dia telah melakukan perkara sebegitu dan tidak berbelas ehsan.” Kemudian Nathan berkata kepada Daud, “Kamulah lelaki itu! Ini apa yang Rabb, Tuhan Israel, berpesan: ‘Aku telah mengurapi kamu menjadi raja ke atas Israel, dan aku telah menyerahkannya kepadamu dari tangan Saul. Aku telah berikan rumah tuanmu kepadamu, dan isteri-isteri tuan kamu dalam pangkuanmu. Aku telah berikan kamu seluruh Israel dan Yehuda. Dan jika semua ini sangat sedikit, aku pastinya akan berikan kepadamu lebih lagi. Kenapa kamu memandang mudah kata Tuhan dengan melakukan apa yang jahat di pandangannya? Kamu menghunus Uriah si Het dengan pedang dan mengambil isterinya menjadi milik kamu. Kamu telah membunuhnya dengan pedang orang Ammon. Oleh sebab itu, pedang tidak akan beranjak dari rumahmu, kerana kamu telah meremehkanku dan mengambil isteri Uriah si Het untuk menjadi milikmu.’ “Ini adalah apa yang Tuhan katakan: ‘Dari isi rumah kamu sendiri aku akan turunkan musibah ke atas kamu. Di hadapan matamu sendiri aku akan mengambil isteri-isterimu dan berikan mereka kepada seseorang yang dekat denganmu, dan dia akan tidur dengan isteri-isterimu pada waktu cerah siang hari. Kamu telah lakukannya secara rahsia, tetapi aku akan melakukan perkara ini pada waktu cerah siang hari di hadapan seluruh Israel.’” Maka Daud berkata kepada Nathan, “Aku telah berdosa kepada Tuhan.” Nathan menjawab, “Tuhan telah mengampunkan dosamu. Kamu tidak akan mati. Tetapi disebabkan kelakuan ini kamu telah tunjukkan penghinaan yang teramat sangat kepada Tuhan, maka anak lelaki yang akan lahir dari kamu nanti akan mati.” Walaupun perkara tersebut tidak disenangi Tuhan dan Tuhan murka terhadap Daud kerana menyebabkan Uriah dibunuh dengan cara sebegitu, Tuhan masih lagi mengampunkan Daud dan langsung tidak menyalahkan Bathsheba. Dia memberkati Daud dan Bathsheba dan selepas menghukum Daud dengan kematian anak lelakinya bersama Bathsheba, Dia menyebabkan mereka mendapat seorang anak lelaki baru, dan mereka namakannya Sulaiman. Bagi memahami kisah ini kita mesti lihat beberapa perkara. Pertamanya, yang bahawasanya konsep ini adalah sebuah kisah rekaan dan tidak benar, sebagaimana orang-orang Islam biasanya dakwa, sebenarnya telah disangkal oleh al-Qur’an. Allah telah menyatakan di dalam al-Qur’an ayat-ayat berikut: Bilamana mereka masuk menghadap Daud, beliau terkejut melihat mereka, mereka berkata: “Jangan takut. Kami cuma dua orang pihak yang berselisih: salah seorang dari kami telah melakukan perkara melampau terhadap yang lain. Jadi hakimilah di antara kami dengan adil, dan janganlah tidak berlaku adil; dan bimbinglah kami ke Jalan yang Benar. Sebenarnya, ini adalah saudaraku; dia mempunyai sembilan puluh sembilan kambing betina dan aku cuma ada seekor kambing betina.” Namun dia masih berkata: “Serahkannya kepadaku,” dan dia dapat mengatasiku dalam hujahnya. Daud berkata: “Semestinya dia telah berlaku zalim terhadapmu kerana meminta kambing betina kamu ditambah kepada kambing-kambing betinanya; dan sememangnya ramai yang hidup bersama melakukan perkara yang melampaui batas, sesama mereka, melainkan mereka yang beriman dan berbuat baik; dan bilangan mereka cuma sedikit.” (Sedang bercakap begitu) Daud