“Apabila Al-Qaim bangkit, beliau akan mengutuskan ke setiap wilayah seorang lelaki yang akan berkata, ‘Perjanjianmu berada di tanganmu.’ ”
Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) adalah pendamping kepada Perjanjian terakhir dan yang paling hebat. Perjanjian ini adalah kemuncak dari semua usaha para Nabi, Rasul-rasul, dan orang-orang Soleh semenjak dari zaman Adam (AS) sehinggalah ke hari ini. Pendamping kepada Perjanjian akhir ini tampil dan
mengesahkan semua Perjanjian dari para Nabi dan para Rasul sebelumnya. Beliau menyatukan dunia di bawah kebenaran dan mengembalikannya kepada Kerajaan Ilahi yang Adil persis Taman Eden di mana di dalamnya tiada kemiskinan, tiada peperangan, tiada penyakit, tiada kematian dan tidak ada pemerintahan dari anak-anak Iblis. Ini jauh sekali daripada menjadi satu pekerjaan yang mudah. Ianya adalah pekerjaan yang paling sukar, dan ianya adalah apa yang para Nabi dan Rasul telah berusaha untuk mencapainya tetapi tidak dapat dicapai semasa hayat mereka.
Sebagaimana yang telah kami tunjukkan di dalam keenam-enam Perjanjian yang lalu di dalam buku ini, umat manusia telah diciptakan berdasarkan imej Tuhan, dan bapa kita Adam (AS) telah dilantik menjadi Raja ke atas penciptaan. Anak-anak lelaki dan perempuan Adam adalah para pewaris diraja ke atas Bumi ini dan segala apa yang ada di atasnya. Satu sahaja kesilapan, iaitu satu perbuatan mungkar, dan melanggar batas terhadap Sayyidatina Fatimah Al-Zahraa (Darinya Salam), telah menyebabkan Adam (AS) terpaksa menanggung akibat dari perbuatannya, terpaksa hidup di Bumi bersama-sama dengan musuhnya, dan keturunan musuhnya, iaitu Iblis, bersama-sama terkurung di Bumi dalam sebuah perjuangan berterusan dalam merebut takhta.
Wujudnya anak-anak Qabil hanyalah semata-mata akan menyebabkan banyaknya penderitaan-penderitaan yang tidak berkesudahan, bermula dengan pembunuhan Habil di tangan Qabil dan diteruskan lagi dengan Qabil dan anak-anaknya yang melakukan segala jenis jenayah dan dosa. Dosa-dosa dan jenayah-jenayah ini telah menyebabkan hukum-hakam baru perlu dilaksanakan yang menambahkan lagi sekatan kepada kebebasan yang Adam dan Hawa pernah nikmati suatu ketika dahulu di Taman Eden. Dunia telah menjadi satu tempat penderitaan dan matlamat anak-anak Adam adalah untuk mengembalikan umat manusia kepada Taman Eden, malah untuk mengubah keseluruhan Bumi menjadi sebuah Kerajaan Ilahi persis Eden yang dahulunya pernah didiami oleh manusia. Ini hanya dapat dicapai jika keturunan Adam (AS) yang memerintah.
Kami telah tegaskan di dalam keenam-enam Pintu sebelumnya bahawa anak-anak Qabil secara lumrahnya adalah buas, pelaku-pelaku jenayah dan pelaku-pelaku kejahatan yang akan sentiasa melakukan kerosakan di muka bumi ini. Tuhan telah memberikan mereka banyak peluang dan berulang kali terpaksa menghapuskan mereka melalui hukuman-hukuman setelah mereka membunuh setiap anak-anak cahaya yang telah diutuskan kepada mereka. Kami telah tegaskan juga bahawa Raja yang sebenar yang dilantik oleh Tuhan adalah seorang anak dari Adam (AS) kerana ianya adalah anak-anak dari Adamlah yang Tuhan telah tiupkan Roh Kudusnya ke dalam mereka. Kami juga telah tegaskan bahawa Adam adalah merupakan seorang Raja dan beliau telah diberikan kuasa mutlak ke atas segalanya. Kami juga telah tegaskan melalui Daud (AS) yang bahawasanya pemerintah yang dilantik oleh Tuhan adalah kebal daripada pendakwaan dan kedudukannya lebih tinggi daripada undang-undang. Ianya juga telah ditegaskankan di dalam kitab-kitab suci yang bahawasanya pemerintah yang dilantik oleh Tuhan dapat dikenal pasti oleh manusia melalui peraturan dalam mengenal pasti Hujjah Allah, iaitu melalui: 1) Wasiat; 2) Ilmu; 3) Menyeru kepada Ketuanan Tuhan.
Wasiat bermaksud bahawa pemerintah tersebut telah dilantik ilahi dan namanya disebutkan dengan jelas di dalam Wasiat orang yang melantiknya, iaitu pendahulunya. Adam (AS) misalnya telah dilantik oleh Tuhan sebagaimana ia dinyatakan dengan jelas di dalam Kitab Suci al-Qur’an: “Sememangnya, Aku akan menjadikan di bumi ini seorang Khalifah.” Kita melihat bahawa Adam (AS) melantik Habil dan Seth. Kita juga melihat bahawa Nuh (AS) melantik Shem. Kita juga melihat bahawa Musa (AS) melantik Harun dan Yusha’ anak kepada Nun (Salam Kepada Mereka). Kita lihat banyak contoh-contoh pelantikan ilahi di dalam kitab-kitab suci, di mana para Nabi melantik para pengganti mereka.
Ilmu bermaksud bahawa Rasul dan pemerintah yang dilantik ilahi itu memiliki ilmu kurniaan Tuhan yang membolehkannya mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan menjawab soalan-soalan daripada manusia, khususnya dalam perkara-perkara besar ini yang hanya didedahkan oleh seorang Rasul Ilahi, perkara-perkara yang dirujuk sebagai perkara-perkara yang paling besar atau Aza’im Al-O’moor. Kita boleh lihat tentang kriteria kepada ilmu pengetahuan ini di dalam Kitab Suci al-Qur’an di dalam ayat-ayat berikut, yang berkaitan dengan pelantikan Adam (AS) sebagai Khalifah Allah: “Dan Dia telah mengajarkan Adam nama-nama, kesemuanya; kemudian beliau persembahkannya kepada para malaikat, lalu berfirman, ‘Beritahu Aku nama-nama semua ini, jika kamu ikhlas.’ ”
Seruan kepada Ketuanan Tuhan bermaksud bahawasanya Utusan dari Tuhan sentiasa menyeru ke arah Ketuanan Tuhan dan tidak menyeru kepada ketuanan manusia. Ini bermakna bahawa satu-satunya orang yang boleh memerintah manusia adalah seseorang yang dilantik oleh Tuhan dan menyeru manusia kepada Tuhan. Beliau adalah seorang Raja falsafah atau Pemerintah
Ilahiyyah. Pelantikan Adam (AS) bermakna beliau adalah seorang Pemerintah, Raja, Perdana Menteri, dan juga Presiden. Beliau adalah seseorang yang diamanahkan oleh Tuhan untuk melaksanakan kehendak Tuhan di Bumi. Oleh itu, konsep Ketuanan Tuhan bermaksud bahawa orang yang mengendalikan urusan kemanusiaan itu haruslah seseorang yang terpilih, yang ditentukan, dan yang dilantik oleh Tuhan. Beliau tidak diundi oleh manusia atau dipilih di atas dasar kepentingan subjektif peribadi manusia, ataupun kepentingan sebuah parti politik, ataupun berat sebelah, dari mana-mana kumpulan tertentu. Tuhan memilih berdasarkan apa yang baik untuk kesemua aspek rohani, mental, dan kesejahteraan zikal manusia. Isa (AS) telah berkata: “Aku tidak mencari kehendakku sendiri melainkan kehendak Bapaku yang mengutusku.”
Maka bagaimanakah cara Tuhan menjadikan pelantikan-Nya dapat dikenali dengan jelas? Sebagaimana Adam (AS) telah dapat dikenal pasti melalui pelantikan ilahi oleh Tuhan, iaitu dengan mengetahui nama-nama segala sesuatu (ilmu), dan dengan menyeru kepada Ketuanan Tuhan (dengan dilantik menjadi Khalifah Tuhan di muka bumi). Seseorang itu tidak dapat mengenal pasti pemerintah yang telah dilantik oleh Tuhan mengikut piawaian duniawi melalui ciri-ciri zikal, status sosial, status perkahwinan, populariti, kekayaan, dan seumpamanya. Kerana Tuhan telah mengutuskan para pemerintah seperti Sulaiman (AS) yang tersangat kaya dan memiliki ratusan isteri. Dia juga telah mengutuskan para pemerintah yang memiliki cuma sedikit atau langsung tidak memiliki kekayaan material seperti Isa (AS). Kami telah tegaskan yang bahawasanya syariat itu berubah mengikut keadaan dan situasi pada masa dan zaman tersebut. Tindakan-tindakan daripada para pemerintah yang dilantik oleh Tuhan mungkin tidak selalunya dapat difahami dengan baik atau kelihatan sebagai satu norma kebiasaan di dalam masyarakat di mana mereka pernah jalani dalam kehidupan mereka dahulu. Sebagaimana yang telah kami tunjukkan melalui tindakan-tindakan dari Daud, Lut dan Isa (Salam Kepada Mereka), seseorang tidak boleh sesekali membantah pemerintah ilahi atau Raja yang dilantik oleh Tuhan ini. Ketaatan yang mutlak dan menyeluruh diperlukan dalam semua kes dan situasi. Kami juga telah menegaskan bahawa, melalui Ali (AS) dan anak-anaknya, para Imam dan para Mahdi, bahawasanya kaedah untuk kita dapat mengenal pasti sama ada seseorang itu merupakan anak Adam atau seorang anak Qabil, adalah melalui kecintaan dan kesetiaan mereka kepada pemerintah yang dilantik ilahi pada zaman mereka. Sesiapa sahaja yang menerima, menyayangi dan merupakan seorang pengikut setia (Syiah) kepada Raja lantikan ilahi adalah seorang anak daripada Adam, dan mereka yang menolak dan memusuhinya adalah merupakan seorang anak dari syaitan.
