“Dengan cara yang sama, selepas makan malam, Jesus pun mengambil sebiji cawan, seraya berkata, ‘Cawan ini adalah perjanjian baru dalam darahku, yang dituangkan untuk kamu.’ ”
Bani Israel telah memungkiri sumpah mereka dan banyak memberontak. Mereka berulang kali melanggar Perjanjian Musa, namun Tuhan tetap mengampuni mereka setiap kali. Walau bagaimanapun, mengingkari Perjanjian membawa kepada ketidakadilan, ketidakharmonian, dan ketidakseimbangan yang memerlukan
pembetulan. Maka, Dia juga akan menghukum mereka agar mereka dapat belajar dan mengambil iktibar. Tuhan pernah menghukum mereka sekali, dengan merayau di padang pasir selama empat puluh tahun dan menghalang mereka daripada masuk ke Tanah Suci selama satu generasi, dan pada waktu lain, Dia menghukum mereka dengan kemusnahan Kuil Suci di Jurusalem dan dengan perhambaan di tangan Nebukadnezar. Tuhan bahkan menyebabkan mereka kehilangan Taurat yang asal yang pernah mereka miliki dan juga kehilangan barang peninggalan para Nabi dan Rasul (Salam Kepada Mereka), dan barang peninggalan yang paling penting adalah Tabut Perjanjian. Tuhan menghukum mereka di waktu lain dengan menjadikan mereka mangsa di bawah penjajahan Rom. Pada zaman Kaisar Augustus, telah datang kepada mereka Sang Penyelamat dan Al-Masih yang telah dijanjikan, iaitu Isa Al-Masih (AS). Namun walaupun beliau hadir kepada mereka, bani Israel tetap tidak beriman dengannya dan mereka cuba untuk membunuhnya, dan akhirnya, orang-orang Israel telah mengkhianati Al-Masih mereka sendiri dan menyerahkan Raja dan Sang Penyelamat mereka yang telah dijanjikan itu ke tangan orang-orang Rom yang ka r, agar beliau dibunuh. Disebabkan pengkhianatan ini, Tuhan telah memutuskan untuk tidak lagi mengampuni Bani Israel, dan Perjanjian Keempat telah terbatal buat selama-lamanya dan Perjanjian Musa ditamatkan dan lahirlah sebuah Perjanjian yang baru.
Dakwah Isa bermula ketika beliau berusia tiga puluh tahun, sejurus selepas kematian Yahya Pembaptis (AS), yang wafat pada usia tiga puluh tahun, kerana beza usia di antara beliau dan Isa (AS) hanya enam bulan. Menurut AlKitab Yang Suci, kerja-kerja dakwah Isa dapat bertahan selama tiga tahun, di mana beliau telah mengumpulkan murid-muridnya dan berkeliaran di sekitar Jurusalem dan di kawasan sekitarnya, dengan berceramah dan melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat. Daripada 124,000 Nabi yang pernah diutuskan ke Bumi, Isa (AS) adalah Nabi yang paling banyak melakukan mukjizat. Beliau akan memaklumkan kepada orang ramai tentang apa yang mereka simpan di rumah mereka dan apa yang mereka telah makan. Beliau akan menyembuhkan pesakit-pesakit kusta, mereka-mereka yang buta dan yang pekak. Beliau juga telah memulihkan anggota-anggota badan yang cacat. Beliau juga telah berjalan di atas air. Beliau juga telah menukarkan air menjadi wain. Beliau juga telah menciptakan burung-burung daripada tanah liat. Mukjizat terakhirnya adalah yang paling menakjubkan daripada kesemuanya di mana beliau telah menghidupkan semula Lazarus dari kematian. Mukjizat-mukjizat dan keajaiban-keajaiban ini telah direkodkan di dalam Injil-injil kanonikal. Sepanjang waktu tersebut, murid-muridnya telah menjadi saksi dalam menyaksikan mukjizat-mukjizatnya yang tidak terhitung jumlahnya, dan pengikutnya bertambah daripada dua belas orang lelaki kepada puluhan ribu mukmin.
Tetapi mengapakah orang-orang Israel tidak menobatkan Isa sebagai Raja mereka? Mengapa kebanyakan orang berpaling dan menjadi murtad? Mengapakah sahabat rapatnya Judas Iskariot,
yang beliau telah lantik sebagai penjaga baitulmal (tabung dana), tetap mengkhianatinya setelah menyaksikan sendiri semua mukjizat ini? Adakah mereka sekadar takut mati, takut menentang ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi atau pihak berkuasa Rom? Mungkinkah mereka terlalu terikat dengan kehidupan material? Jika begitulah keadaannya maka mengapakah mereka mengikutinya sejak dari awal lagi? Jawapan kepada soalan-soalan ini adalah rumit, dan ianya sudah pasti akan membuatkan seorang pencari kebenaran yang ikhlas berasa pahit dan sangat terganggu.
Pertimbangkan bagaimana AlKitab Suci telah mencatatkan ribuan orang secara ajaibnya telah diberi makan oleh Isa (AS), dan beribu-ribu mengikuti Isa (AS) dan mengembara dari semua kawasan di Israel semata-mata untuk menyaksikan Isa (AS). Malah orang-orang bukan Yahudi juga mencari Isa (AS) dan beriman dengannya. Tiba-tiba, sesuatu yang aneh telah berlaku, yang menyebabkan semua orang membuat pertimbangan semula. Mereka hilang kepercayaan terhadap beliau dan telah meninggalkan beliau. Hakikatnya adalah, Isa (AS) mula mengajarkan satu doktrin rahsia secara terbuka yang dianggap menjijikkan oleh masyarakat. Beliau mula mengajarkan bahawa beliau adalah “Roti Kehidupan”. Dalam Kitab Yohanes (Bab 6) ia menyatakan:
Jesus adalah Roti Kehidupan:
Apabila mereka bertemu dengan beliau di seberang tasik, mereka menanyakan kepadanya, “Rabai, bilakah engkau sampai ke sini?" Jesus menjawab, “Sesungguhnya aku betul-betul beritahu kamu, yang kamu mencari aku, bukan kerana kamu telah melihat tanda-tanda yang telah aku lakukan, tetapi kerana kamu telah makan roti itu dan kamu kenyang. Janganlah bekerja untuk makanan yang boleh basi, tetapi bekerjalah untuk makanan yang dapat bertahan sehingga kepada kehidupan yang abadi, yang si Anak Manusia akan berikan kepada kamu. Kerana pada dirinya Tuhan Bapa telah memeteraikan persetujuannya.” Kemudian mereka bertanya kepadanya, “Apakah yang harus kami lakukan untuk melaksanakan tugas-tugas yang dituntut oleh Tuhan?” Jesus menjawab, “Tugas kepada Tuhan adalah ini: iaitu untuk beriman kepada seseorang yang diutusnya.” Maka mereka bertanya kepadanya, “Jadi apakah tanda yang akan engkau berikan supaya kami dapat melihatnya dan percaya kepadamu? Apakah yang akan kamu lakukan? Nenek moyang kita pernah memakan al-manna di padang gurun; sebagaimana tertulis: ‘Beliau memberi mereka roti daripada syurga untuk dimakan.’” Jesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya dengan benar aku beritahu kamu, ianya bukan Musa yang telah memberi kamu roti daripada syurga, tetapi ianya adalah Bapaku yang memberi kamu roti sebenar dari syurga. Kerana roti dari Tuhan adalah roti yang turun dari syurga dan memberikan kehidupan kepada dunia.” “Tuan,” kata mereka, “berikanlah kepada kami roti ini selalu.” Kemudian Jesus isytiharkan, “Akulah roti kehidupan. Barangsiapa yang datang kepadaku tidak akan pernah kelaparan, dan sesiapa yang beriman kepadaku tidak akan pernah dahaga. Tetapi sepertimana yang telah aku beritahu kepadamu, kamu telah melihat aku tetapi kamu masih lagi tidak beriman. Semua orang yang Bapa berikan kepadaku akan datang kepadaku, dan sesiapa yang datang kepadaku tidak akan pernah aku mengusirnya. Kerana aku telah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendakku, tetapi untuk melakukan kehendak dia yang mengutusku. Dan inilah kehendak dia yang mengutusku, agar aku tidak kehilangan seorang pun dari mereka semua yang telah dia berikan kepadaku, tetapi untuk membangkitkan mereka pada akhir zaman. Kerana kehendak Bapaku ialah setiap orang yang memandang kepada Si Anak dan beriman dengannya akan memperoleh kehidupan yang kekal abadi, dan aku akan membangkitkan mereka pada akhir zaman.” Pada waktu ini orang-orang Yahudi mula merungut-rungut tentang beliau kerana beliau telah berkata, “Akulah roti yang telah turun dari syurga.” Mereka berkata, “Bukankah ini Jesus, anak kepada Yusuf, yang bapa dan ibunya kita kenali? Sekarang bagaimana mungkin dia berkata yang, ‘Aku turun dari syurga’?” “Berhentilah merungut sesama kamu,” jawab Jesus. “Tidak seorang pun yang boleh datang kepadaku melainkan Bapa yang mengutusku, menarik mereka, dan aku akan membangkitkan mereka pada akhir zaman. Ianya tertulis di dalam kitab para Nabi: ‘Mereka semua akan diajar oleh Tuhan.’ Setiap orang yang telah mendengar kepada Bapa dan telah belajar daripadanya datang kepadaku. Tiada seorang pun yang pernah melihat Bapa melainkan orang itu berasal dari Tuhan; hanya dia yang pernah melihat Bapa. Sesungguhnya dengan benar aku beritahu kamu, seseorang yang beriman memiliki kehidupan yang kekal abadi. Akulah Roti Kehidupan. Nenek moyang kamu telah memakan al-manna di padang gurun, namun mereka tetap mati. Tetapi ini adalah roti yang turun dari syurga, yang boleh dimakan oleh sesiapa pun dan tidak akan mati. Akulah roti kehidupan yang turun dari syurga. Sesiapa yang memakan roti ini akan hidup selamanya. Roti ini adalah dagingku, yang akan aku berikan untuk kehidupan dunia.” Kemudian orang-orang Yahudi mula bertengkar sesama sendiri dengan keras, “Bagaimana mungkin orang ini beri dagingnya untuk dimakan?” Jesus berkata kepada mereka, “Sesungguhnya dengan benar aku beritahu kamu, melainkan kamu memakan daging si Anak Manusia ini dan meminum darahnya, kamu tidak akan dapat mencapai kehidupan dalam diri kamu. Sesiapa yang memakan dagingku dan meminum darahku akan memperoleh kehidupan yang kekal abadi, dan aku akan membangkitkan mereka pada akhir zaman. Kerana dagingku adalah makanan yang sebenar dan darahku adalah minuman yang sebenar. Sesiapa yang memakan dagingku dan meminum darahku kekal berada di dalamku, dan aku di dalam mereka. Sebagaimana Bapa yang hidup mengutusku dan aku hidup kerana Bapa, maka sesiapa yang memakanku akan hidup keranaku. Inilah roti yang turun dari syurga. Nenek moyang kamu telah memakan al-manna dan mati, tetapi barangsiapa yang memakan roti ini akan hidup kekal selama-lamanya.” Beliau berkata sedemikian semasa sedang mengajar di sinagog di Kapernaum.