telah menyedari bahawa ia sebenarnya Kami Yang mengujinya; oleh itu, beliau memohon pengampunan dari Tuhannya, dan rebah, menunduk hormat dan berpaling penuh insaf (kepada-Nya). Kemudian Kami telah mengampuni kelemahannya dan sesungguhnya (kedudukan yang tinggi dalam) kedekatan menantinya, dan tempat kembali yang cemerlang. (Kami berfirman kepadanya): “Wahai Daud, Kami telah melantik kamu sebagai khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan keadilan dan janganlah mengikuti hawa nafsu (kamu) yang boleh menyebabkan kamu tersesat dari Jalan Allah. Azab Allah yang berat menanti orang-orang yang tersesat dari Jalan Allah, kerana mereka telah lupa akan Hari Perhitungan.” Jadi kisah Daud dan Nathan dan perumpamaan tentang orang kaya dan orang miskin dengan banyak biri-biri diulangi kembali di dalam al-Qur’an, jadi tiada sesiapa pun dapat mena kan kisah tersebut tentang apa yang telah berlaku di antara Daud dan Bathsheba. Isu-isu yang timbul di antara Tuhan dengan Daud adalah kerana Daud menyebabkan salah seorang hambanya yang ikhlas terbunuh, dan beliau telah mengambil isteri orang itu walaupun beliau sendiri telah mempunyai ramai isteri manakala hambanya itu cuma mempunyai seorang isteri, dan akhir sekali adalah kerana Daud tidak berlaku adil kerana beliau mengadili orang lain (dalam pengadilannya tentang perumpamaan dua lelaki tersebut) berbeza dengan beliau mengadili dirinya sendiri. Tuhan telah mengampunkan Daud sebagaimana berikut: 1. Adapun berkenaan dengan pembunuhan hambanya, riwayat-riwayat Islam menyatakan bahawa selepas kematian Uriah, Tuhan telah memberinya pilihan untuk membalas dendam terhadap Daud atau dia memperoleh pangkat yang sama sebagaimana Daud (AS). Uriah telah memilih pilihan yang terkemudian dan memaafkan Daud. Namun Tuhan tetap menyebabkan anak lelaki sulung Daud mati setelah jatuh sakit, dan kematian anak lelaki itu adalah sebagai ganti bagi kematian Uriah, sebiji mata untuk sebiji mata dan sebatang gigi untuk sebatang gigi. Demikianlah Daud diampuni dengan kematian anaknya itu. 2. Adapun berkenaan Daud mengambil si isteri Uriah, anak kepada Daud, Absalom, telah meniduri semua gundik-gundik ayahnya dengan dilihat oleh semua rakyat Israel. Di dalam 2 Samuel ia menyatakan: “Lalu mereka memasang sebuah khemah untuk Absalom di atas bumbung, dan dia tidur dengan gundik-gundik ayahnya di hadapan semua rakyat Israel.”24 3. Adapun tentang mengadili orang lain secara berbeza berbanding dengan bagaimana beliau mengadili dirinya sendiri, Tuhan telah mengambil pengadilan beliau dan menghukum beliau berdasarkan pertimbangan beliau sendiri. Namun masih ada banyak isu yang bermasalah yang masih wujud. Dan ianya adalah berkenaan persoalan-persoalan secara falsafah dan teologi sebagaimana berikut: Jadi, apa yang akan berlaku sekiranya Daud memutuskan pengadilan yang berbeza, dan tidak bertindak terlalu keras terhadap orang kaya yang telah mengambil dari orang miskin tersebut, adakah ianya akan mengubah pengadilan Tuhan? Kenapa Tuhan tiba-tiba menjadi sangat kecewa dan murka dengan kejadian penzinaan ini bilamana di dalam tiga Perjanjian sebelumnya tidak ada undang-undang yang 24 2 Samuel, Bab 16, Ayat 22 mencegahnya? Bagaimana