Apabila mengimbas kembali kesemua ini, kisah dan sejarah umat manusia semenjak dari Adam sehingga ke hari ini, kita sedar bahawa agama kita yang sebenar hanyalah satu perkara, iaitu ketaatan kepada Raja yang dilantik ilahi ini. Kisah kita adalah sebuah kisah tentang satu takhta, pemerintahan dan tanah yang telah dirampas oleh anak-anak Iblis, si Raja tua itu yang enggan menerima Raja pilihan Tuhan. Kisah kita adalah kisah tentang seorang Raja yang telah digulingkan (Adam dan keturunannya) dan satu perjuangan untuk mengembalikan beliau kepada takhtanya dan memberikan kemampuan kepada anak-anaknya di Bumi. Inilah keseluruhan agama dan tujuannya, iaitu untuk menubuhkan pemerintahan Tuhan di Bumi, sebuah pemerintahan yang akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan ke seluruh dunia. Agama telah diputarbelitkan dan dirosakkan oleh anak-anak Qabil. Mereka menjadikannya sebagai satu perkara di mana pemerintahan sesebuah negara dipisahkan daripada agama, yang kononnya pemisahan Gereja dan Negara. Ideanya adalah bahawa kita hendaklah cuma menerima Isa, Muhammad, Buddha, Krishna, dll. selagi mana mereka tidak berada dalam suatu kedudukan untuk memerintah kita. Kita sepertinya cuma menerima mereka sebagai guru-guru sekolah pada setiap hari Ahad. Ini bukanlah sepertimana yang Tuhan mahukan. Agama bukanlah berkaitan mengikuti satu set ritual,
contohnya seperti ritual-ritual pembersihan atau ritual-ritual solat tertentu, tetapi bahkan ia sebenarnya berkaitan dengan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja lantikan ilahi, dan Raja itu mewakili pemerintahan Tuhan di Bumi. Tuhan tidak pernah berniat untuk tidak hadir dalam kehidupan manusia atau urusan dunia ini, Tuhan bahkan ingin menjamin tertegaknya keadilan dan kesaksamaan di Bumi melalui lantikan dari para Rasul-Nya sebagai pemerintah-pemerintah ilahi, namun begitu para Rasul tersebut telah dianiayai, diseksa dan dibunuh di sepanjang sejarah kerana mereka mempertahankan keadilan Tuhan dan mempertahankan pemerintahan Tuhan di Bumi, iaitu Ketuanan Tuhan.
Jadi kami percaya bahawa semua masalah yang ada di Bumi adalah disebabkan oleh hakikat bahawa para pemerintah yang memerintah Bumi ini tidak dilantik oleh Tuhan dan malahan, kebanyakan daripada mereka bukanlah anak-anak dari Adam. Abi Khalid Al-Kabuli telah meriwayatkan bahawa Abi Abdillah (AS) telah berkata: “Tuhan Yang Maha Tinggi telah menjadikan agama dua kerajaan: kerajaan Adam, dan ianya adalah kerajaan Tuhan, dan kerajaan Iblis. Maka apabila Tuhan ingin disembah secara terbuka ia akan menjadi kerajaan Adam, dan jika Tuhan ingin disembah secara tersembunyi, ia akan menjadi kerajaan dari Iblis, dan sesiapa yang menzahirkan apa yang Tuhan ingin sembunyikan, telah terkeluar dari agama.”
Oleh itu, kita dapat melihat dengan jelas bahawa agama itu terikat pada pemerintahan ilahi. Kerana keseluruhan agama sebenarnya adalah berkenaan pemerintahan. Sesungguhnya, Tuhan telah ber rman “Sememangnya, Aku akan menjadikan di muka Bumi ini seorang Khalifah.” Sekarang kita faham bahawa para Mahdi (Pembimbing-pembimbing lantikan Tuhan) sebenarnya bukan hanya sekadar pemimpin rohani tetapi juga merupakan Raja-raja yang memiliki autoriti politik dan kerohanian di Bumi. Pada hari ini, yang kononnya dipanggil sebagai Negara Israel percaya yang mereka diberikan hak oleh Tuhan untuk memiliki sebuah negara untuk orang-orang Yahudi, dan mereka mentakrifkan identiti Yahudi bukan sahaja berdasarkan kepercayaan, tetapi juga berdasarkan keturunan biologi melalui ibu. Begitu juga, kami juga percaya yang kami, mereka-mereka yang beriman kepada para Mahdi yang telah disebutkan di dalam Wasiat Nabi Muhammad (SAWAS) bukan sahaja disatukan oleh kepercayaan, tetapi kami juga percaya bahawa kami juga bersatu melalui jalur keturunan, kerana kami percaya bahawa kami semua adalah bersaudara dan dari satu kaum, iaitu anak-anak Adam (AS). Namun begitu, tidak seperti satu bangsa biologi, kami adalah satu keturunan roh. Mana-mana manusia boleh memilih untuk menjadi sebahagian daripada keturunan ini, keluarga roh ini, dengan menyucikan diri mereka, memberikan kemenangan kepada cahaya di dalam diri, dengan mengalahkan kegelapan, dan tunduk kepada pemerintah yang telah dilantik Tuhan.
Anak-anak roh kepada Adam (AS) kini membentuk keluarga roh Aal Al-Mahdi (Keluarga Al-Mahdi). Sebagaimana yang telah kami tunjukkan di sepanjang Pintu-pintu sebelumnya, mereka-mereka yang membawa benih Adam (AS) secara lumrahnya cenderung kepada khalifah dari Tuhan, kasih sayang, keadilan, dan kebaikan. Mereka adalah anak-anak cahaya, manakala benih Syaitan secara trahnya adalah najis dan cenderung kepada penindasan dan kejahatan. Tujuan dan rancangan utama Tuhan adalah untuk menyucikan Bumi daripada saki baki Syaitan yang telah menyebabkan kekacauan, porak-peranda, dan penindasan yang telah melakukan sedemikian melalui perampasan kuasa daripada pewaris-pewaris yang berhak, iaitu anak-anak Adam (AS). Setelah beribu-ribu tahun berlakunya percampuran genetik, mutasi dan epigenetik di antara anak-anak Adam (AS) dengan anak-anak Syaitan, Perjanjian Ketujuh menetapkan ikatan, identiti dan syariat baru kami berdasarkan “Bangsa Rohani” kami atau keturunan rohani. Perkauman berdasarkan biologi, eugenik bergaya fasis, dan penuntutan-penuntutan genetik terhadap autoriti keagamaan dan/atau autoriti sekular dan autoriti pemerintahan akan dihapuskan. Semua piawaian-piawaian ini adalah batil dan adalah punca kepada kezaliman, penindasan, dan ketidakadilan di Bumi. Perjanjian Ketujuh hadir dengan ilmu berkenaan roh supaya ia dapat menghapuskan semua identiti-identiti palsu yang telah menyebabkan terlalu banyak penderitaan.
Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, agama pada terasnya terikat dengan pemerintahan dan kedaulatan Ilahi (Wilayah). Ianya adalah satu idea yang telah lama mapan di dalam Gereja Katolik. Gereja Katolik adalah salah satu institusi yang paling lama berdiri dan merupakan institusi-institusi terkaya di dunia dan ia mengasaskan autoriti dan kedaulatannya di atas prinsip ini yang diambil daripada ayat berikut: “Aku akan berikan kamu kunci-kunci kepada kerajaan syurga; dan apa sahaja yang kamu ikat di bumi akan terikat juga di syurga, dan apa yang kamu lepaskan di Bumi ini akan dilepaskan juga di syurga.”
Sepertimana penganut Katolik yang mempercayai bahawa ianya penting bagi pemimpin rohani mereka, iaitu Paus, untuk diberikan kuasa sebagai ketua kepada negara berdaulatnya yang tersendiri, iaitu Vatikan, dengan undang-undangnya yang tersendiri, kami juga percaya, yang ia adalah penting untuk menjadikan para Mahdi sebagai ketua kerajaan mereka sendiri dengan melaksanakan undang-undangnya yang tersendiri. Kami percaya yang ianya janji Tuhan yang bahawasanya suatu hari nanti di dalam hayat kami ini, yang kami akan dikurniakan tanah kami sendiri untuk memerintah. Kerajaan Adil Ilahi adalah janji dari Tuhan dan merupakan harta pusaka bagi Bani Adam (AS). Jenis pemerintahan yang akan diwujudkan di dalam Kerajaan Adil Ilahi akan menjadi sebuah pemerintahan yang berasaskan kepada kesaksamaan dan keadilan untuk semua, di mana manusia dari semua kepercayaan dan denominasi akan dibenarkan untuk mengamalkan kepercayaan mereka secara bebas di negara kami, di bawah panji Ketuanan Tuhan.
Untuk menunjukkan lagi dengan lebih lanjut berkenaan umat Katolik yang percaya bahawa pengganti kepada Isa, iaitu Paus menurut mereka, mempunyai kuasa pemerintahan dan autoriti syurgawi dan duniawi, berikut adalah bendera, lambang, dan cop mohor bagi Negara Katolik, iaitu Negara Kota Vatikan (Rajah 1) di mana anda dapat melihat dua kunci, yang emas mewakili kuasa di syurga dan yang perak mewakili kuasa di bumi. Mahkota yang anda dapat lihat pada bendera tersebut juga menunjukkan dengan jelas bahawa penganut-penganut Katolik memahami yang bahawasanya Paus merupakan seorang raja dengan autoriti ilahi:
Rajah 1: Bendera bagi Negara Kota Vatikan
Begitu juga, kita dapati konsep ini juga wujud dalam agama Buddha, di mana Dalai Lama (Tenzin Gyasto) adalah ketua negara dan pemimpin rohani bagi rakyat Tibet. Di dalam Islam, Syiah juga, pada hari ini menuntut autoriti dan pemerintahan yang serupa melalui konsep Wilayah Pemerintahan Fuqaha’ (Wilayatul-Faqih) dan pada tahap tertentu, para Marji’ mereka juga diberikan status yang sama. Di dalam dunia Sunni, kita dapati bahawa raja Jordan menuntut autoriti yang kononnya melalui keturunan Hashemnya daripada Nabi Muhammad (SAWAS), dan dia mengisytiharkan dirinya sebagai penjaga Masjid Al-Aqsa di Jurusalem. Pemerintah-pemerintah Wahabi dari kerajaan Arab Saudi juga menuntut autoriti Kenabian, serta mengisytiharkan diri mereka sebagai penjaga kepada dua tempat suci di Mekah dan Madinah.