Dakwaan Isa (AS) yang beliau adalah “Roti Kehidupan” adalah terlalu berat bagi Bani Israel. Ia menyebabkan ramai murid-muridnya mempertikaikan beliau dan pada akhirnya meninggalkannya:
Setelah mendengar perkara tersebut, ramai dari kalangan muridnya berkata, “Ini adalah sebuah ajaran yang sukar. Siapa yang boleh menerimanya?” Menyedari bahawa murid-muridnya merungut tentang hal ini, Jesus berkata kepada mereka, “Adakah perkara ini menggoncangkan kamu? Jadi bagaimana pula jika kamu lihat Si Anak Manusia ini berangkat ke tempat di mana dia sebelumnya berada! Roh memberi kehidupan; manakala jasad langsung tidak bernilai. Kata-kata yang telah aku ucapkan kepadamu—ianya penuh dengan Roh dan kehidupan. Namun masih ada di antara kamu yang tidak percaya.” Kerana Jesus dari awal telah mengetahui siapakah di antara mereka yang tidak beriman dan siapakah pula yang akan mengkhianatinya. Beliau terus berkata, “Inilah sebabnya mengapa aku beritahu kamu bahawa tidak seorang pun yang boleh datang kepadaku melainkan Bapa telah kurniakan kepada mereka.” Sejak dari itu ramai dari kalangan muridnya telah meninggalkannya dan tidak lagi mengikutinya. “Kalian juga tidak mahu pergi, bukan?” Jesus bertanya kepada mereka Yang Dua Belas. Jawab Simon Peter kepadanya, “Tuan, kepada siapakah lagi kami dapat pergi? Kamu ada kata-kata tentang kehidupan abadi. Kami telah beriman dan tahu bahawa engkaulah Orang Kudus dari Tuhan.” Lalu Jesus menjawab, “Bukankah aku telah memilih kamu, kalian Dua Belas? Namun salah seorang daripada kamu adalah syaitan!” (Beliau maksudkan Judas, anak kepada Simon Iskariot, yang mana, walaupun merupakan salah seorang daripada Yang Dua Belas, kemudiannya akan mengkhianatinya.)
Jadi di sini kita lihat bahawa ia sebenarnya doktrin rahsia ini, yang Isa sedang ajarkan, iaitu doktrin tentang memakan Isa Al-Masih inilah yang menyebabkan orang ramai meninggalkan beliau dan menjadi jijik dengan beliau. Ianya juga kerana ajaran doktrin inilah yang telah menyebabkan Judas mendedahkan wajahnya yang sebenar buat pertama kalinya dan menjadi kufur. Doktrin memakan daging dan darah Isa ini juga secara langsung bertentangan dengan Perintah-perintah Musa (Mosaic Commandments): “Jika sesiapa dari keluarga Israel atau orang-orang asing yang tinggal di kalangan mereka memakan mana-mana darah, aku akan berhadapan dengan orang yang memakan darah tersebut, dan aku akan pisahkan orang itu daripada masyarakat. Kerana nyawa dari daging itu berada dalam darah; dan aku telah berikannya kepadamu sebagai penebusan bagi nyawa kamu di atas mezbah; kerana, sebagaimana nyawa, darahlah yang membuat penebusan. Sebab itulah, aku telah berkata kepada bani Israel: Jangan ada sesiapa pun di antara kamu memakan darah, dan ditegah juga kepada mana-mana orang asing yang tinggal di kalangan kamu, mereka juga tidak boleh memakan darah.”
Tetapi apakah maksudnya yang sebenar? Dengan memakan daging dan darah Isa? Apakah yang diminta oleh Isa sebenarnya? Adakah supaya kaumnya membunuhnya dan memakannya? Sudah tentu tidak, ia sudah pasti mempunyai maksud yang lain. Tetapi apakah agaknya maksud itu? Daging dan darah bagi seorang lelaki adalah keturunannya, iaitu benihnya. Di dalam buku Making Sex: Body and Gender from the Greeks to Freud, Thomas Laqueur memetik St. Isidore dari Sevilla, yang merupakan seorang uskup dan ulama Sepanyol yang hidup pada permulaan abad ketujuh: “Gelaran nasab keturunan dinamakan demikian kerana berasal daripada satu darah, iaitu daripada air mani bapa yang sama, yang dilahirkan. Kerana air mani lelaki adalah buih dari darah yang berdasarkan sifat air, yang mana, apabila dihempas ke batu, ianya menghasilkan buih putih, atau sama seperti wain gelap, yang dituangkan ke dalam cawan, menghasilkan buih putih.”
Adakah Isa (AS) sememangnya berbicara tentang air mani ketika beliau sedang membicarakan berkenaan apa yang beliau mahu pengikut-pengikutnya makan? Kita mesti melihat dengan lebih lanjut di dalam Injil-injil dari Kristus ini untuk mendapatkan lebih kepastian tentang perkara ini. Di dalam Kitab Yohanes (Bab 4) kita dapati ada satu peristiwa di mana Isa sedang berbicara dengan seorang wanita Samaria:
Sekarang beliau harus pergi melintasi Samaria. Maka sampailah beliau ke sebuah kota di Samaria yang bernama Sikhar, berhampiran dengan sebidang tanah yang telah Yaakub berikan kepada anaknya Yusuf. Telaga Yaakub dulunya ada di sana, dan Jesus, keletihan kerana beliau dari kejauhan, terduduk di tepi telaga tersebut. Waktu itu kira-kira tengah hari. Ketika seorang wanita Samaria datang untuk menimba air, Jesus berkata kepadanya, “Sudikah kamu memberi aku minum?” (Murid-muridnya telah pergi ke kota untuk membeli makanan.) Wanita Samaria itu berkata kepadanya, “Kamu seorang Yahudi dan saya seorang wanita Samaria. Bagaimana boleh kamu meminta minuman dari saya?” (Kerana orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria.) Jesus menjawabnya, “Sekiranya kamu mengetahui kurniaan Tuhan dan siapakah dia yang meminta minuman darimu, kamu akan menanyakannya dan dia akan memberikanmu air kehidupan.”
“Tuan,” kata wanita itu, “kamu tidak ada apa-apa untuk menimba dan perigi itu
dalam. Mana kamu boleh dapat air kehidupan ini? Adakah kamu lebih hebat daripada bapa kami Yaakub, yang memberikan kami perigi ini dan beliau sendiri juga telah minum daripadanya, begitu juga anak-anaknya dan ternakannya?” Jesus menjawab, “Setiap orang yang meminum air ini akan kembali haus, tetapi sesiapa yang meminum air yang aku berikan kepada mereka tidak akan pernah berasa haus. Sememangnya, air yang aku berikan kepada mereka akan menjadi mata air di dalam diri mereka, yang memancar sehingga kepada kehidupan yang kekal abadi.” Wanita itu berkata kepadanya, “Tuan, berikanlah aku air ini supaya aku tidak lagi akan menjadi haus dan tidak perlu berterusan datang ke sini untuk menimba air.” Beliau berkata kepadanya, “Pergilah, panggil suamimu dan datang balik.”