mungkin seorang anak seperti Sulaiman dilahirkan daripada satu perkahwinan sebegitu? Kenapa Tuhan tidak murka terhadap Bathsheba? Dan jawapan kepada soalan-soalan tersebut sepertinya bahawa, yang menjadi masalah utama kepada Tuhan adalah kerana pengadilan Daud. Kerana Tuhan itu adil, ianya telah menjadi satu peraturan emas di dalam semua agama yang mana, “Lakukan kepada orang lain sebagaimana kamu mahu mereka lakukan kepada kamu.” Dan atas sebab itu, Tuhan menerima apa sahaja dan semua perkara yang anda sendiri akan terima untuk diri anda. Cuma, jangan menjadi seorang muna k dengan mempunyai satu set nilai dan peraturan apabila ianya berkaitan dengan diri sendiri dan satu set lain pula apabila ianya berkaitan dengan orang lain. Dan sekiranya manusia cuma mengikut satu peraturan itu sahaja, tidak akan ada keperluan untuk peraturan yang lain. Malah nampaknya Karma itu sendiri telah diwujudkan adalah demi untuk menegakkan satu-satunya peraturan tersebut, iaitu lakukan kepada orang lain sebagaimana anda ingin diperlakukan terhadap diri anda, dan jika tidak, maka ianya akan dilakukan terhadap anda apa yang anda telah lakukan kepada orang lain. Maka dengan itu jawapannya adalah ya, pengadilan Tuhan terhadap kes itu adalah sepenuhnya berdasarkan pengadilan Daud itu sendiri, apa sahaja yang beliau adili terhadap orang lain dengannya, beliau juga mestilah mengadili diri beliau sendiri dengannya juga. Jika beliau memaafkan orang lain, bermakna beliau juga boleh memaafkan dirinya sendiri, jika beliau menilai orang lain, beliau juga mestilah menilai dirinya sendiri. Skala yang sama beliau gunakan untuk orang lain, mestilah beliau gunakan untuk dirinya sendiri. Dan ini nampaknya menjadi sebab mengapa Tuhan menerapkan begitu banyak norma-norma budaya dan tradisional sebagaimana yang telah ditunjukkan sebelum ini ke dalam Perjanjian-perjanjian, selagi mana ianya tidak menjejaskan keadilan dan keharmonian secara negatif dalam masyarakat, kerana apa yang Tuhan secara multaknya mahukan ialah keamanan dan keharmonian, dan keadilan ditegakkan dengan melakukan kepada orang lain sebagaimana yang kita mahu dilakukan kepada kita. Jadi sebagai contoh, untuk memperjelaskan lagi maksud saya, jika Daud dibesarkan sebagai seorang kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan dan diprogramkan untuk merasakan bahawa yang ianya boleh diterima jika seorang wanita boleh berkahwin dengan ramai lelaki, dan kemudian beliau lakukan apa yang beliau telah lakukan terhadap isteri Uriah, dan Nathan mengemukakan isu yang sama kepadanya dari awal, maka secara lumrahnya pengadilan tersebut akan menjadi berbeza. Oleh sebab itu beliau akan dinilai oleh pengadilannya sendiri dan pemahamannya sendiri dan apa yang beliau dapat terima untuk dirinya sendiri. Satu lagi perkara yang ingin kami nyatakan ialah bahawasanya Daud merupakan pewaris dan raja yang dilantik secara ilahi yang menegakkan Perjanjian Musa. Namun begitu beliau sendiri telah melanggar salah satu daripada sepuluh perintah, iaitu, “Jangan kamu dambakan isteri jiranmu”, dan seolah-olah melakukan dosa yang sama seperti Adam. Kedua-dua mereka telah diampuni dan tidak digantikan walaupun mereka telah melanggar hukum-hukum ilahi. Ini hanya boleh ditafsirkan dengan satu cara dan ianya adalah kerana, kedudukan khalifah Tuhan sebenarnya berada di atas undang-undang. Ini bermaksud bahawa sama seperti di kebanyakan negara, terdapat undang-undang yang menegah ketua negara daripada didakwa bagi sebarang jenayah ketika masih memegang jawatan, khalifah Tuhan juga terlepas daripada didakwa kerana melanggar undang-undang dalam Perjanjian. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, presiden yang sedang berkuasa adalah kebal daripada pertuduhan atau pendakwaan jenayah. Di United Kingdom, raja ataupun ratu mempunyai imuniti berdaulat, yang bermaksud bahawa raja atau ratu sebagai ketua negara ‘tidak boleh melakukan kesalahan undang-undang dan adalah kebal daripada saman sivil atau pendakwaan jenayah’. Sebegitu juga, khalifah Tuhan yang sedang memegang jawatan tidak boleh melakukan kesalahan undang-undang dan kebal daripada dipecat daripada jawatan melainkan kerana satu kes, iaitu pengkhianatan. Setelah ia menjadi jelas yang bahawasanya khalifah Tuhan itu berada di atas undang-undang dan syariat, kini kita faham mengapa Tuhan tidak menyalahkan Bathsheba dan Dia juga tidak murka kepadanya. Ini adalah kerana Bathsheba patuh kepada khalifah Tuhan pada zaman itu, iaitu Raja Daud (AS), dan ia bukan haknya untuk menghakimi beliau. Bukan sahaja Tuhan tidak menyalahkannya, Dia bahkan memberi ganjaran kepadanya kerana ketaatannya dengan menjadikannya sebagai seorang permaisuri dan pada masa yang sama menjadikannya seorang ibu kepada seorang Hujjah Tuhan, iaitu Raja Sulaiman (AS). Kami telah menjelaskan sebelum ini bahawa, khalifah Tuhan boleh melakukan kesilapan dan sememangnya melakukan kesilapan, tetapi ianya bukanlah hak manusia untuk menilai mereka, kerana hanya Tuhan sahaja yang layak menilai wakil-Nya. Adapun bagi orang ramai pula, jika kebenaran tentang seorang Rasul ilahi telah dibuktikan kepada mereka, maka ianya diwajibkan ke atas mereka untuk mentaatinya. Raja Sulaiman kemudiannya dilantik selepas Daud (Salam Kepada Mereka) dan beliau telah dianugerahkan dengan sebuah kerajaan yang tidak pernah sesiapa miliki sebelumnya. Beliau bukan sahaja telah diberikan ilmu dan kebijaksanaan serta kefahaman dan kekuasaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun sebelumnya tetapi beliau juga telah diberikan kekayaan yang tiada bandingannya. Sulaiman (AS) dapat memahami bahasa haiwan, dan dapat mengarahkan unsur-unsur alam seperti angin dan turut memiliki pengaruh ke atas syaitan-syaitan dan jin-jin, dan beliau juga mempunyai tujuh ratus isteri dan tiga ratus gundik. Dalam 1 Raja-raja ia menyatakan tentang Sulaiman: “Beliau mempunyai tujuh ratus isteri dari keturunan diraja dan tiga ratus gundik,”26 yang bermaksud, beliau telah berkahwin dengan tujuh ratus orang puteri-puteri raja. Dan beliau tersangat kaya dan menjalani gaya hidup yang sangat mewah. Kemegahan Sulaiman Berat emas yang diterima oleh Sulaiman pada setiap tahun adalah sebanyak 666 talenta, belum lagi termasuk hasil-hasil yang dibawa masuk oleh para pedagang 26 1 Raja-raja, Bab 11, Ayat 3 dan peniaga. Juga semua raja-raja Arab dan gabenor-gabenor wilayah telah membawa emas dan perak kepada Sulaiman. Raja