Di dalam Perjanjian Ketujuh, disebabkan keturunan akan berdasarkan kepada pertalian roh, para Mahdi tidak semestinya berketurunan zikal antara satu sama lain. Mereka mungkin mempunyai beberapa nasab, kacukan, dan percampuran nasab dari segi zikal. Dunia tidak pernah menyaksikan sebuah Kerajaan di mana para pewarisnya berasal daripada pelbagai salasilah, kewarganegaraan, etnik, bahasa, atau kumpulan agama yang berbeza-beza bagi urusan sebegini. Kita tidak pernah memiliki sebuah Kerajaan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan pewarisan di antara satu sama lain. Amr ibn Shimr telah meriwayatkan yang bahawasanya Jabir telah berkata:
Seorang lelaki telah masuk menemui Abi Jaafar Al-Baqir (AS) dan berkata kepadanya: “Semoga Allah menjaga kesihatanmu, silakan terima lima ratus dirham ini daripadaku,” Maka Abu Jaafar (AS) berkata kepadanya: “Kamulah yang ambil, belanjakannya untuk jiran-jiranmu dari kalangan orang-orang Islam dan orang-orang miskin dan saudara-saudara Muslim kamu,” lalu beliau berkata: “Jika Sang Pembangkit/Al-Qaim daripada Ahlul-Bait bangkit, beliau akan membahagi-bahagikannya dengan saksama, dan beliau akan berlaku adil kepada manusia, dan sesiapa yang mentaatinya telah mentaati Tuhan dan sesiapa yang menderhakainya telah menderhakai Tuhan, dan beliau digelarkan sebagai seorang Pembimbing kerana beliau membimbing kepada satu perkara yang sebelumnya tersembunyi/tidak diketahui, dan beliau akan mengeluarkan Taurat dan kitab-kitab Tuhan yang lain dari sebuah gua di Antiokhia. Kemudian beliau akan mengadili di antara ahli Taurat dengan Taurat dan di antara ahli Injil dengan Injil mereka, dan di antara ahli Psalm (Zabur) dengan Psalm (Zabur) mereka, dan di antara ahli al-Qur’an dengan al-Qur’an mereka. Dan duit dari seluruh dunia akan dikumpulkan untuk beliau, dari dalam Bumi mahupun dari atasnya. Dan beliau akan berkata kepada manusia: ‘Datanglah kepada apa yang menyebabkan kamu memutuskan hubungan dengan keluarga kamu kerananya, dan apa yang menyebabkan kamu menumpahkan darah kerananya, dan kepada apa yang kamu telah lakukan walaupun Tuhan telah melarangnya,’ dan Sang Pembangkit/Al-Qaim akan diberikan dengan apa yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum beliau dan beliau akan memenuhi Bumi dengan keadilan dan kesaksamaan dan cahaya sebagaimana ianya telah dipenuhi dengan ketidakadilan dan penindasan dan kejahatan.”
Jelas sekali, kita dapat melihat bahawa malahan di dalam Kerajaan Adil Ilahi ini, orang-orang dari agama-agama yang lain akan tinggal di dalam Negara ini dengan kebebasan untuk mengamalkan kepercayaan mereka. Mereka akan dihakimi berdasarkan kitab-kitab suci mereka sendiri dan bukannya dengan Syariat atau hukum-hakam Islam. Sebaliknya, kebebasan beragama dipelihara di dalam Kerajaan Adil Ilahi. Hakikatnya, semua agama bersatu dan dianggap sebagai kesemuanya sebahagian daripada satu keluarga gergasi yang beriman. Dengan mendedahkan Perjanjian Ketujuh, Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menetapkan sebuah Perjanjian baru berdasarkan identiti roh kita. Beliau mengesahkan Perjanjian-perjanjian terdahulu dan Nabi-nabi kepada Perjanjian-perjanjian tersebut, kedua-dua kategori dari para Nabi yang dahulunya sebagai pendamping kepada sesebuah Perjanjian termasuklah para Nabi yang mengikuti di bawah Perjanjian tersebut pada generasi yang setelahnya. Untuk mengesahkan sesuatu bermakna untuk menjadikannya atau mengisytiharkannya sebagai sah secara undang-undang.
Oleh itu, telah diriwayatkan berkenaan Sang Pembangkit/Al-Qaim yang beliau akan menguatkuasakan semula hukum-hakam dari Perjanjian-perjanjian terdahulu, dan ada ketikanya menghakimi dan memerintah dengan cara Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang terdahulu. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) dengan itu telah memulakan proses ini dengan secara terbukanya mengesahkan dan mengiktiraf para Nabi dan Rasul dari pelbagai agama di seluruh dunia sebagai Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang sebenar dari Tuhan. Beliau juga telah mendedahkan bahawa ramai dari kalangan para pemikir, ahli-ahli falsafah, saintis-saintis dan ahli-ahli matematik terhebat di dunia adalah sebenarnya merupakan para Nabi dan Rasul yang telah diilhamkan oleh Tuhan, dan kami beriman dengan mereka, dengan cara yang sama sebagaimana kami beriman dengan Muhammad (SAWAS). Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata: “Perlembagaan kami menyatakan bahawa kesemua Nabi dan Rasul adalah satu dan kami tidak membeza-bezakan di antara mana-mana Nabi, Rasul, atau Khalifah Tuhan.” Abu Zhar telah meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi Allah, Muhammad (SAWAS): “Wahai Rasulullah, berapakah jumlah bilangan para Nabi?” Dan Nabi Muhammad (SAWAS) menjawab: “Seratus dua puluh empat ribu Nabi,” dan seterusnya Abu Zhar bertanya: “Dan daripada (bilangan) itu, berapa ramaikah yang merupakan para Rasul?” di mana baginda (SAWAS) menjawab: “Tiga ratus tiga belas Rasul.”
Terdapat kurang daripada tiga puluh orang Nabi yang telah dinamakan secara eksplisit di dalam Kitab Suci al-Qur’an dan kurang dari seratus orang yang telah disebutkan juga secara eksplisit di dalam Taurat dan Injil-injil, yang kebanyakannya adalah sama. Berikut adalah senarai daripada beberapa orang Nabi dan Rasul yang telah dinamakan di dalam al-Qur’an, Injil-injil, dan Taurat:
1. Adam
2. Abel/Habil
3. Seth/Hibatullah
4. Enosh
5. Kenan
6. Mahalalel
7. Jared
8. Enoch/Idris
9. Methuselah
10. Lamekh
11. Noah/Nuh
12. Sam
13. Hud/Eber
14. Saleh
15. Abraham/Ibrahim
16. Isaac/Ishak
17. Ishmael/Ismail
18. Jacob/Yaakub
19. Joseph/Yusuf
20. Lut
21. Job/Ayub
22. Jeduthun
23. Asaph
24. Moses/Musa
25. Aaron/Harun
26. Yusha’
27. Gideon
28. Samuel
29. Shuaib/Jethro
30. David/Daud
31. Solomon/Sulaiman
32. Hezekiah
33. Gad
34. Nathan
35. Shemaiah
36. Jehu
37. Jahaziel
38. Eliezer
39. Iddo
40. Oded
41. Azariah
42. Ezra
43. Nehemiah
44. Uzair
45. Micah
46. Elijah/Elia
47. Elisha/Illyasa’ 48. Elias
49. Jonah/Yunus
50. Isaiah
51. Jeremiah
52. Zephaniah
53. Nahum
54. Habakkuk
55. Ezekiel/Zulki i
56. Uriah
57. Baruch ben Neriah
58. Amos
59. Zechariah/Zakaria
60. Malachi
61. Joel
62. Daniel
63. John Pembaptis/Yahya bin Zakaria
64. Jesus Kristus/Isa
65. John dari Patmos
66. Muhammad
Nabi-nabi Judeo-Kristian-Islam yang disebutkan di atas kesemuanya adalah sebahagian daripada seratus dua puluh empat ribu Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang telah diutuskan ke Bumi. Namun begitu, masih ada baki lebih seratus ribu orang yang tidak diketahui. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah mula mendedahkan Nabi-nabi tersebut yang sebelum ini tidak diketahui sebagai seorang Nabi oleh orang-orang Yahudi, Kristian dan Muslim. Berikut cuma beberapa contoh:
1. Buddha
2. Krishna
3. Confucius
4. Lao Tzu
5. Zeus
6. Osiris
7. Socrates
8. Aristotle
9. Plato
10. Alexander yang Agung
11. Mani
12. Pythagoras
13. Saint Augustine
14. Arnobius dari Sicca
15. Plotinus
16. Ammonius Saccas
17. Raja Artaxerxes
18. Odin
19. Donatus Magnus
20. Cyrus yang Agung
21. Zoroaster
22. Raja Philip dari Macedonia
23. Al-Lat
24. Al-Uzza
25. Manat
26. Arjuna
27. Horus
28. Obaid Al-Haddad dari Iraq
29. Heem dari Iraq
30. Adrahan dari Iraq
31. Ozra Ouri dari Iraq
32. Abdel Malik dari Iraq
33. Theodosius II
34. Darius
35. Amid dari Mesir
Ini hanyalah beberapa nama daripada sebahagian dari seratus dua puluh empat ribu para Nabi yang telah diutuskan ke Bumi yang Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah sahkan sebagai Nabi-nabi yang sebenar dari Tuhan. Hampir semua agama di dunia ini pada asalnya telah diciptakan oleh seorang Nabi atau Rasul yang sebenar dari Tuhan. Kerana Tuhan telah mengutuskan para Nabi dan Rasul ke seluruh pelosok Bumi. Kitab Suci al-Qur’an menyatakan: “Dan bagi tiap-tiap komuniti atau bangsa (umat), adanya seorang Rasul; apabila Rasul mereka datang, urusan itu akan diadili di antara mereka dengan adil, dan mereka tidak akan dianiaya.”
Nabi Muhammad (SAWAS) telah lama memberi bayangan akan hakikat bahawa terdapatnya Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang tidak diketahui oleh orang ramai. Di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyatakan: “Dan, sememangnya Kami telah mengutuskan Rasul-rasul sebelum kamu; di antara mereka ada yang Kami kaitkan kepada kamu tentang kisah mereka dan sebahagian lagi Kami tidak kaitkan kepada kamu tentang kisah mereka, dan ianya tidak diberikan kepada mana-mana Rasul pun yang dia perlu membawa satu petanda melainkan dengan Izin dari Allah. Maka, apabila Perintah dari Allah datang, perkara itu akan diputuskan dengan benar, dan pengikut-pengikut kebatilan kemudiannya akan rugi.”