Kita lihat dengan jelas di sini bahawa Isa bukannya sedang merujuk kepada air minuman yang biasa, tetapi sejenis cecair lain yang beliau panggil sebagai “air kehidupan”. Air mani juga dikenali sebagai air kehidupan kerana daripada air inilah lahirnya kehidupan dan anak-anak dikandung dan dilahirkan. Apabila wanita itu meminta kepada Isa (AS) akan air tersebut, Isa (AS) memberitahu wanita itu untuk memanggil suaminya dan datang kembali, dengan jelas menunjukkan bahawa suaminya mempunyai air kehidupan ini, sepertimana semua lelaki. Tetapi bahkan ini sahaja setakat ini masih belum cukup sebagai pembuktian, kerana ramai orang akan percaya yang tafsiran ini adalah mengarut dan sesuatu yang diputar belit. Atas sebab itu, kami berusaha untuk menunjukkan lebih banyak bukti daripada Injil-injil bahawa ini adalah maksud sebenar berkenaan apa yang Isa sebutkan dan ajarkan. Jika kita lihat dalam Kitab Keluaran (Bab 4), kita akan membaca satu peristiwa tentang Musa dan isteri serta anak lelakinya: “Dalam perjalanan, di tempat di mana mereka bermalam, Tuhan datang menemuinya dan cuba membunuhnya. Tetapi Zipporah mengambil pisau batu dan memotong kulup anak lelakinya, dan menyentuhnya ke kaki beliau, seraya berkata, “Sesungguhnya engkau adalah pengantin darah untukku!” Maka Dia pun membiarkannya. Kemudian dia (Zipporah) berkata, “Pengantin lelaki berdarah dengan cara berkhatan.”
Di dalam buku ‘The New Oxford Annotated Bible: New Revised Standard Version’ ianya menyatakan: “Kaki, adalah eufemisme untuk alat kelamin.” Jadi sekarang kita tahu bahawa di dalam AlKitab, apabila perkataan “kaki” disebutkan, ianya merujuk kepada alat kelamin lelaki. Dan jika kita membacanya dalam konteks ini semuanya menjadi jelas. Sebagai contoh, di dalam Kitab Ruth (Bab 3) ianya menyatakan:
Pada suatu hari, ibu mertua Ruth, iaitu Naomi, telah berkata kepadanya, “Anakku, aku mesti mencarikan sebuah rumah untukmu, di mana kamu akan mendapat rezeki yang baik. Sekarang Boaz, yang kamu telah bekerja bersama dengan para wanitanya, adalah sanak-saudara kita. Malam ini dia akan menampi barli di tempat pengirikan. Basuhlah, pakailah minyak wangi, dan pakailah pakaianmu yang terbaik. Kemudian turunlah ke tempat pengirikan itu, tetapi jangan biarkan dia tahu yang kamu ada di situ sehinggalah dia telah selesai makan dan minum. Apabila dia baring, perhatikanlah tempat dia sedang berbaring itu. Kemudian pergilah dekat dan bukalah kakinya dan baringlah. Dia akan beritahu kamu apa yang perlu dilakukan.” “Aku akan lakukan apa sahaja yang kamu suruh,” jawab Ruth. Maka dia pun turun ke tempat pengirikan tersebut dan melakukan segala yang diperintahkan oleh ibu mertuanya. Setelah Boaz selesai makan dan minum dan dalam mood yang baik, dia pun pergi berbaring di hujung longgokan gandum. Ruth menghampirinya diam-diam, dan membuka penutup kakinya dan berbaring. Pada waktu tengah malam, ada sesuatu yang mengejutkan lelaki itu; dia pun berpaling—dan terlihat ada seorang wanita sedang berbaring di kakinya! “Siapakah kamu?” dia bertanya. “Aku hambamu Ruth,” dia menjawab. “Hamparkan hujung pakaianmu ke atasku, kerana engkau adalah seorang penjaga-penebus keluarga kita.” “Tuhan memberkati kamu, anak perempuanku,” jawabnya. “Kebaikan ini lebih besar daripada yang telah kamu tunjukkan sebelum ini: Kamu tidak mengejar orang yang lebih muda, sama ada kaya atau miskin. Dan sekarang, anak perempuanku, janganlah takut. Aku akan lakukan untukmu semua yang kamu minta. Seluruh penduduk bandarku ini tahu bahawa kamu adalah seorang wanita yang bersifat mulia. Walaupun benar yang aku adalah penjaga-penebus keluarga kita, masih ada seorang lagi yang lebih rapat hubungannya daripada aku. Bermalamlah di sini, dan pada waktu pagi jika dia ingin melakukan tugasnya sebagai penjaga-penebus kamu, baguslah; biarkan dia menebus kamu. Tetapi jika dia tidak mahu, selagi mana Tuhan hidup, akulah yang akan melakukannya. Baringlah di sini sampai pagi.” Maka berbaringlah si wanita itu di kakinya sampai pagi, tetapi dia bangun sebelum ada orang dapat mengecamnya; dan si lelaki itu berkata, “Tidak boleh ada seorang pun tahu yang ada seorang wanita telah datang ke tempat pengirikan ini.”
Maka jelaslah bahawa Naomi telah menghantar Ruth kepada Boaz supaya Ruth dapat melakukan seks oral padanya. Itulah maksud kepada berbaring di kakinya. Di dalam Kitab 2 Samuel (Bab 11) ia menyatakan: “Kemudian Daud berkata kepada Uriah, “Pulanglah ke rumahmu dan basuhlah kakimu.” Maka Uriah pun meninggalkan istana, dan sebuah hadiah daripada raja telah dihantarkan untuknya. Tetapi Uriah tidur di pintu masuk istana bersama dengan semua hamba-hamba tuannya dan tidak pulang ke rumahnya. Daud diberitahu, “Uriah tidak pulang ke rumah.” Maka beliau bertanya kepada Uriah, “Bukankah kamu baru pulang dari peperangan? Kenapa kamu tidak pulang ke rumah?” Uriah berkata kepada Daud, “Tabut dan Israel dan Judah masih berada dalam khemah, dan panglimaku Joab dan askar-askar tuanku sedang berkhemah di padang terbuka. Bagaimana mungkin aku pulang ke rumahku untuk makan dan minum dan bersetubuh dengan isteriku? Selagi mana engkau hidup, aku tidak akan melakukan perkara sebegitu!”
Jelas kita melihat bahawa apabila Daud menyuruh Uriah pergi ke rumahnya dan membasuh kakinya, itu sebenarnya bermaksud agar dia pergi bersetubuh dengan isterinya, Oleh itu, “kaki” sebenarnya adalah eufemisme untuk alat kelamin. Satu lagi bukti bahawa “kaki” dalam AlKitab bermaksud alat kelamin lelaki adalah dalam Kitab 1 Samuel. The American Standard Version menyatakan: “Dan beliau telah tiba ke kandang kambing di tepi jalan, di mana terdapatnya sebuah gua; dan Saul pun masuk untuk menutup kakinya. Sedangkan Daud dan tentera-tenteranya sedang berada di bahagian paling dalam gua.” The New International Version menterjemahkan ayat yang sama sebagai: “Beliau telah tiba ke kandang domba di pertengahan jalan; dan terdapat sebuah gua di situ, dan Saul pun masuk untuk melegakan dirinya. Daud dan tentera-tenteranya sedang berada jauh di belakang gua tersebut.”