Sulaiman telah membuat dua ratus perisai besar dari emas tempaan; dan enam ratus syikal emas tempaan telah dipalu masuk ke dalam setiap perisai tersebut. Beliau juga telah membuat tiga ratus perisai kecil dari emas tempaan, dengan tiga ratus syikal emas dimasukkan dalam setiap perisai. Sang raja menyimpan kesemuanya di Istana Hutan Lubnan. Kemudian raja tersebut membina sebuah singgahsana yang megah yang ditutupi dengan gading dan disalut dengan emas tulen. Singgahsana tersebut mempunyai enam anak tangga, dan sekeping alas kaki yang diperbuat dari emas dihamparkan di atasnya. Di kedua-dua belah sisi tempat duduk adanya tempat meletakkan tangan, dengan seekor singa berdiri di kedua-dua belah sisi. Dua belas ekor singa pula ditempatkan di atas enam anak tangga tersebut, dengan seekor singa berada di kedua-dua hujung setiap anak tangga. Tiada apa-apa yang sepertinya pernah dibuat untuk mana-mana kerajaan lain. Semua piala raja Sulaiman adalah emas, dan semua perkakas rumah di Istana Hutan Lubnan juga dari emas tulen. Tidak ada apa pun yang diperbuat daripada perak, kerana perak dianggap bernilai kecil pada zaman Sulaiman. Sang raja tersebut juga mempunyai armada kapal-kapal dagang yang dikendalikan oleh hamba-hamba Hiram. Setiap tiga tahun sekali ia kembali, dengan membawa emas, perak dan gading, serta beruk dan babun. Raja Sulaiman lebih hebat dalam kekayaannya dan kebijaksanaannya berbanding semua raja-raja lain di bumi. Semua raja-raja di bumi mencari peluang untuk menghadap Sulaiman demi untuk mendengar kebijaksanaan yang Tuhan telah letakkan di hatinya. Tahun demi tahun, setiap orang yang datang membawa sebuah hadiah—barangan-barangan dari perak dan emas, serta jubah, senjata, rempah ratus, kuda dan juga baghal. Sulaiman mempunyai empat ribu kandang untuk kuda dan kereta-kereta kuda, dan dua belas ribu kuda, yang beliau letakkan di kota-kota kereta berkuda dan juga bersama dengan beliau di Jurusalem. Beliau memerintah ke atas semua raja-raja merangkumi dari Sungai Furat sehingga ke negeri orang-orang Filistin, hinggalah sejauh sempadan Mesir. Sang raja telah menjadikan perak sebagai satu benda biasa di Jurusalem sebagaimana batu, dan kayu-kayu cedar sebanyak pokok-pokok ara di kaki-kaki bukit. Kuda-kuda Sulaiman diimport dari Mesir dan dari semua negara-negara lain.27 Saya ingin tunjukkan di sini bahawa sebagaimana yang anda boleh lihat dengan jelas, seorang khalifah yang dilantik oleh Tuhan, yang menjalani gaya hidup mewah bukanlah satu alasan yang boleh digunakan oleh sesiapa pun untuk tidak beriman kepada beliau, kerana jika begitu, kita 27 2 Tawarikh, Bab 9, Ayat 13-28 mestilah terlebih dahulu tidak beriman kepada Sulaiman. Bilangan isteri Sulaiman yang tersangat banyak akhirnya membawa beliau kepada kejatuhan dan kekacauan turut berlaku dalam Kerajaan Israel dan menyebabkan Tuhan-tuhan palsu turut diperkenalkan dalam Kerajaan Tuhan, dan masalah ini menyebabkan anak-anak Sulaiman akhirnya kehilangan kuasa di Israel. Dan ini adalah salah satu alasan, yang mana dalam Perjanjian seterusnya, perjanjian Isa, undang-undang berubah daripada membenarkan poligami kepada mengharamkannya dan hanya menguatkuasakan perkahwinan monogami. 

Catat Ulasan