Baginda (SAWAS) malah telah menyebutkan nama-nama tertentu sewaktu baginda bersabda: “Aku adalah Aristotle bagi umat ini.” Di dalam peristiwa lain, ianya telah diriwayatkan bahawa: “Amr ibn Al-Aas telah tiba dari Iskandariah, Mesir dan kemudiannya mendekati Nabi Allah (SAWAS) dan Nabi telah bertanya kepadanya: “Apa yang kamu lihat di sana?” Amr menjawab,
“Saya melihat suatu kaum (yang percaya kepada ajaran Aristotle) dan berkumpul dalam bulatan dan mereka menyebutkan tentang seorang lelaki bernama Aristotle semoga Tuhan melaknatnya.” Nabi (SAWAS) berkata, “Berhentilah wahai Amr! Sesungguhnya Aristotle dahulunya adalah seorang Nabi tetapi kaumnya tidak mengenalinya sebegitu.”
Ini bermakna bahawa setiap agama dari agama-agama misteri Mesir purba sehinggalah kepada agama-agama Yunani purba sehinggalah juga kepada Buddhisme, Hinduisme dan Manichaeisme, kesemuanya adalah berdasarkan wahyu-wahyu yang benar daripada Tuhan, walaupun setiap agama tersebut telah menjadi rosak dan kebatilan telah masuk meresap melalui tangan-tangan para ulama yang tidak beramal dan musuh-musuh kepada kepercayaan tersebut, sama seperti yang berlaku dengan agama-agama Yahudi, Kristian dan Islam. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah menyatakan bahawa sembilan puluh sembilan peratus daripada agama telah terpesong, yang bermaksud bukannya sembilan puluh sembilan peratus daripada kesemua agama, tetapi sembilan puluh sembilan peratus dari setiap agama, termasuklah Islam. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berusaha untuk menyatukan kesemua agama, dan menunjukkan kepalsuan dan kebenaran dalam setiap satu daripadanya, dengan demikian menyatukan kesemua Perjanjian, semua mesej-mesej dari kesemua Nabi-nabi di bawah satu Perjanjian dan mesej ilahi, iaitu Perjanjian Ketujuh.
Malangnya anak-anak Syaitan yang ada di Bumi ini telah mengambil agama sebagai satu cara untuk mengawal dan menindas manusia dan telah mengambil agama sebagai satu cara untuk memisahkan manusia dan mencetuskan peperangan dengan menggunakan nama Tuhan. Disebabkan penyelewengan kepada ajaran dan kata-kata para Nabi dan Rasul, anak-anak Syaitan, yang dipimpin oleh ulama-ulama mereka yang tidak beramal, akan memerangi Al-Qaim/Sang Pembangkit dalam misi beliau untuk menyatukan manusia. Kedua-dua belas Imam (Dari Mereka Salam) telah berkata: “Apabila Imam Mahdi muncul beliau tidak akan mempunyai musuh yang lebih jelas berbanding para alim ulama agama, dan oleh sebab itulah beliau dan pedang adalah bersaudara, kerana jika bukan kerana pedang, para alim ulama agama tersebut akan mengeluarkan ketetapan yang beliau perlu dibunuh, namun Tuhan menampilkan beliau dengan pedang dan dengan kemurahan hati dan kebaikan agar mereka dapat mentaatinya dan takut kepadanya dan menerima penghakimannya tanpa beriman kepadanya, sebaliknya mereka menyimpan di dalam hati mereka keimanan yang bertentangan.” Di dalam riwayat lain, Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) telah berkata: “Jika Sang Pembangkit/Al-Qaim muncul tidak akan ada di antara beliau dengan orang Arab dan orang Parsi melainkan pedang.”15 Kedua-dua riwayat ini memberitahu kita bahawa musuh nombor satu kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) adalah para alim ulama dari kesemua agama tetapi yang lebih khususnya, alim ulama dari Islam, Sunni mahupun Syiah, bukan kerana Sang Pembangkit/Al-Qaim yang ingin memaksa mereka beriman kepada beliau, akan tetapi sebaliknya merekalah yang mengeluarkan fatwa agama terlebih dahulu supaya Sang Pembangkit/Al-Qaim dibunuh dan mengisytiharkan beliau sebagai seorang yang murtad dan berusaha mencari jalan untuk menghapuskan dan membunuhnya dan para sahabatnya terlebih dahulu.
Perjanjian Ketujuh adalah sukar dan berat terutamanya ke atas orang-orang Arab. Inilah sebabnya mengapa riwayat-riwayat daripada Ahlul-Bait (Dari Mereka Salam) telah mencatatkan mereka sebagai berkata: “Al-Qaim/Sang Pembangkit akan bangkit dengan satu perkara baru, dan satu kitab baru, dan satu syariat/peraturan baru yang akan menjadi sukar bagi orang-orang Arab.” Dalam riwayat lain: “Beliau akan datang dengan satu agama baru di mana ianya sukar bagi orang-orang Arab (untuk terima).” Malah penentangan terhadap penyatuan agama adalah begitu kuat sehinggakan ada ketikanya, Sang Pembangkit/Al-Qaim terpaksa mempertahankan dirinya bahkan daripada beberapa orang dari kalangan pengikutnya sendiri sebaik sahaja beliau benar-benar mula menghidupkan semula kesemua hukum-hakam dan amalan-amalan dari Perjanjian-perjanjian sebelumnya dan menyatukan semua agama di dunia ini menjadi satu. Abi Baseer telah meriwayatkan yang bahawasanya Abi Ja ar (Darinya Salam) telah berkata:
Al-Qaim akan tampil menghakimi kes-kes yang mana beberapa orang dari kalangan sahabatnya yang pernah berjuang di hadapannya dalam peperangan membantahnya, dan ianya merupakan penghakiman Adam (AS), maka Sang Pembangkit/Al-Qaim menampilkan orang-orang yang membantah tersebut dan memancung leher-leher mereka, kemudian beliau mengadili kes yang kedua dan sekumpulan yang lain pula yang pernah berperang bersamanya dalam peperangan akan membantahnya, dan ianya merupakan penghakiman Daud (AS), lalu beliau menampilkan mereka dan memancung leher-leher mereka, dan kemudian beliau mengadili kes yang ketiga, dan sekumpulan yang lain lagi yang pernah berjuang bersama beliau dalam peperangan akan membantah, dan ianya merupakan penghakiman Ibrahim (AS), lalu beliau menampilkan mereka dan memancung leher-leher mereka, lalu beliau mengadili kes yang keempat dan ianya adalah dengan penghakiman Muhammad (SAWAS) dan tiada siapa pun yang akan membantahnya.
Sang Pembangkit/Al-Qaim dalam riwayat-riwayat daripada Keluarga Muhammad (SAWAS) malah memulakan Seruan beliau dan mengumpulkan sahabat-sahabatnya dengan bercakap dalam bahasa Ibrani. Mufaddal ibn Umar telah berkata bahawa Abu Abdullah (Darinya Salam) telah berkata:
“Apabila Tuhan memberikan keizinan, Imam akan menyeru kepada Tuhan dengan nama Ibrani-Nya yang mana tiga ratus tiga belas sahabatnya akan datang kepadanya seperti dedaunan pada musim gugur, dan mereka adalah sahabat-sahabat panji, dan sebahagian daripada mereka akan hilang dari tempat tidur mereka pada waktu malam dan bangun di Mekah, dan yang lain akan dilihat di awanan pada siang hari, dia akan dikenali dengan namanya dan nama bapanya dan nasabnya.” Aku berkata: “Semoga aku menjadi tebusanmu, siapakah yang lebih hebat imannya?” Beliau berkata: “Mereka-mereka yang terbang di awanan pada siang hari dan mereka adalah orang-orang yang hilang, dan berkenaan merekalah ayat ini diturunkan: ‘Di mana sahaja kamu berada, Tuhan akan mengumpulkan kamu semua.’ ”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah memulakan Perjanjian Ketujuh dengan menggunakan Bintang Daud dengan nama Ahmad di dalamnya sebagai satu meterai dan simbol kepada Seruan beliau. Reaksi dunia Arab dan Islam terhadap penggunaan simbol ini adalah tragis. Walaupun orang-orang Islam percaya bahawa Taurat adalah dari Tuhan dan mereka juga percaya kepada para Nabi dan Rasul-rasul agama Yahudi termasuk Daud dan Sulaiman (Salam Kepada Mereka), namun mereka telah menuduh Mahdi dan Penyelamat mereka sendiri sebagai seorang ejen dari Israel, ejen Mossad, atau ejen Amerika. Ini adalah disebabkan kerana kejahilan mereka tentang riwayat-riwayat Nubuat berkenaan kedatangan Imam Al-Mahdi. Sebagai memenuhi ramalan-ramalan itu, Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah datang dengan Bintang Nabi Daud (AS), dan beliau adalah pewaris kepada para Nabi dan Rasul. Perkauman dan kejahilan dari kebanyakan orang Arab dan Parsi dan kebencian mereka terhadap bangsa Yahudi akan membuatkan mereka menjadikan Sang Pembangkit/Al-Qaim sebagai seorang musuh, dan tidak akan pernah dapat menerima apa sahaja yang mereka anggap sebagai sifat, pewarisan, atau berakar umbi daripada Yahudi. Perkauman dan kejahilan sebilangan umat Islam Pakistan dan kebencian mereka terhadap orang-orang Hindu dan orang-orang India akan membuatkan mereka meletakkan Sang Pembangkit/Al-Qaim sebagai seorang musuh apabila mereka mendengar yang bahawasanya Krishna, Arjuna, Buddha dan lain-lain adalah dahulunya merupakan para Nabi dan Rasul.
Tidak pernah wujud Perjanjian lain yang berusaha untuk menyatukan kesemua agama dunia dalam kebenaran sebagaimana Perjanjian Ketujuh. Muhammad (SAWAS) telah cuba untuk menyatukan Ahli-ahli Kitab di bawah panji Penyerahan kepada Tuhan Yang Esa (Islam), tetapi agama-agama yang baginda telah cuba satukan semuanya adalah Semitik, dan kebanyakannya adalah berasaskan agama-agama Yahudi, kerana Kitab Suci al-Qur’an menyebutkan tentang orang-orang Yahudi, Kristian, dan Mandaean pada sebahagian besarnya bersama-sama dengan kitab-kitab mereka, dan para Nabinya. Perjanjian Ketujuh adalah satu-satunya Perjanjian yang berusaha untuk menghidupkan semula dan menyatukan setiap agama yang asalnya adalah dari seorang Nabi, dengan cara yang menyeluruh ke seluruh dunia semenjak dari zaman Adam sehinggalah ke hari ini.