Sekarang jika kita melihat kepada ayat-ayat berikut, banyak rahsia menjadi jelas. Di dalam Injil Lukas (Bab 7), ia menyatakan:
Salah seorang daripada orang Farisi telah mengundang Jesus untuk makan bersama-samanya, lalu Jesus masuk ke dalam rumah orang Farisi itu dan duduk di meja. Seorang wanita berdosa di kota tersebut telah mendapat tahu bahawa Jesus sedang makan di rumah orang Farisi itu. Jadi dia pun membawa sebuah balang alabaster yang berisi minyak wangi dan dia berdiri di belakang Jesus di kakinya, sambil menangis. Dia pun mula membasuh kaki beliau dengan air matanya, dan dia keringkannya dengan rambutnya, menciumnya berkali-kali dan menggosoknya dengan minyak wangi. Apabila orang Farisi yang meminta Jesus datang ke rumahnya itu menyaksikan kejadian tersebut, dia pun berkata dalam hatinya, “Jika Jesus adalah seorang nabi, dia pasti tahu bahawa wanita yang menyentuhnya itu adalah seorang pendosa!” Jesus berkata kepada orang Farisi tersebut, “Simon, ada sesuatu yang ingin aku katakan kepadamu.” Simon berkata, “Guru, katakanlah.” Jesus berkata, “Dua orang telah berhutang dengan seorang jurubank yang sama. Seorang berhutang lima ratus keping syiling dan seorang lagi berhutang lima puluh keping syiling. Mereka tidak ada wang untuk membayar hutang mereka, namun jurubank itu memberitahu mereka berdua bahawa mereka tidak perlu membayarnya. Siapakah di antara mereka yang akan lebih menyayangi jurubank itu?” Simon, orang Farisi itu, menjawab, “Aku rasa orang yang paling banyak berhutang duit darinya.” Jesus berkata kepada Simon, “Kamu benar.” Kemudian Jesus berpaling ke arah wanita itu dan berkata kepada Simon, “Adakah kamu lihat wanita ini? Apabila aku masuk ke rumahmu, kamu tidak memberikan aku air untuk kakiku, tetapi dia membasuh kakiku dengan air matanya dan mengeringkannya dengan rambutnya. Kamu tidak memberikan ciuman salam kepadaku, tetapi dia telah mencium kakiku semenjak dari aku masuk lagi. Kamu tidak menyapu minyak di kepalaku, tetapi dia menuangkan minyak wangi ke kakiku. Aku beritahu kamu bahawa dosanya yang banyak itu telah diampuni, oleh itu dia telah tunjukkan kasih sayang yang sangat hebat. Tetapi orang yang cuma sedikit dimaafkan, akan mengasihi dengan hanya sedikit juga. Kemudian Jesus berkata kepada wanita itu, “Dosa-dosamu diampunkan.”
Orang Farisi itu tidak akan merasa jijik dan tidak akan mena kan Kenabian Isa hanya kerana seorang wanita yang berdosa telah mencium kaki beliau. Walau bagaimanapun, dia akan berasa tersangat ragu jika seorang pelacur yang berdosa dibiarkan melakukan seks oral ke atas beliau. Memandangkan “kaki” adalah eufemisme bagi alat kelamin, wanita itu telah mencium kemaluan Isa dan melakukan seks oral ke atas beliau. Oleh itu, dengan menelan air maninya, kesemua dosanya telah diampuni. Itulah yang secara wajarnya telah mengejutkan orang Farisi itu sewaktu dia masuk dan menyaksikannya. Akibatnya, dia tidak lagi beriman.
Di dalam satu lagi riwayat gnostik yang pelik, Isa Al-Masih melakukan mukjizat di hadapan murid terdekatnya, iaitu Maria Magdalena. Epiphanius dari Salamis merekodkan bahawa teks Gnostik The Greater Questions of Mary mengandungi sebuah episod di mana Isa telah membawa Maria Magdalena naik ke puncak sebuah gunung, di mana beliau telah menarik seorang wanita keluar dari sisinya dan melakukan hubungan seksual dengannya. Kemudian, setelah ejakulasi, Isa pun meminum air maninya sendiri dan memberitahu Maria, “Begitulah yang perlu kita lakukan, supaya kita dapat hidup.” Setelah mendengarkan ini, Maria serta-merta pengsan, di mana Isa bertindak balas dengan membantunya bangun dan memberitahunya, “Wahai engkau yang kurang iman, mengapakah engkau ragu?”
Dan kita juga dapat tahu dari Islam bahawa cairan tubuh Nabi Muhammad (SAWAS) dapat menyucikan dan menjadi penyebab kepada dosa dihapuskan. Kita ada peristiwa yang masyhur ini yang telah dicatatkan di dalam kitab-kitab hadis Islam di mana Nabi telah kencing di dalam sebuah bekas dan menyimpannya di bawah katil baginda. Seorang wanita yang bernama Barakah yang sedang membersihkan rumah Nabi telah meminumnya. Kemudian Nabi bertanya kepadanya di manakah air kencing tersebut, dan dia menjawab bahawa dia telah meminumnya. Baginda kemudian bersabda kepadanya: “Api tidak akan menyentuh perutmu selamanya” yang bermaksud kamu telah disucikan oleh cecair dari badanku. Air mani adalah lebih bersih daripada air kencing dan jika air kencing Nabi (SAWAS) dapat menyucikan maka seseorang itu hendaklah menerima bahawa air mani baginda juga menyucikan. Jika seseorang menerima bahawa Iblis itu najis dan Qabil adalah najis dan anak-anak mereka juga najis, maka air mani mereka juga najis dan menyebabkan kenajisan. Kerana setiap perkara pasti ada lawannya, jika ada manusia yang najis maka pasti ada manusia yang suci. Jika ada air mani yang najis maka pasti ada juga air mani yang suci, dan jika ada air mani yang mengotorkan maka pasti ada air mani yang menyucikan.
Semua ini membentuk pentas kepada mukjizat terakhir Isa di dalam Injil dan ianya adalah kebangkitan semula Lazarus. Di dalam Kitab Yohanes (Bab 11) ia menyatakan:
Kematian Lazarus
Ada seorang lelaki yang bernama Lazarus sedang sakit. Dia berasal dari Bethany, iaitu kampung kepada Maria dan adiknya Marta. (Si Maria ini, yang mana abangnya Lazarus sedang terbaring kesakitan, adalah orang sama yang telah menuangkan minyak wangi kepada Jesus dan yang telah menyapu kaki beliau dengan rambutnya.) Maka adik-adik perempuannya telah mengutuskan berita kepada Jesus, “Tuan, orang yang engkau sayangi sedang sakit.” Ketika beliau mendengarnya, Jesus pun berkata, “Penyakit ini tidak akan berakhir dengan kematian. Tidak, ianya adalah demi keagungan Tuhan supaya anak Tuhan dapat diagungkan melaluinya.” Kini, Jesus telah mengasihi Marta dan saudara perempuannya dan Lazarus. Jadi apabila beliau mendengar bahawa Lazarus sedang sakit, beliau kekal tinggal di tempat di mana beliau sedang berada selama dua hari lagi, dan kemudian beliau berkata kepada murid-muridnya, “Marilah kita kembali ke Judea.” “Tetapi Rabai,” kata mereka, “orang-orang Yahudi di sana baru saja cuba untuk merejam engkau, namun engkau masih mahu pulang semula?” Jesus menjawab, “Bukankah siang hari ada dua belas jam? Barangsiapa yang berjalan pada siang hari tidak akan tersadung, kerana mereka melihat dengan cahaya dunia ini. Ianya jika seseorang berjalan pada waktu malam yang mereka tersadung, kerana mereka tidak ada cahaya.” Selepas beliau berkata sedemikian, beliau terus lagi memberitahu mereka, “Sahabat kita Lazarus telah tertidur; tetapi aku akan ke sana untuk membangunkannya.” Murid-muridnya menjawab, “Tuan, jika dia tidur, dia akan sembuh.” Jesus sebenarnya sedang bercakap tentang kematiannya, tetapi murid-muridnya menyangka yang beliau maksudkan itu adalah tidur biasa. Oleh itu beliau berterus terang dengan mereka, “Lazarus sudah mati, dan demi kamu, aku gembira yang aku tidak ada di sana, supaya kamu boleh percaya. Tetapi marilah kita pergi menemuinya.” Kemudian Thomas (juga dikenali sebagai Didymus) berkata kepada murid-murid yang lain,
“Jom kita pergi juga, supaya kita dapat mati bersama-sama dengannya.”
Jesus Menenangkan Saudara-Saudara Perempuan Lazarus
Sewaktu beliau tiba, Jesus telah mendapati bahawa Lazarus telah dikebumikan di dalam kubur selama empat hari. Betania terletak tidak sampai dua batu dari Jurusalem, dan ramai orang Yahudi telah datang menemui Marta dan Maria untuk menenangkan mereka di atas kehilangan abang mereka. Apabila Marta mendengar bahawa Jesus akan sampai, dia pun keluar untuk menemui beliau, tetapi Maria kekal berada di rumah. “Tuan,” Marta berkata kepada Jesus, “sekiranya engkau ada di sini, saudaraku pasti tidak akan mati. Tetapi aku tahu yang walaupun sekarang ini pun Tuhan akan berikan apa sahaja yang kamu minta.” Jesus berkata kepadanya, “Saudaramu akan bangkit semula.” Marta menjawab, “Aku tahu yang dia akan bangkit semula pada hari kebangkitan di akhir zaman.” Jesus berkata kepadanya, “Akulah kebangkitan dan kehidupan. Barangsiapa yang beriman kepadaku, dia akan hidup, walaupun dia mati; dan sesiapa yang hidup dengan beriman kepadaku tidak akan pernah mati. Adakah kamu percaya hal ini?” “Ya, Tuan,” jawabnya, “Aku percaya yang kamu adalah al-Masih, Anak Tuhan, yang akan hadir ke dunia ini.” Sesudah dia berkata sebegitu, dia pun pulang dan memanggil saudarinya, Maria ke tepi. “Guru dah sampai,” katanya, “dan bertanyakan akan kamu.” Apabila Maria mendengarnya, dia segera bangun dan pergi menemuinya. Pada ketika ini Jesus belum lagi masuk ke kampung tersebut, dan masih berada di tempat di mana Marta telah bertemu dengannya. Apabila orang-orang Yahudi yang sedang bersama-sama dengan Maria di dalam rumah tersebut, yang sedang menenangkannya, melihat betapa cepatnya dia bangun dan keluar, mereka pun mengikutinya, dengan menyangka bahawa dia mahu pergi ke kubur untuk meratap di sana. Ketika Maria sampai di tempat yang Jesus sedang berada dan melihat beliau, dia pun rebah di kaki beliau dan berkata, “Tuan, sekiranya engkau ada di sini, saudaraku tidak akan mati.” Apabila Jesus melihatnya menangis, dan orang-orang Yahudi yang datang bersama-sama dengannya juga menangis, jiwa beliau juga menjadi sangat terganggu dan gelisah. “Di manakah kamu kuburkannya?” beliau bertanya. “Jom ke sana, Tuan,” jawab mereka. Jesus turut menangis. Kemudian orang-orang Yahudi berkata, “Lihatlah betapa beliau menyayanginya!” Tetapi ada di antara mereka yang berkata, “Bolehkah dia yang telah menyembuhkan mata orang buta ini mampu mencegah lelaki itu daripada mati?”
PerjanjianKelimadenganIsa(AS)
Jesus Membangkitkan Lazarus Dari Kematian
Jesus, yang masih lagi terharu, kini sampai ke kubur tersebut. Ianya merupakan sebuah gua dengan sebiji batu besar diletakkan melintangi pintu masuk. “Ketepikan batu itu,” katanya, “Tetapi, Tuan,” kata Marta, saudara perempuan kepada si mati itu, “sekarang sudah pasti baunya busuk, kerana dia sudah berada di sana selama empat hari.” Kemudian Jesus berkata, “Bukankah aku telah beritahu kamu yang jika kamu percaya, kamu akan melihat kebesaran Tuhan?” Maka mereka pun membuang batu tersebut. Kemudian Jesus mendongak dan berkata, “Bapaku, aku bersyukur kepadamu, kerana engkau telah mendengarku. Aku tahu bahawa engkau sentiasa mendengarku, tetapi aku berkata sebegini untuk kepentingan orang-orang yang sedang berdiri di sini, agar mereka percaya yang engkaulah yang telah mengutusku.” Setelah beliau berkata sedemikian, Jesus pun memanggil dengan suara yang kuat, “Lazarus, keluarlah!” Si mati itu pun keluar, tangan dan kakinya masih terbalut dengan kain linen, dengan lilitan kain disekeliling mukanya. Jesus berkata kepada mereka, “Tanggalkan kain kafannya dan bebaskan dia.”
Di dalam sebuah teks Gnostik yang dipanggil sebagai The Secret Gospel of Mark, maklumat tambahan telah diberikan mengenai kejadian ini:
Dan mereka tiba di Betania. Dan seorang wanita tertentu yang saudara lelakinya telah mati ada di situ. Dan, dia datang bersujud di hadapan Jesus dan memberitahu beliau, “Wahai anak Daud, kasihanilah aku.” Tetapi murid-murid membantahnya. Dan Jesus, yang kemarahan, pergi bersama-samanya ke taman di mana kubur itu berada, dan serta-merta kedengaran suara teriakan yang kuat dari kubur itu. Dan sewaktu menghampiri, Jesus menggolekkan batu dari pintu kubur tersebut. Dengan segera, beliau pun masuk ke tempat pemuda itu berada, beliau menghulurkan tangannya dan mengangkatnya, memaut pada tangannya. Namun pemuda itu, sambil memandangnya, berasa sayang kepada beliau dan mula merayu kepada beliau agar dia dapat bersama beliau. Dan setelah mereka keluar dari kubur tersebut, mereka pun masuk ke rumah pemuda itu, kerana dia seorang yang kaya. Dan selepas enam hari, Jesus pun memberitahunya apa yang perlu dilakukan, dan pada waktu petangnya datanglah pemuda tersebut menemuinya, dengan hanya memakai kain linen menutupi tubuhnya yang telanjang. Dan dia kekal berada bersama beliau pada malam itu, kerana Jesus mengajarkannya misteri-misteri tentang Kerajaan Tuhan. Dan dari situ, dia pun bangkit, dan dia pulang ke seberang Jordan.
Implikasi yang dibuat di sini ialah, Isa (AS), selepas membangkitkan Lazarus daripada kematian, memperkenalkan Lazarus kepada misteri-misteri agama dan mengisinya dengan Roh. Setelah murid-muridnya menyaksikan mukjizat yang begitu besar, mereka pun memohon kepada Isa (AS) agar beliau dapat mengajarkan mereka dan mengisi mereka dengan Roh Kudus juga, supaya mereka juga dapat melakukan keajaiban-keajaiban sebagaimana yang telah dilakukan oleh Isa (AS). Namun begitu, iman mereka sebenarnya goyah, dan tidak sempurna, malah Kitab Suci al-Qur’an juga memberi kesaksian tentang perkara ini apabila ia menyebutkan: “Apabila Isa menyedari tentang keingkaran mereka, beliau pun menyeru: Siapakah yang akan menjadi penolongku di jalan Allah? Murid-murid itu pun berkata: Kamilah yang akan menjadi penolong Allah. Kami beriman kepada Allah, dan saksikanlah yang kami telah menyerah diri (kepada-Nya).” Selain itu, di dalam Kitab-kitab Injil, beliau berkali-kali menegur murid-muridnya dengan menuduh mereka sebagai lemah dalam keimanan dan berkata yang mereka akan mena kan beliau. Apakah sebenarnya yang akan menyebabkan para murid itu menjadi begitu lemah dalam keimanan mereka walaupun mereka telah melihat begitu banyak mukjizat? Adakah Isa (AS) hanya memilih orang yang lemah iman sebagai muridnya? Atau adakah ianya kerana sesuatu yang lain?
Kitab Suci al-Qur’an menceritakan semula tentang kejadian tersebut di mana murid-muridnya merayu kepada Isa (AS) untuk mengadakan jamuan Makan Malam Terakhir:
Lihatlah! para murid itu berkata: “Wahai Isa putera Maryam! Bolehkah Tuhanmu menurunkan kepada kami sebuah meja yang disediakan (dengan hidangan) dari syurga?” Isa berkata: “Takutlah kepada Allah, jika kamu beriman.” Mereka menjawab: “Kami hanya ingin makan darinya dan memuaskan hati kami, dan supaya kami tahu bahawa kamu sememangnya telah berkata benar kepada kami; dan agar kami sendiri dapat menjadi saksi terhadap mukjizat itu.” Berkatalah Isa putera Maryam: “Ya Allah Tuhan kami! Turunkanlah kepada kami dari syurga satu set meja (dengan hidangan), agar dapatlah kami - dari yang pertama dan yang terakhir dari kami - sebagai sebenar-benar perayaan dan satu petanda darimu; dan berikanlah rezeki kepada kami, kerana sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Pemberi rezeki (kepada keperluan kami).” Allah berfirman: “Aku akan menurunkannya kepada kamu: Tetapi sesiapa di antara kamu yang ingkar sesudah itu, nescaya Aku akan menghukumnya dengan satu hukuman yang mana Aku tidak pernah timpakan kepada sesiapa pun di kalangan semua umat.”
Jadi jelas sekali, para murid telah meminta satu juadah makanan, tetapi ia bukanlah sebagaimana makanan yang biasa, tetapi makanan tersebut adalah dari syurga. Isa (AS) telah berkata, takutlah kepada Tuhan, kerana jika kamu meminta sesuatu seperti ini dan kamu kufur sesudahnya, Tuhan telah rmankan yang Dia akan mengazab kamu tidak seperti mana yang lain. Jelaslah, makanan itu sendiri adalah sesuatu yang dapat menimbulkan keraguan. Tuhan tahu tentang perkara ini dan Isa juga tahu tentangnya. Tuhan menurunkan meja ini kepada mereka dan kejadian ini dikenali di dalam Kitab-kitab Injil sebagai “Makan Malam Terakhir.” Keseluruhan surah kelima di dalam Kitab Suci al-Qur’an dinamakan sebagai “Meja” yang merujuk kepada “Makan Malam Terakhir.” “Makan Malam Terakhir” inilah yang menyebabkan Judas Iskariot kufur dan menjadi murtad sepenuhnya. “Makan Malam Terakhir” inilah juga yang menggoncangkan keimanan murid-murid yang lain dan menyebabkan mereka meragui dan mena kan Isa (AS).