Simbol kepada Perjanjian Ketujuh ialah bintang yang berbucu enam, yang biasanya dikenali sebagai Bintang Daud (Star of David) (Rajah 2). Ianya adalah satu simbol yang mewakili alam semesta, yang merangkumi kedua-dua alam zikal dan bukan zikal. Oleh itu, kita dapat melihat bahawa Perjanjian yang terakhir dan paling lengkap ini adalah Perjanjian yang kekal abadi untuk seluruh alam semesta. Ianya adalah Perjanjian Tuhan dengan kesemua makhluk. Salah satu perkara yang menjadikan Perjanjian ini sebagai istimewa dan unik berbanding dengan Perjanjian-perjanjian sebelumnya ialah ianya merupakan sebuah Perjanjian dengan roh.
Rajah 2: Simbol Perjanjian Ahmadi
Jika kita melihat kepada Perjanjian Pertama, kita dapati bahawa Perjanjian Adam telah ditubuhkan di antara Tuhan dan Adam (AS). Perjanjian Kedua pula adalah di antara Tuhan, Nuh (AS), dan keluarganya. Perjanjian Ketiga pula adalah di antara Tuhan, Ibrahim (AS) dan keluarganya. Perjanjian Keempat pula adalah di antara Tuhan dan keturunan Ibrahim, iaitu Bani Israel. Perjanjian Kelima pula adalah di antara Tuhan, Isa (AS), dan Bani Ismail (bangsa Arab), yang juga merupakan anak-anak kepada Ibrahim. Perjanjian Keenam adalah di antara Tuhan, Muhammad, dan Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam), dan ianya adalah satu Perjanjian untuk seluruh alam. Perjanjian Ketujuh sekarang ini tidak lagi berdasarkan keturunan zikal dan bukannya dengan jasad tetapi ia sebaliknya adalah Perjanjian di antara Tuhan dan roh, iaitu dengan roh-roh yang soleh.
Sama sebagaimana undang-undang/hukum hakam yang telah berubah daripada Perjanjian kepada Perjanjian yang lain, yang menyesuaikan dirinya, dan berevolusi mengikut zaman dan keadaan, sebegitu juga, Perjanjian Ketujuh datang dengan syariatnya yang tersendiri dan set perundangan yang bersesuaian dengan masa, zaman dan manusia pada masa kini. Apa yang sesuai daripada Perjanjian-perjanjian sebelumnya, Tuhan masih mengekalkannya di dalam Perjanjian ini, dan segalanya yang selain dari itu adalah terbatal dan tidak sah dan undang-undang baru ditambahkan. Muhammad dan Keluarga Muhammad (Daripada Mereka Salam) telah memberitahu kita bahawa apabila Sang Pembangkit/Al-Qaim datang, beliau akan mengubah agama secara drastik. Imam Al-Baqir (Darinya Salam) pernah berkata: “Jika Sang Pembangkit/Al-Qaim (AS) bangkit , beliau akan membinasakan segala apa yang pernah datang sebelum dari beliau, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah (SAWAS), dan beliau akan menubuhkan Islam yang baru.”
Islam yang baru bermakna bahawa, Islam yang dibawa oleh Sang Pembangkit/Al-Qaim adalah hampir keseluruhannya berbeza daripada Islam yang pernah dibawakan oleh Muhammad (SAWAS) dan juga Islam yang sedang diamalkan sekarang pada hari ini. Pada dasarnya, ianya adalah sebuah agama yang baru. Al-Hassan ibn Harun pernah berkata: “Ketika itu aku sedang berada di rumah Aba Abdillah (AS) sewaktu beliau ditanyakan ‘Adakah Al-Qaim, apabila beliau bangkit, beliau akan melakukan sesuatu yang berbeza berbanding dengan cara yang Ali (AS) telah lakukan?’ Maka beliau menjawab: ‘Ya.’ ” Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) pernah berkata: “Al-Qaim tidak akan muncul sehinggalah beliau membaca dua deklarasi, satu di Al-Basrah, dan satu lagi deklarasi di Kufah, yang kedua-duanya mengisytiharkan berlepas diri daripada Ali (AS).’ ” Riwayat lain daripada para Imam (Daripada Mereka Salam) yang pernah mengatakan: “Dan pemilik kepada urusan ini tidak akan menerima Jizyah (mengenakan cukai kepada warganegara-warganegara bukan Islam di negara itu) sebagaimana yang Rasulullah (SAWAS) telah lakukan.”
Di dalam bahagian seterusnya dalam Pintu ini, kami akan berikan contoh-contoh kepada struktur agama-agama formal yang akan sepenuhnya dicabut buang dan dimusnahkan kerana kesemuanya telah bersekongkol secara mendalam dengan kebatilan, penyelewengan, dan secara terang-terangan menyembah berhala. Contoh-contoh kepada struktur-struktur ini termasuklah masjid-masjid dan maqam-maqam suci, kalendar lunar, dan kewajiban bertudung bagi wanita (hijab), adalah antara lainnya. Sambil anda mempertimbangkan setiap satu darinya, ianya adalah penting untuk ber kir secara kritis tentang bagaimana setiap amalan ini menjadi wujud dan mengapa Sang Pembangkit/Al-Qaim perlu membawa kapak kepada mereka sebagaimana Ibrahim (AS) telah lakukan.
Kehancuran Masjid-masjid dan Maqam-maqam Suci
Senarai bagi perbuatan-perbuatan yang menyesatkan di mata umat Islam tidak hanya terhenti di situ, Sang Pembangkit/Al-Qaim akan memerintahkan agar masjid-masjid dan maqam-maqam suci umat Islam semuanya dirobohkan. Abi Jaafar (Darinya Salam) telah berkata: “Jika Al-Qaim bangkit, beliau akan pergi menuju ke Kufah dan merobohkan empat masjid di sana, dan tidak akan ada satu masjid pun di muka bumi ini melainkankan beliau akan merobohkannya.” Aba Abdillah (Darinya Salam) telah berkata: “Takutlah wahai orang-orang Arab, kerana sesungguhnya aku ada berita buruk untuk mereka, yang mana tidak akan keluar daripada mereka bersama Al-Qaim seorang pun.” Ia akan kelihatan kepada orang ramai bahawa Al-Qaim cuba memadamkan agama Islam. Aba Abdillah (Darinya Salam) telah berkata: “Jika Al-Qaim bangkit, beliau merobohkan Masjidil Haram (kompleks masjid di Mekah yang mengelilingi dan merangkumi Kaabah), sehinggalah beliau mengembalikannya semula ke tempat asalnya dan memindahkan Maqam ke tempat yang ia sebenarnya patut berada, dan beliau memotong tangan-tangan Bani-Syaibah dan menggantungnya di pintu Kaabah dan menuliskan di atasnya: Mereka ini adalah pencuri Kaabah.”
Al-Qaim bukan sahaja memusnahkan Kaabah itu sendiri dan ‘Masjid Besar Mekah’, namun beliau juga menuju ke Madinah untuk memusnahkan Masjid dan kubur Nabi Allah (SAWAS). Aba Abdillah (Darinya Salam) telah berkata: “Sekiranya Sang Pembangkit/Al-Qaim mendekati dinding kubur itu dengan niat untuk memecahkannya, Tuhan kemudiannya akan mengirimkan angin yang sangat kencang beserta kilat dan guruh sehingga orang ramai berkata, ‘Memang sebab itulah’ dan para sahabatnya akan melarikan diri daripada beliau sehinggalah tidak ada seorang pun yang kekal bersamanya. Sang Pembangkit/Al-Qaim kemudiannya akan mengambil kapak, dan beliaulah yang pertama menghentaknya dengan kapak, dan apabila para sahabat beliau melihat beliau sedang memukul dengan kapak tersebut, mereka pun berlari kembali kepadanya dan darjat mereka pada hari itu akan ditentukan dengan seberapa cepat mereka berlari kembali kepada
beliau.”
Hakikat Kaabah
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata, “Rumah Kaabah yang orang ramai kenal bukanlah Kaabah yang sebenar, Kaabah yang sebenar telah musnah sepenuhnya. Dulu di Mekah ada dua puluh dua Kaabah. Ada juga Kaabah di Jordan, Iraq, Sudan dan Mesir. Setiap kabilah yang besar akan membina satu Kaabah yang mana ahli-ahli kabilah akan datang melakukan haji.”
Saya bertanya kepada Imam (Darinya Salam), “Kalau begitu, bagaimana dengan Kaabah yang ada sekarang ini?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “[Kaabah sekarang yang semua orang kenal ini] milik Quraisy tetapi bahkan ini bukanlah tempatnya yang sebenar. Kaabah Quraisy yang asal telah dirobohkan dan ini adalah sebuah bangunan Kaabah yang baru yang mereka baru bina.”
Saya bertanya, “Jadi di manakah Kaabah Tuhan yang sebenar?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Adakah yang kamu maksudkan adalah
Kaabah yang sebenar, yang telah dibina oleh Ibrahim (AS)?”
Saya berkata, “Ya, dan yang ditawaf oleh Muhammad (SAWAS).”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Hakikatnya adalah, Ibrahim (AS) sebenarnya bukanlah yang membina Kaabah tersebut, tetapi sebaliknya beliau hanya membinanya semula, tetapi sekarang ini tidak lagi ada kesan peninggalannya. Adapun Muhammad (SAWAS), baginda dahulunya mengelilingi satu Kaabah yang berbeza yang mana dimiliki oleh suku kaumnya, iaitu Bani Hashim. Yang itu juga telah musnah sepenuhnya.”
Saya bertanya, “Adakah dahulunya Kaabah yang dimiliki oleh Bani Hashim itu berada di tempat yang sama dengan yang milik Quraisy sekarang?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Tidak, Kaabah yang sebenar terletak di Al-Sham (Levant) dan bukannya di Al-Hijaz dan lokasi khususnya adalah di Jordan. Kebanyakan daripada keseluruhan sejarah kita adalah suatu pembohongan, anakku. Kebanyakannya telah diubah suai.”
Imam (Darinya Salam) menjelaskan lagi bahawa lokasi tepat kepada Kaabah asli yang sebenar ialah Petra, Jordan.