Isa (AS) telah mengabulkan permintaan mereka dan sebuah jamuan Makan Malam Terakhir telah diadakan. Pertamanya, kita ingin mengkaji apa yang telah berlaku pada Makan Malam Terakhir. Salah satu perkara yang telah berlaku ialah Isa (AS) telah membasuh kaki murid-muridnya. Apabila Isa (AS) mahu membasuh kaki murid-muridnya, mereka terus menentang dengan keras pada mulanya. Dengan merujuk kepada maksud “membasuh kaki” yang telah digambarkan sebelum ini, makna dari kejadian tersebut menjadi agak berbeza:
Jesus, yang mengetahui bahawa sang Bapa telah menyerahkan segalanya kepada Beliau, dan bahawa Beliau datangnya dari Tuhan dan akan kembali kepada Tuhan, bangun dari makan malam itu dan menanggalkan pakaian luar-Nya dan meletakkannya ke tepi; dan Beliau mengambil sehelai tuala dan mengikatnya di sekeliling tubuh-Nya. Kemudian Beliau menuangkan air ke dalam besen, dan mula membasuh kaki murid-muridnya dan mengelapnya dengan tuala yang Beliau ikatkan pada tubuh-Nya. Maka Beliau pun mendekati Simon Peter. Dia berkata kepada Beliau, “Tuan, Engkau mahu membasuh kakiku?” Jesus menjawab dan berkata kepadanya, “Apa yang Aku sedang lakukan, kamu tidak dapat memahaminya sekarang, tetapi kamu akan mengerti nanti.” Peter berkata kepada Beliau, “Jangan sekali-kali Engkau membasuh kakiku!” Jawab Jesus kepadanya, “Jika Aku tidak membasuh kamu, kamu tidak akan mempunyai tempat bersama-Ku.” Simon Peter berkata kepada Beliau, “Tuan, kalau begitu basuhlah bukan sahaja kakiku, tetapi juga tangan dan kepalaku!” Jesus berkata kepadanya, “Barangsiapa yang telah mandi, hanya perlu membasuh kakinya; melainkan dia sudah bersih sepenuhnya. Dan kamu sememangnya bersih—tetapi bukan kamu semua.” Kerana Beliau tahu siapakah yang telah mengkhianati Beliau; itulah sebabnya Beliau berkata, “Bukan semua dari kamu bersih.” Kemudian, setelah Beliau membasuh kaki mereka, Beliau pun memakai kembali pakaian Beliau dan bersandar di meja semula, dan Beliau pun berkata kepada mereka, “Tahukah
kamu apa yang telah aku lakukan untuk kamu? Kamu memanggil-Ku sebagai ‘Guru’ dan ‘Tuan’; dan kamu memang betul, kerana itulah Aku. Jadi jika Aku, yang dipanggil sebagai Tuan dan Guru, membasuh kakimu, kamu juga perlu saling membasuh kaki antara satu sama lain. Kerana Aku telah memberikan satu contoh kepada kamu, supaya kamu juga melakukan sebagaimana yang telah Aku lakukan untuk kamu. Sesungguhnya, sesungguhnya, Aku beritahu kamu, yang seorang hamba bukannya lebih hebat daripada tuannya, dan orang yang diutuskan juga bukannya lebih hebat daripada orang yang mengutusnya. Jika kamu faham tentang perkara-perkara ini, kamu diberkati jika kamu lakukannya.
Jadi, Makan Malam Terakhir sebenarnya adalah satu peristiwa di mana Isa dan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membasuh kaki di antara satu sama lain supaya murid-murid tersebut dapat disucikan. Ingatlah bahawa Isa pernah berkata kepada mereka,, makanlah dagingku dan minumlah darahku. Ianya tidak masuk akal jika roti itu merujuk kepada daging Kristus dan wain pula adalah darahnya, tetapi sebenarnya daging kepada seorang lelaki adalah air maninya, yang menghasilkan keturunannya. Aristotle (AS) pernah berbicara tentang perkara ini dan pernah menuliskan tentang air mani dan cebisan-cebisan roh dan telah mempercayai bahawa air mani ada mengandungi cebisan-cebisan kecil dari roh seorang lelaki. Cebisan daripada roh seorang lelaki dapat berpindah dari seorang manusia kepada manusia yang lain melalui air mani. Ahlul Bait (Dari Mereka Salam) telah mengajarkan bahawa mereka dahulunya adalah cahaya-cahaya yang terdapat dalam sulbi-sulbi para lelaki. Maksudnya, cahaya atau roh seorang lelaki itu terletak pada air maninya. Telah diriwayatkan oleh Salman Al-Farisi yang telah berkata bahawa Nabi Muhammad (SAWAS) telah bersabda: “Aku dan Ali telah diciptakan daripada satu cahaya sebelum Adam diciptakan dengan tempoh jarak empat belas ribu tahun, maka apabila Tuhan menciptakan Adam, dia letakkan cahaya itu di sulbinya, jadi kami kekal sebagai satu cahaya sehinggalah kami dipisahkan dalam sulbi Abdul Mutalib, di dalam diriku Kenabian dan di dalam Ali pula
Kekhalifahan.”
Ini adalah salah satu perkara yang sukar bagi orang Arab dan salah satu daripada kebenaran tersembunyi yang telah dirahsiakan oleh Tuhan. Ianya juga adalah salah satu daripada rahsia-rahsia yang manusia tidak dapat hadam. Abu Jaafar (Darinya Salam) pernah berkata: “Al-Qaim/Sang Pembangkit akan bangkit dengan satu perkara baru, dan sebuah kitab baru dan sebuah syariat/hukum yang baru, yang sukar bagi orang-orang Arab.” Peristiwa ini adalah Penyatuan Suci yang telah berlaku di antara Isa (AS) dengan murid-muridnya yang mana kemudiannya membawa perubahan ke atas mereka. Selepas kejadian itu, mereka kemudiannya dipenuhi dengan Roh Kudus dan dapat melakukan banyak mukjizat melalui Isa yang kini berada di dalam diri mereka, namun ianya hanya terjadi sedemikian selepas keraguan mereka hilang. Perkara inilah juga yang menyebabkan mereka melarikan diri daripada Isa (AS) ketika beliau sedang ditangkap. Mereka menyangka bahawa penangkapannya merupakan satu hukuman disebabkan kerana upacara yang aneh ini. Inilah juga sebab mengapa Judas telah mengkhianati beliau. Dia tidak mampu menerima perkara sebegini. Ianya telah diriwayatkan oleh Ahlul Bait (Dari Mereka Salam) bahawa Isa (AS) telah berbicara kepada para sahabatnya tentang perkara-perkara yang berat di mana setelah mereka mendengarnya, mereka bertukar menjadi musuh yang nyata: Di dalam hadis dari Abi Yaafor ia menyebutkan: “Dan Isa (AS) telah memberitahu kaumnya tentang sesuatu yang mereka tidak mampu terima, lalu mereka pun memberontak terhadapnya…”
Maka ini adalah kisahnya yang sebenar tentang mengapakah pengikut-pengikut Isa (AS) tidak lagi percaya kepadanya, dan mengapakah sahabatnya Judas mengkhianatinya, dan juga sebab mengapa orang-orang Yahudi menyalibnya. Kerana mereka tidak dapat menerima ajarannya yang berkait dengan pengambilan air mani, di mana Isa (AS) telah ajarkan yang ianya mengandungi roh beliau.