Pemansuhan Kalendar Lunar
Pada suatu hari seseorang telah bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam), “Adakah dibolehkan bagi seorang mukmin dalam Dakwahmu untuk pergi menunaikan haji di bawah pemerintahan keluarga Saud?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Daripada pergi menunaikan haji, kamu sepatutnya berikan wang yang kamu mahu belanjakan untuk Haji itu kepada orang-orang miskin yang sedang nazak kelaparan di seluruh dunia. Saya bersumpah demi Tuhan yang Tuhan menyamakannya dengan seratus ribu haji.”
Jadi si lelaki itu berkata, “Tuhan mengarahkanku untuk pergi melakukan Haji dan Imam mengarahkanku supaya bersedekah, siapakah yang harus aku percaya?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Kamu bertanya kepadaku dan aku telah menjawabnya dan kamu adalah bebas anakku. Aku ingin menambah kepadamu dengan satu lagi maklumat yang mungkin kamu akan dapati sebagai pelik. Waktu ini dan bulan ini bukanlah bulan Haji, maksudku kita bahkan bukan berada dalam musim Haji, dan malahan Kaabah yang kamu kenali bukanlah yang disebutkan sebagai ‘Tempat Suci Tuhan.’ Aku tahu yang mungkin ramai orang akan memanggilku sebagai seorang yang kafir, tetapi itu tidak penting, apa yang penting adalah aku sampaikan kebenaran kepada mereka yang mencari kebenaran.”
Di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyatakan: “Kerana terbiasa aman tenteram kaum Quraisy, kebiasaan aman tenteram mereka [dalam] perjalanan rombongan pada musim sejuk dan musim panas, Hendaklah mereka menyembah Tuhan kepada Rumah ini, Yang telah memberi mereka makan, [menyelamatkan mereka] dari kelaparan dan menjadikan mereka selamat, [menyelamatkan mereka] daripada ketakutan.” Dengan beredarnya zaman, manusia telah tersalah menafsir maksud kepada ayat-ayat tersebut dan para ulama yang bercakap tanpa ilmu telah mengatakan bahawa perjalanan Quraisy itu pastilah untuk berniaga. Pada hakikatnya, ini adalah mengarut, kerana para peniaga mengembara bila-bila masa bilamana adanya urusan perniagaan dan perjalanan mereka tidaklah bergantung kepada musim-musim dalam setahun. Ayat tersebut juga mengatakan: “Hendaklah mereka menyembah Tuhan kepada Rumah ini” yang bermaksud bahawa tujuan perjalanan pada musim panas dan musim sejuk bagi kaum Quraisy adalah demi agama. Perjalanan pada musim panas adalah untuk ziarah yang lebih kecil (Umrah) dan yang musim sejuk pula adalah untuk ziarah yang lebih besar (Haji).
Apa yang kononnya dipanggil sebagai kalendar lunar atau kalendar Hijri yang umat Islam gunakan pada hari ini pada asalnya adalah kalendar suria. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah menunjukkan bahawa nama-nama bulan pada kalendar Hijri menunjukkan bahawa ia sebenarnya dinamakan untuk bulan-bulan suria. Sebagai contoh, setiap tahun bermula pada musim bunga - iaitu pada bulan Mac - ketika kehidupan akan kembali ke Bumi dan tanah akan menjadi hijau. Dalam kalendar Arab, bulan ini dipanggil sebagai “Rabiul Awwal,” yang bermaksud “Musim Bunga Pertama,” sehinggalah ke hari ini. Selepas itu datangnya “Rabiul Thani/Akhir,” atau “Musim Bunga Kedua.” Jelas sekali, bulan yang dipanggil sebagai musim bunga mestilah tiba juga pada musim bunga, bukannya pada musim sejuk atau musim panas atau musim luruh, sebagaimana yang terjadi pada hari ini, terutamanya apabila mereka bergantung pada bulan ini untuk merumput haiwan-haiwan mereka. Sekiranya bulan-bulan tersebut berganjak, mereka akan membawa haiwan-haiwan mereka untuk merumput pada musim yang salah dan tidak mendapati makanan untuk diberi makan kepada gembalaan mereka.
Jika sememangnya bulan-bulan Hijri pada asalnya adalah bulan-bulan suria, ia bermakna bahawa selama lebih seribu tahun, umat Islam telah berpuasa pada waktu selain daripada Ramadhan dan telah mengerjakan Ziarah atau Haji pada waktu-waktu lain selain daripada musim yang telah ditetapkan. Malah, riwayat-riwayat daripada Muhammad dan Keluarga Muhammad (SAWAS) telah menyatakan bahawa di antara tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi (SAWAS) adalah manusia berpuasa pada bulan selain Ramadhan dan berbuka puasa pada bulan Ramadhan:
Al Asbagh ibn Nabata telah meriwayatkan bahawasanya Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib (Darinya Salam) telah berkata: “...Apabila tiba waktu ini, anak-anak bulan menjadi bertambah besar sekali ganda sehingga terlihat hilal untuk dua malam, dan ia hilang pada waktu lain sehinggalah orang ramai berbuka puasa pada awal Ramadhan, dan mereka berpuasa pada akhir Hari Raya.” Imam Al-Jawad (Darinya Salam) telah ditanya: “Semoga aku menjadi tebusanmu, apa katamu tentang puasa? Ianya telah dikatakan bahawa mereka tidak diberi kejayaan untuk berpuasa?” Maka beliau (Darinya Salam) berkata: “Sememangnya doa malaikat terhadap mereka telah dikabulkan.” Maka aku berkata: “Dan kenapa begitu, semoga aku menjadi tebusanmu?” Beliau berkata: “Orang-orang itu, ketika mereka membunuh Al-Hussein (Semoga doa Tuhan kepada beliau) Tuhan Yang Maha Tinggi telah memerintahkan seorang malaikat untuk menyeru: ‘Wahai kaum yang zalim yang telah membunuh anak-anak Rasulnya, semoga Tuhan tidak memberikan kejayaan kepadamu sama ada untuk berpuasa mahupun berbuka puasa.’ ”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah mendedahkan yang berikut adalah kalendar Islam yang betul dan ianya adalah sebuah kalendar suria. Persamaan bulan yang betul adalah seperti berikut:
Bulan Gregorian Bulan Hijri
Januari Jamadil Awwal
Februari Jamadil Akhir
Mac Rabiul Awwal
April Rabiul Akhir/Thani
Mei Safar
Jun Muharram
Julai Syawal
Ogos Zulqaedah
September Zulhijjah
Oktober Sya’ban
November Rejab
Disember Ramadhan
Puasa Bulan Ramadhan
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah mendedahkan bahawa Ramadhan yang sebenar adalah pada bulan Disember dan kini ianya diwajibkan ke atas manusia untuk berpuasa pada bulan Ramadhan yang sebenar pada bulan Disember.
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata, “Puasa untuk Allah adalah seperti cara berikut: Seseorang hendaklah berpuasa dari semua daging dan buah-buahan dan segala apa yang dihasilkan daripadanya (untuk sepanjang bulan). Seseorang juga harus menahan diri daripada sebarang jenis persetubuhan (untuk sepanjang bulan). Berbuka puasa (pada waktu matahari terbenam) hendaklah dengan hanya dua jenis makanan, roti dan satu jenis yang lain sahaja. Dan orang itu boleh menukar makanan jenis yang kedua itu dari hari ke hari sesuka hatinya.”
Saya bertanya, “Jadi seseorang itu akan mula berpuasa pada waktu terbitnya fajar dan berbuka puasa pada waktu senja dan hanya patut berbuka puasa dengan roti dan satu makanan yang lain selain daripada daging dan buah-buahan, sebagai contoh, roti dan nasi?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Tepat sekali. Ya. Orang ramai berseronok dan menganggap bahawa mereka sedang berpuasa sambil duduk di satu meja yang dipenuhi dengan segala jenis makanan yang enak dan lazat. Apakah jenis puasa sebegitu? Apa yang saya beritahu sekarang ini hanyalah sebahagian daripada puasa sebenar, biarlah orang ramai menanti kedatangan bulan Ramadhan yang sebenar dan kaedah ibadahnya.”
Pemansuhan Tudung Kepala (Hijab) sebagai satu Kewajiban
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata kepada saya pada suatu hari, “Setelah kamu menyelesaikan tugasmu, biarlah beberapa orang dari kalangan para wanita tanggalkan tudung mereka. Jangan kamu perintahkan kepada siapapun untuk lakukannya, sesiapa yang ingin menanggalkan tudung mereka boleh berbuat demikian.”
Saya berkata, “Baguslah begitu, selagi ianya bukan sebahagian daripada syariat bapa, apakah keperluannya?”
Imam (Darinya Salam) berkata, “Bukan, ianya bukan dan ianya tidak akan pernah jadi begitu, tudung telah menjadi satu sunnah (tradisi, budaya) sebagaimana Abdul Muttalib telah memperkenalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah dan kemudian ia berakar umbi dalam Islam dan menjadi satu amalan.”
Maka dalam Perjanjian Ketujuh ini, pemakaian tudung kepala atau hijab oleh wanita adalah tidak diwajibkan tetapi sebaliknya ianya hanyalah satu sunnah. Kami tidak menggalakkan pemakaiannya, dan tidak juga melarangnya. Setiap orang bebas untuk memakainya atau tidak memakainya, kerana ianya tidak pernah menjadi satu kewajipan ilahi dari Tuhan Yang Maha Kuasa, tetapi sebaliknya ia dahulunya adalah satu sunnah sebagaimana menggosok gigi dengan sebatang miswak yang dahulunya merupakan satu sunnah atau tidur dalam keadaan berwudhu’. Sunnah Hijab bukanlah sesuatu yang pernah diperkenalkan oleh Nabi Muhammad (SAWAS) tetapi sebaliknya ia pada asalnya telah diperkenalkan oleh Abdul Muttalib (AS). Sememangnya, ada di antara ahli-ahli dari Keluarga Suci yang memakai tudung. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata: “Fatimah Al-Zahraa (AS) berhijab dari kepala hingga ke kaki.” Walaupun begitu, kita tidak mengambil satu sunnah sebagai satu perintah ilahi dan menjadikannya sebagai kewajiban. Zaman tersebut berbeza dengan zaman ini. Apa yang mungkin diperlukan dahulu tidak lagi diperlukan sekarang.
Mengembalikan Solat Yang Sebenar
Saya telah bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) suatu hari, “Bapa adalah pemilik kepada Perjanjian Ketujuh dan yang abadi yang akan kekal selama-lamanya dan sehinggalah ke hari terakhir untuk umat manusia, setiap kali adanya sebuah Perjanjian baru syariatnya juga akan berubah, jadi adakah solat Muhammad dimansuhkan dan tidak lagi sah?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Adakah yang kamu maksudkan dengan
‘solat’ itu, adalah rukuk dan sujud sebagaimana yang diamalkan pada hari ini?”