Tuhan telah meniupkan roh-Nya ke dalam Adam (AS), dan roh ini adalah Roh Kudus. Ianya telah diturunkan turun temurun melalui sulbi-sulbi lelaki dari seorang Khalifah kepada Khalifah yang lain, dari seorang Hujjah kepada Hujjah yang lain, di dalam air mani lelaki tersebut. Ketika Maryam, ibu kepada Isa (AS) mengatakan yang dia telah dihamilkan oleh Roh Kudus, dia maksudkan bahawa dia telah dihamilkan oleh seorang Rasul Tuhan atau Hujjah Tuhan, dan dia membawa Roh Kudus di dalam rahimnya. Perkara ini telah diketahui umum pada masa itu. Di dalam Injil Philip ia menyatakan: “Ada yang berkata, “Maryam dihamilkan oleh Roh Kudus.” Mereka silap. Mereka tidak tahu apa yang mereka katakan. Pernahkah seorang wanita dihamilkan oleh seorang wanita lain? Maryam adalah seorang perawan yang tidak ternoda oleh mana-mana kuasa pun. Dia adalah kutukan yang hebat terhadap orang-orang Ibrani, yang merupakan dari kalangan para utusan dan orang-orang apostolik. Perawan ini yang tidak dinodai oleh mana-mana kuasa [...] kuasa-kuasa itulah yang menodai diri mereka sendiri. Dan Tuan (Jesus) tidak akan mengucapkan“Bapa-Ku yang berada di Syurga” (Mt 16:17), melainkan beliau juga mempunyai seorang lagi bapa, dengan itu beliau pasti akan hanya berkata ‘Bapaku.’ ”22
Bahkan di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyatakan bahawa Roh Kudus telah datang kepadanya dalam bentuk seorang lelaki: “Dan sebutkanlah, [wahai Muhammad], di dalam Kitab [kisah tentang] Maryam, ketika dia menjauhkan diri dari keluarganya ke sebuah tempat di arah timur. Dan dia mengambil, untuk mengasingkan diri daripada mereka, satu hijab. Kemudian Kami utuskan kepadanya roh Kami, dan dia menjelmakan dirinya kepadanya sebagai seorang lelaki yang berbentuk sekata. Dia (Maryam) telah berkata, “Sesungguhnya aku berlindung kepada Yang Maha Pemurah daripada kamu, [maka tinggalkanlah aku], jika kamu takut kepada
Allah.” Dia berkata, “Aku hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberikanmu seorang anak lelaki yang suci.” Dia (Maryam) berkata, “Bagaimana mungkin aku boleh mendapat seorang anak lelaki sedangkan tidak ada lelaki yang pernah menyentuhku dan aku tidak pernah dinodai?” Dia berkata, “Begitulah [yang akan terjadi]; Tuhanmu berfirman, ‘Hal itu mudah bagi-Ku, dan Kami akan menjadikannya sebagai suatu petanda untuk manusia dan sebagai satu rahmat dari
Kami. Dan ianya adalah suatu perkara yang [sudah pun] ditetapkan.’ ”
Oleh itu, Roh Kudus mengalir di dalam sulbi-sulbi Khalifah Tuhan, dan dengan itu ianya menjadi jelas bahawa Makan Malam Terakhir sebenarnya berfungsi sebagai sebuah upacara penyucian dan pemindahan Roh Kudus. Ianya juga adalah kerana pada masa itu, benih dari Qabil dan benih dari Adam telah bercampur dengan begitu banyak sehingga cara ini berfungsi sebagai satu kaedah untuk membersihkan jasad daripada kegelapan Syaitan, dan untuk mengembalikan jasad kepada cahaya dan kesucian. Pada dasarnya, ianya adalah satu cara yang baharu untuk memisahkan kegelapan Syaitan, Qabil dan anak-anak mereka daripada jasad kita. Di dalam Perjanjian Pertama, Qabil telah disingkirkan dari anak-anak Adam (AS). Menjelang Perjanjian Kedua, keturunan dari Qabil telah menjadi terlalu ramai. Mereka dapat mengawal dari kesemua aspek kemasyarakatan dan cuba memerangi dan membunuh anak-anak Adam (AS), dengan itu Tuhan menghapuskan mereka dan membersihkan Bumi dengan banjir. Menjelang Perjanjian Ketiga, anak-anak Qabil mampu bertahan dan Tuhan pun memerintahkan pengasingan di antara anak-anak Qabil dengan anak-anak Adam dan memberikan mereka khatan sebagai suatu petanda. Namun, anak-anak Qabil terus menyusup, dengan mengadaptasi tradisi-tradisi Yahudi dan dengan berkahwin dalam kalangan anak-anak Adam (AS). Jadi, Isa hadir dengan satu kaedah baru untuk menyucikan jasad daripada kegelapan, iaitu melalui pengambilan cahaya. Kerana apa sahaja yang dimakan oleh seorang lelaki, itulah yang dia jadi. Isa (AS) pernah berkata: “Berbahagialah singa yang dimakan manusia, kerana singa itu akan menjadi manusia; dan terkutuklah orang yang dimakan singa, kerana singa itu akan menjadi manusia.”
Ritual dan ilmu rahsia ini, yang kini anda telah dapat tahu, adalah sesuatu yang diketahui oleh mereka-mereka yang berkuasa dalam Gereja Katolik. Perkara ini juga dijadikan sebagai salah satu alasan yang digunakan oleh para uskup dan para kardinal Gereja Katolik sebagai justi kasi di atas pencabulan berterusan mereka terhadap kanak-kanak di dalam gereja. Dilampirkan di bawah ini beberapa keping lukisan Katolik yang berkaitan dengan peristiwa Makan Malam Terakhir, yang menggambarkan Isa (AS) dan salah seorang muridnya di mana ritual itu dilukis secara jelas untuk dilihat oleh mereka-mereka yang mempunyai mata untuk melihatnya.
Perintah-perintah dalam Perjanjian Musa adalah sama sebagaimana dalam Perjanjian Isa, dengan hanya beberapa perubahan, kerana Isa (AS) telah berkata di dalam Kitab Matius: “Jangan kamu menyangka yang aku datang untuk menghapuskan hukum atau para Nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskannya tetapi untuk melengkapkannya.” Isa (AS) telah membuat sedikit perubahan kepada hukum-hakam semasa hayatnya dan daripada beberapa perubahan tersebut adalah pengharaman kepada perceraian melainkan pada situasi-situasi tertentu yang melampau. Beliau juga telah melarang poligami dan menjadikannya sama dengan berzina jika mana-mana lelaki mahu mengambil isteri yang kedua.
Perceraian
Setelah Jesus selesai berkata tentang perkara-perkara tersebut, beliau pun meninggalkan Galilea dan pergi ke wilayah Judea menghala ke seberang Jordan. Sekumpulan orang ramai turut mengikutinya, dan beliau menyembuhkan mereka di sana. Beberapa orang Farisi datang untuk bertemu dengan beliau, untuk mengujinya. Mereka bertanya, “Adakah halal bagi seorang lelaki untuk menceraikan isterinya dengan apa-apa alasan sekalipun?” “Tidakkah kamu membaca,” beliau menjawab, “bahawa pada mulanya Sang Pencipta ‘telah menjadikan mereka lelaki dan perempuan,’ dan berkata, ‘Atas sebab inilah seorang lelaki akan meninggalkan bapa dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu jasad? Jadi mereka bukan lagi dua, tetapi satu jasad. Oleh itu, apa yang Tuhan telah satukan, jangan biarkan sesiapa pun pisahkan.” “Kenapa begitu,” tanya mereka, “bukankah Musa pernah memerintahkan supaya seorang lelaki mengeluarkan sekeping surat cerai kepada isterinya dan melepaskannya?” Jesus menjawab, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri-isteri kamu kerana hati kamu yang degil. Tetapi ianya bukan dengan cara sebegini dari awalnya. Aku beritahu kamu bahawa sesiapa yang menceraikan isterinya, melainkan disebabkan kelakuan seksual yang tidak bermoral, dan kemudiannya berkahwin dengan wanita lain, telah melakukan zina.” Murid-muridnya berkata kepadanya, “Jika demikianlah keadaannya di antara suami isteri, lebih baik tidak berkahwin.” Jesus menjawab, “Bukan semua orang dapat menerima kata-kata sebegini, namun ia hanya (dapat difahami) oleh mereka yang telah dikurniakan. Kerana ada sida-sida yang telah dilahirkan sebegitu, dan ada pula sida-sida yang telah dijadikan sebagai sida-sida oleh orang lain—dan ada juga orang yang memilih untuk hidup seperti sida-sida demi mendapat kerajaan syurgawi. Mereka yang dapat menerima perkara ini hendaklah menerimanya.”
Tuhan telah mengangkat Isa kepada-Nya dan Perjanjian telah dipindahkan daripada anak-anak Ishak kepada anak-anak Ismail (Salam Kepada Mereka) setelah Isa (AS) memberi khabar gembira kepada mereka tentang seorang Rasul Arab yang akan datang kepada mereka yang bernama Ahmad, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kitab Suci al-Qur’an: “Dan (sebutkanlah) ketika Isa, putera Maryam, telah berkata: “Wahai Bani Israil! Sememangnya akulah utusan Allah kepadamu, yang mengesahkan apa yang telah datang sebelumku dalam kitab Taurat, dan memberi khabar gembira tentang seorang utusan yang akan datang sesudahku, yang namanya adalah Ahmad.” Maka tatkala dia (Ahmad) datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang jelas, mereka pun berkata: “Ini adalah sihir yang nyata.”
Dengan itu, Wasiat keramat dan Perjanjian tersebut dipindahkan dari Bani Israel kepada bangsa Arab melalui satu rantaian panjang yang terdiri dari para Nabi termasuklah bermula dengan Nabi Mani sehinggalah kepada Abu Talib, bapa kepada Amirul Mukminin Ali (Salam Kepada Mereka) yang merupakan seorang pewaris terakhir kepada Isa Al-Masih sebelum munculnya Rasul terakhir, Muhammad, semoga doa dan keberkatan Tuhan ke atas baginda dan keluarga baginda. Diriwayatkan bahawa Imam Musa Al-Kazim telah ditanya tentang Abu Talib dan Muhammad Rasulullah dan beliau (Darinya Salam) telah menjawab: “Abu Talib percaya kepada Nabi dan dengan apa yang baginda telah bawakan bersama baginda dan beliau telah menurunkan Wasiat kepada baginda, dan kemudian beliau wafat.”
Hukuman yang telah dijatuhkan ke atas orang-orang Israel kerana melanggar Perjanjian Musa adalah kemusnahan Kuil Kedua Jurusalem di tangan orang-orang Rom, dan pengusiran orang-orang Israel dari Tanah Yang Telah Dijanjikan, yang sebelumnya telah dipimpin oleh Musa kepada mereka. Mereka diselerakkan ke seluruh dunia tanpa memiliki sebuah negara Yahudi selama hampir dua ribu tahun, sehinggalah mereka sekali lagi memasukinya dengan bantuan orang-orang Rom. Ini adalah penyempurnaan kepada rman dan ramalan Tuhan ketika Dia ber rman di dalam Kitab Suci al-Qur’an: “Dan Kami telah tetapkan untuk Bani Israil di dalam Kitab Suci; “Kamu pastinya akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali, dan kamu pasti akan bangkit ke satu kedudukan yang tinggi.” Tanda kepada Perjanjian baru ialah Penyatuan Suci dan Piala, dan tanah yang dijanjikan dalam Perjanjian ini adalah sama dengan Perjanjian Musa, melainkan yang ianya telah dipindahkan daripada Bani Israel, yang kini telah dibuang dan disingkirkan, kepada anak-anak dari Ismail, iaitu orang-orang Arab, yang kemudiannya mendiami di kesemua wilayah sebagaimana yang telah dijanjikan kepada Musa (AS). Pengikut-pengikut kepada Perjanjian baru ini boleh dikenali melalui amalan ini di kalangan mereka kerana tidak ada anak Qabil yang mampu menerimanya. Ianya terlalu berat dan merupakan satu tanda kepada Perjanjian tersebut. Para pengikut Isa (AS) terus mengamalkan amalan ini selama berabad-abad selepas itu, bermula dengan Nabi Mani dan pengikut-pengikutnya, berterusan sehinggalah kepada Perjanjian Muhammad.
Sudah tentu, ini adalah perkara yang menjadi satu bacaan yang mengganggu bagi kebanyakan anda, tetapi kita telah diberi amaran oleh Isa (AS) yang bahawasanya inilah yang akan berlaku. Di dalam Injil Thomas ia menyatakan: “Ini adalah kata-kata rahsia yang Jesus yang hidup telah ucapkan dan Didymos Judas Thomas telah catatkan. Dan beliau telah berkata, “Sesiapa yang menjumpai maksud bagi kata-kata ini tidak akan merasai kematian.” Jesus berkata, “Orang yang mencari tidak sepatutnya berhenti mencari, sehinggalah mereka menemuinya. Setelah mereka menemuinya, mereka akan berasa terganggu. Apabila mereka terganggu, mereka akan kagum, dan akan memerintah di atas segala-galanya.”
Kebenaran yang pahit dan menggoncangkan ini telah didedahkan oleh Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) untuk membantu kita agar dapat lebih memahami sejarah perkembangan rohani dan mental manusia daripada Perjanjian Musa kepada Perjanjian Isa. Dari agama-agama dan budaya-budaya Timur hingga ke Barat, meresapnya kepercayaan, adat resam dan amalan yang berkaitan dengan faedah-faedah rohani dan perubatan tentang meminum air kencing lembu (cth, Hindu, Islam) dan air kencing unta (cth, Islam). Kita perlu lebih memahami tentang asal-usulnya, tujuannya, dan juga penyelewengan yang terdapat dalam amalan-amalan sebegini.
Meminum air kencing bagi tujuan perubatan boleh didapati dalam tradisi-tradisi Islam arus perdana. Riwayat berikut dari Sahih Al-Bukhari menggambarkan maksudnya: Anas ibn Malik telah berkata, “Beberapa orang dari suku ‘Ukl atau ‘Uraina telah datang ke Madinah dan iklimnya tidak sesuai dengan mereka. Maka Nabi telah memerintahkan mereka untuk pergi ke kawanan (Susuan) unta dan meminum susu dan air kencingnya (sebagai satu ubat). Maka mereka pun pergi ke sana sebagaimana yang telah diarahkan dan setelah mereka menjadi sihat, mereka pun membunuh pengembala Nabi dan menghalau kesemua unta.”
Sheikh Muhammad Ibn Al-Hassan Al-Ḥurr Al-Ê¿Ä€mili yang terkenal juga menyatakan, “Mengenai dibenarkan untuk meminum air kencing unta dan lembu dan biri-biri serta air liurnya dan menjadikan air kencingnya dan susunya sebagai ubat, Abi-Abdillah (AS) menyatakan tentang air kencing lembu, dan sama ada ia boleh diminum oleh manusia, ‘jika dia memerlukannya sebagai satu ubat, dia boleh meminumnya dan dia juga boleh meminum air kencing unta dan kambing.’ ” Al-Ê¿Ä€mili juga menyatakan bahawa Aba Al-Hassan Musa Al-Kazim (AS) telah berkata, “Air kencing unta adalah lebih baik daripada susunya dan Tuhan menjadikan ada penawar dalam susunya” Akhir sekali, Ali Al-Sistani juga telah mengeluarkan satu fatwa yang mengatakan bahawa ianya adalah dibenarkan untuk meminum air kencing unta, biri-biri, dan lembu. Kami bukanlah mahu berdebat tentang sama ada seseorang perlu meminum air kencing haiwan atau tidak, namun apa yang kami katakan adalah, bukankah lebih patut yang air kencing dari seorang Nabi adalah lebih suci berbanding dengan seekor haiwan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sememangnya telah berpegang kepada kepercayaan-kepercayaan sebegini?
Malah pada hari ini, manfaat perubatan dari air mani juga telah menjadi satu subjek kajian dalam perubatan dan satu budaya yang popular. Ianya perlu diingatkan bahawa amalan ritual yang Isa (AS) telah pelawa murid-murid lelakinya lakukan pada Makan Malam Terakhir adalah bukan bersifat seksual. Tujuan upacara tersebut adalah untuk menggalakkan penyembuhan kerohanian, pemahaman, penyatuan, dan penyucian daripada kegelapan. Walau apa pun, episod-episod menelan ‘air kehidupan’ ini memberikan gambaran yang berbeza tentang Isa (AS) berbanding dengan apa yang telah digambarkan secara popularnya oleh Gereja.
Lebih-lebih lagi, terdapat satu mesej yang lebih mendalam yang cuba dihantarkan oleh Isa (AS), yang mana bukan sahaja kepada murid-muridnya, tetapi juga kepada generasi-generasi yang akan datang yang mencari Tuhan. Lagipun, Isa (AS) telah terkenal sebagai seorang penyembuh jasad, tetapi yang lebih penting, sebagai seorang penyembuh kepada hati. Beliau memindahkan kita dari berkhatan daging (Perjanjian Ibrahim) kepada berkhatannya hati, yang bermaksud penyucian kepada hati dan roh dengan cara menelan cahaya dalam air mani. AlKitab Yang Suci menyatakan, “Khatankanlah diri kamu untuk Tuhan, buanglah kulup di hatimu, wahai orang-orang Yehuda dan para penduduk Jurusalem; supaya murkaku tidak menyala seperti api.”
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, Isa (AS) datang untuk menyempurnakan hukum Musa (AS), khususnya yang berikut: “Khatankanlah kulup di hatimu, dan jangan kejang leher lagi.” “Dan Rabb, Tuhanmu, akan mengkhatankan hatimu, dan hati dari benihmu, agar dapat mengasihi RABB, Tuhanmu, dengan seluruh hatimu, dan dengan segenap jiwamu, supaya engkau dapat terus hidup.”
Kami tinggalkan pembaca dengan satu penjelasan penting sedang anda merenungkan tentang kebenaran-kebenaran pahit ini. Hari ini, dengan pencerahan dari apa yang Bapa saya, Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah ajarkan, kami bawakan pendedahan-pendedahan ini sebagai satu
cara untuk kita lebih memahami kebenaran tentang sejarah manusia dan konteks dan situasi-situasi di sekitar peralihan umat manusia yang telah terjadi di antara Perjanjian Keempat dan Kelima. Ianya meletakkan batu asas untuk lebih memahami penggunaan dan penyalahgunaan ajaran Isa semenjak lebih dua ribu tahun yang lalu. Sebagai contoh, pendedahan-pendedahan ini akan membantu kita lebih memahami tentang penderaan seksual ke atas kanak-kanak yang berlaku secara berleluasa dalam Gereja Katolik, pembujangan paderi, dan terpadamnya jalur pengganti sebenar kepada Isa.
Perkara ini akan menjadi lebih jelas dalam Pintu-pintu berikutnya, terutamanya apabila kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang dakwah Isa (AS) dan tahun-tahun kehilangan beliau selepas penyaliban. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) secara mutlaknya TIDAK menyeru manusia untuk mengamalkan amalan-amalan ini. Setelah dua ribu tahun misteri ini menyelubungi keadaan Isa (AS), masanya telah tiba untuk dunia merasai kebenaran yang pahit. Imam Ali (Darinya Salam) pernah berkata: “Kebenaran itu pahit dan masam dan kebatilan itu manis.” Tahniah kepada anda jika anda dapati yang perkara ini pahit dan sekiranya anda merasa terganggu, kerana anda telah menemui kebenaran.