Saya berkata, “Ya.”
Beliau (Darinya Salam) berkata, “Anakku, solat adalah sujud kepada para Rasul, para Nabi dan para Imam pada zaman mereka. Sujud hati. Solat adalah doa.”
Dalam menjelaskan apakah itu solat (doa), Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata, “Tuhan tidak memerlukan untuk seseorang itu membaca perkataan-perkataan yang ditulis atau dihafal, namun sebaliknya jika kamu ingin berdoa kepada Tuhan bercakaplah kepadanya dari hatimu dan tidak perlu mencari perkataan-perkataan yang tertulis.”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) juga telah bercakap tentang evolusi solat di sepanjang zaman, “Semenjak dari zaman Adam (AS) sehinggalah ke hari ini, solat adalah sujud fizikal di samping sujud hati (penyerahan hati). Inilah solat yang betul.”
Ianya benar, kerana kita dapat lihat rajah-rajah yang telah dilukis di maqam-maqam Mesir kuno yang menunjukkan orang-orang Mesir sedang bersujud menyembah. Kita dapat lihat bahawa bangsa Yahudi bersujud semasa dalam solat mereka. Kita juga melihat umat Kristian di Ethiopia dan di negara-negara lain melakukan sujud semasa solat mereka. Hampir setiap agama di planet ini ada menyebutkan tentang sujud di dalam ritual atau kitab mereka.
Apabila ditanya tentang solat lima waktu, solat fajar (Subuh), tengahari (Zohor), petang (Asar), pada waktu terbenam matahari (Maghrib), dan solat malam (Isya’), Imam (Darinya Salam) telah menjelaskan bahawa maksud sebenar bagi solat lima waktu ialah Lingkungan Penjagaan (Wilayah) para Mahdi:
1. Fajar adalah Imam Muhammad ibn Al-Hassan Al-Mahdi (SAWAS), yang pada permulaan Wilayahnya keadaannya adalah gelap gelita dan kemudian dengan kemunculan baginda, ia bertukar menjadi cahaya, dan baginda adalah fajar yang menyingsing dan peralihan dari sebuah dunia kegelapan kepada sebuah dunia cahaya.
2. Zohor adalah Wilayah Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam), yang mana sewaktu Wilayahnya, dunia dipenuhi dengan cahaya dan pencerahan, keadilan dan kesaksamaan, keamanan dan kemakmuran.
3. Asar adalah Wilayah Mahdi Kedua, iaitu Yusuf dari Keluarga Muhammad, Aba Al-Sadiq Abdullah Hashem, dan semasa Wilayahnya ianya adalah mirip dengan Wilayah Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam).
4. Maghrib adalah Wilayah Mahdi Ketiga (AS), dan pada zamannya keadaan mula kembali menjadi semakin gelap dan beberapa masalah timbul.
5. Solat Isyak adalah Wilayah Mahdi Keempat (AS), dan pada zamannya keadaan menjadi bertambah gelap di dunia ini.
Dengan menunaikan solat lima waktu adalah dengan berpegang kepada keimanan kamu dalam ikrar kesetiaan, dan kewajiban-kewajiban terhadap Imam Mahdi (SAWAS), Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) dan Mahdi-mahdi yang Kedua, Ketiga dan Keempat. Setelah mereka, pusingan kitaran itu bermula semula, dengan Fajar merupakan Mahdi Kelima, Zohor yang Keenam, Asar yang Ketujuh, Maghrib yang Kelapan, Isyak yang Kesembilan dan sebegitulah selama-lamanya.
Imam Ali (Darinya Salam) dan kedua-dua belas Imam (Salam Dari Mereka) telah lama cuba untuk memberitahu kita bahawa solat yang sebenar bukanlah apa-apa pun melainkan Wilayah kepada para Utusan dari Tuhan tersebut, yang merujuk kepada para Mahdi. Abi Jaafar (Darinya Salam) telah berkata: “Barangsiapa yang tidak tahu apakah itu solat, telah menafikan hak-hak kami.” Beliau juga telah berkata: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila azan solat telah berkumandang pada hari Jumaat,” [bermaksud] semenjak dari hari ini di mana Tuhan telah mengumpulkan kamu bersama, dan solat adalah Amirul Mukminin (AS) kerana Tuhan memaksudkan dengan solat adalah Wilayah dan ianya merupakan Wilayah yang lebih Hebat.” Aba Abdillah (Darinya Salam) telah berkata: “Wahai Daud, kamilah solat di dalam kitab Allah, dan kamilah Zakat dan kamilah puasa dan kamilah Haji dan kamilah bulan-bulan yang suci dan kamilah tanah suci dan kamilah Kaabah Allah dan kamilah qiblat-Nya dan kamilah wajah Allah.” Dan Amirul Mukminin (Darinya Salam) telah berkata: “Barangsiapa yang bersolat dengan mengetahui hakikatnya yang sebenar akan diampuni.”
Pinjaman dan Kadar Faedah (Riba)
Saya telah bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) pada suatu hari tentang kadar faedah ke atas pinjaman-pinjaman (Riba) di mana beliau menjawab, “Riba adalah tidak dibenarkan sama sekali. Ianya amat buruk.”
Saya berkata, “Macam mana dengan orang-orang kafir dan para Nasibi (mereka yang membenci Ahlul-Bait) contohnya?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Berikan saya contoh kamu.”
Saya berkata, “‘Loan Sharks’ di Amerika sebagai contoh, mereka berikan pinjaman kepada orang-orang yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman daripada bank kerana kredit mereka lemah.”
Imam (Darinya Salam) menjawab, “Tidak, ianya tidak dibenarkan, kerana mereka tidak tahu berapa banyak kerosakan akibat dari Riba, ia akan menyerang anak keturunan sehingga ke generasi yang kesepuluh, dan ia akan tergantung di leher anak-anak lelaki mereka.”
Saya berkata, “Adakah ia bermakna yang anak-anak lelaki mereka sehingga ke generasi kesepuluh akan menanggung kembali semua faedah yang telah diambil oleh moyang mereka?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Ya.”
Pada satu hari Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah ditanya, “Adakah cagaran dengan faedah (walaupun kadar faedah yang rendah seperti 1%) dibenarkan, jika ianya tidak mungkin untuk membeli sebuah rumah dengan wang tunai? Atau perlukah seorang mukmin terus menyewa dan mengharapkan bahawa pada satu hari nanti mereka akan dapat membelinya dengan wang tunai (walaupun harga pasaran rumah semakin meningkat dan menjadikannya tampak semakin tidak logik)?”
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Cagaran adalah tidak dibenarkan dan ianya adalah haram (dilarang), dan sekiranya kamu percaya bahawa Allah Yang Maha Tinggi adalah Yang memberi rezeki dan Dialah Yang Maha Mengasihani dan Yang Maha Penyayang, kamu tidak akan mengatakan sedemikian dan kamu mungkin akan mempunyai dua buah rumah berbanding hanya sebuah. Saya memohon kepada Tuhan supaya memberi rezeki kepada kamu dan menjadikan kamu baik dalam agama kamu dan di dunia kamu dan di akhirat kamu, sesungguhnya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Hukuman Jenayah
Sang Pembangkit/Al-Qaim di dalam Perjanjian Ketujuh ini mendedahkan tentang penyelewengan di dalam al-Qur’an dan kitab-kitab suci dan memulihkan kebenaran di dalamnya. Beliau memansuhkan amalan zaman pertengahan tertentu seperti amalan memotong tangan pencuri di dalam Islam. Amalan kuno ini langsung tidak ada kaitan dengan hukum hakam Ilahi dari Tuhan. Hakikatnya, ianya bercanggah dengan Kitab Suci al-Qur’an kerana di dalam al-Qur’an Tuhan ber rman: “Wahai Hamba-hambaku yang telah berlaku zalim terhadap roh-roh mereka! Janganlah berputus asa dengan Rahmat Allah: kerana Allah mengampuni segala dosa: kerana Dia adalah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Ayat ini, yang menyatakan bahawa Tuhan mengampunkan segala dosa bermaksud secara lumrahnya, Dia berikan manusia satu peluang kedua. Bagaimana mungkin seseorang yang telah mencuri mempunyai satu peluang kedua jika dia tidak lagi mempunyai satu tangan? Ini bukannya pengampunan. Sebaliknya, memotong tangan seseorang adalah bertentangan dengan pengampunan, kerana ianya merupakan sabitan penuh dan secara menyeluruh.
Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah menyatakan bahawa ayat di dalam Kitab Suci al-Qur’an yang menyatakan: “Dan pencuri lelaki dan pencuri wanita: maka potonglah tangan mereka berdua, sebagai satu ganti rugi bagi apa yang mereka (berdua) telah perolehi, sebagai satu seksaan daripada Allah; dan Allah adalah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana.” adalah telah diselewengkan dan diubah oleh manusia setelah beredarnya masa. Perkataan “potong” pada asalnya ialah “noda” tangan mereka. Nabi Muhammad (SAWAS) akan menodakan tangan dengan satu bahan berwarna yang diperbuat daripada sejenis tumbuhan tertentu yang digunakan agar ianya sangat sukar untuk dihilangkan. Memalukan pencuri secara terbuka dengan cara ini dapat mencegah manusia daripada mencuri kerana tidak ada sesiapa yang mahu keluar berjalan dengan satu tangan yang diwarnakan, yang memberi isyarat kepada jenayah yang mereka telah lakukan.
Meminum Wain & Alkohol
Meminum wain (sharab) adalah halal di dalam Perjanjian Ketujuh sebagaimana ia dahulunya pernah dihalalkan di dalam Perjanjian-perjanjian pra-Muhammad. Ianya telah diharamkan kepada orang awam di dalam Perjanjian Keenam disebabkan kemabukan mereka yang melampau dan kemaksiatan yang dilakukan oleh orang-orang Arab pada zaman tersebut. Ianya tidak pernah dimaksudkan sebagai satu larangan yang kekal abadi selamanya. Malah, ianya telah disebutkan di dalam Kitab Suci al-Qur’an sebagai minuman yang wujud di dalam syurga, sebagai satu ganjaran kepada mereka yang memasukinya: “(Ini adalah) satu penerangan tentang syurga yang dijanjikan kepada orang yang takut kepada Tuhan! Di dalamnya terdapat sungai-sungai dari air, yang tidak akan tercemar, dan sungai-sungai dari susu di mana rasanya tidak akan menjadi basi, dan sungai-sungai dari wain, yang lazat untuk para peminumnya, dan sungai-sungai dari madu, yang telah disucikan sepenuhnya.” Adakah Tuhan akan meletakkan sesuatu yang kotor di dalam syurga? Memandangkan Tuhan tidak meletakkan sesuatu yang kotor di dalam syurga, maka ianya mestilah suci.
Pada satu hari saya telah bertanya Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam), “Mani telah menuliskan bahawa jus buah-buahan merupakan air dengan cahaya di dalamnya dan air semata-mata sahaja hanyalah bahan yang tidak mempunyai cahaya. Dan ianya juga telah disebutkan di dalam beberapa hadis Ahlul-Bait yang mereka merujuk wain sebagai Abdul-Noor dan wain adalah dari buah-buahan. Adakah ianya benar yang wain mempunyai cahaya di dalamnya?”
Imam (Darinya Salam) menjawab, “Ya anakku, itu benar.”
Kami bawakan riwayat berikut yang berkenaan “Ritual Cawan” sebagai bukti tambahan yang penggunaan wain merupakan satu kaedah untuk memupuk keghairahan rohani dan persahabatan telah dibenarkan di dalam kalangan orang-orang mukmin yang terdekat dan yang telah menjadi sempurna. Nabi Muhammad (SAWAS) telah menetapkan ritual ini di kalangan Ahlul-Bait dan sahabat-sahabatnya yang karib. Bahkan terdapat rujukan al-Qur’an berkenaan sungai-sungai dari wain. Amalan ini secara jelas bukannya untuk orang awam. Imam Jaafar Al-Sadiq (Darinya Salam) telah melarangnya bagi “orang kebanyakan” dan “mengenakan belenggu dan rantai kepada mereka.” Ini merupakan satu riwayat yang terkenal di kalangan mereka-mereka dari lingkungan
Gnostik, mistikal, dan orang-orang akademik.
Abdullah al-Barqi telah melaporkan kata-kata berikut dari Al-Bythura’i: Mohammed bin Sinan telah memberitahuku sebagaimana berikut, di mana dia telah mendengar daripada Abu Harun si buta…yang telah memberitahunya:
Aku telah melawat Mohammed bin Abi Zaynab (Abu’l-Khattab), bapa kepada orang-orang baik dan perkara-perkara baik, semoga beliau disanjungi! Tujuh puluh orang lelaki telah hadir, yang terpilih dalam kalangan pengikutnya, yang datang dari negara-negara yang berbeza. Di dalam kalangan mereka adalah Musa bin Ashyam (yang kemudiannya menjadi) seorang yang syahid dan merupakan Mohammed bin Abi Bakr pada zamannya. Terdapat satu perbincangan yang panjang di kalangan mereka. Akhirnya, Abu’l-Khattab berkata kepada mereka: “Wahai sahabat-sahabatku! Adakah kamu inginkan minuman itu?” Kami berkata: “Minuman apa?” Abu’l-Khattab berkata: “Minuman [wain] dari Al-Malakut (sharab Al-Malakut).” Kami berkata: “Kamu telah menyuburkan kami melalui ilmu kamu dari Al-Malakut; sekarang berilah kami meminum minuman dari bancuhannya.” Abu’l-Khattab berkata: “Wain dari Al-Malakut adalah untuk kamu; wain dari pintu gerbang Neraka [Balhut] adalah untuk mereka yang lain.” Kami bertanya: “Dan apakah itu wain dari Al-Balhut?” Abu’l-Khattab berkata: “Darah dari Iblis [Ahriman], semoga Tuhan mengutuknya! Tetapi minuman [wain] dari Al-Malakut adalah minuman yang suci di mana Tuhan telah menjelaskannya sebagai minuman bagi sahabat-sahabatnya [li-awliya’ih] di dalam syurga.” [Dan Abu’l Khattab membacakan ayat al-Qur’an 47:15] “Sungai-sungai wain, dan kebahagiaan bagi mereka yang meminumnya.” “Oleh itu, minumlah ia dengan mengetahui tentangnya dengan sempurna dan dengan kebenaran yang menyeluruh.” Kami berkata: “Jadi berilah kami minum sehingga kami puas, dengan pengetahuan yang sempurna dan dengan kebenaran yang mutlak.” Kemudian beliau memanggil: “Wahai gadis muda!” Dia pun segera datang, dan beliau memberitahunya: “Bawakan minuman itu untuk jasad-jasad manusia di bumi ini.” Dia pun membawa satu kantung yang diperbuat dari kulit yang berisi wain yang dipenuhi dengan satu sinaran yang cemerlang, dan sebiji cawan yang menyinar dengan cahaya fajar keemasan. Beliau kemudian berkata: “Dengan inilah Tuhan menghargai sahabat-sahabatnya.” Kemudian beliau meletakkan cawan tersebut ke bawah dan membaca: “Kamu tidak akan merasa sama ada mabuk mahupun sakit kepala darinya.” [rujuk al-Qur’an 56:19: “Sejenis minuman yang tidak menyebabkan keterlaluan mahupun kemabukan.”] Kemudian Abu’l-Khattab berkata kepada Musa bin Ashyam: “Mulakan! Biar saudara-saudara kamu minum sehingga puas. Dan apabila minuman itu telah diberikan kepada semua, maka dengan cawan ini yang kamu pegang di tangan kamu, jasad-jasad kamu akan dipuaskan untuk kesemua tempoh hayat dan kitaran yang akan datang. Kerana kamu adalah milik yang kudus dari yang paling kudus [quds al-muqaddasin], dan kamu dahulunya adalah dari orang-orang Bahman di kalangan sebilangan dari yang paling cemerlang dan termulia dari mereka. Aku telah menghamparkan dunia kepada mereka, dan memuaskan mereka dengan kebahagiaannya. Aku memuaskan kamu dengan keindahannya, dan dengan kuasaku, aku berikan kepada kamu apa yang aku tidak berikan kepada orang lain.” Musa bin Ashyam pun bangun berdiri dan berkata: “Wahai sayyidi! Dari tanganmu, berikanlah kepadaku satu minuman yang akan memuaskan dahaga si dia yang meminum bahagian darinya, di sepanjang abad dari abad-abad dan yang abadi dari keabadian.” [Abu Harun si buta] terus menyambung bacaannya: Kemudian Abu’l Khattab menuangkan wain ke dalam cawan tersebut. Beliau persembahkan cawan tersebut kepada Musa, dan Musa meminumnya sehingga dia berasa puas. Abu’l Khattab kemudian memberitahunya: “Sekarang berikan cawan itu kepada saudaramu, Abu Isma’il.” Dia kemudian meminumnya sehingga hausnya dipuaskan, tanpa ada sebarang pengurangan pada isi kandungan wain dalam cawan tersebut. Dengan itu semua dari mereka meminumnya mengikut giliran masing-masing. Akhirnya, setelah ia beredar mengelilingi di antara mereka yang hadir, cawan tersebut pun kembali semula dengan masih kekal penuh sebagaimana keadaannya sejak awal tadi, kemudian Abu’l Khattab mengangkat cawan tersebut, menggerakkannya mengelilingi dalam satu bulatan. Sebaik sahaja beliau keluarkan dari bentuk bulatan tersebut, kami anggap ia sebagai disengajakan; kemudian cawan tersebut diangkat ke atas, naik sedikit demi sedikit, terapung di ruangan udara, sehingga ia kembali ke tempat asalnya. Pada ketika ini, kami ternampak Al-Sayyid, (Al-Imam Jaafar), yang sedang melihat kepada kami dari atas ruangan tersebut. Beliau sedang duduk di bawah sebuah dom berwarna merah, seolah-olah dibina daripada sebentuk mutiara yang unik, yang cahayanya bersinar dari Timur ke Barat. Udara pada ketika itu dipenuhi dengan satu wangian dari kasturi. Maula kami dan sahabat kami Imam Jaafar, si pemberi keselamatan kepada kami, kemudian mendedahkan rahsianya: “Wahai Muhammad (bin Abi Zainab, Abu’l Khattab), aku menghilangkan dahaga para pengikut setiaku, yang suci, yang mulia, yang adil, dengan minuman ini yang telah aku haramkan kepada orang-orang awam. Aku telah menawarkannya kepada pengikut-pengikut setiaku yang hadir di dunia ini dan di dunia yang lain. Tetapi kepada orang awam aku telah kenakan belenggu dan rantai, dan aku telah menghantar mereka ke padang pasir bagi mereka-mereka yang telah kehilangan jalan mereka.” Sedangkan kami pada ketika itu menjadi terpesona dalam merenung kepada Kecantikan dan Cahaya yang terpancar dari dom tersebut. Kemudian maula [Imam] telah berkata kepada kami sekali lagi: “Aku telah memilih kamu, dan aku telah menarik kamu kepadaku, dan kamu telah datang mendekatiku dengan kekal bersama dengan Sahabat-sahabatku. Jika ianya sebaliknya, mata-mata kamu akan tercabut dan koyak disebabkan kuasa dari Cahaya ini, dan kamu pastinya akan pengsan kerana ketakutan ketika mendengar suara ini. Tetapi aku telah melakukan sebegitu kerana ini adalah satu penghormatan kepadamu dan satu keaiban kepada musuh-musuhmu. Oleh itu, terimalah ini sebagai pengiktirafan, kerana hari ini adalah hari yang dilimpahi berkat.” Dan Imam pun membacakan ayat ini[al-Qur’an 10:26]: “Kepada mereka-mereka yang telah melakukan kebaikan, ganjaran-ganjaran yang paling indah, dan malahan lebih lagi. Tiada debu mahupun penghinaan akan menutupi wajah-wajah mereka. Kerana mereka adalah tuan-tuan rumah di syurga, tempat di mana mereka akan tinggal hidup kekal abadi.” Pada ketika ini, cawan tersebut mula turun kembali ke arah kami. Tetapi pada kali ini ianya kosong, tanpa ada setitik pun yang berbaki. Kemudian Abu’l Khattab berkata kepada para sahabatnya: “Lihatlah, cawan ini telah mengelilingi kuil-kuil dari kalangan semua orang-orang yang bukan Arab, di sepanjang kesemua tujuh tempoh dunia ini. Mereka semua adalah saudara-saudaramu dalam keimanan dan dalam gnosis [atau saudara-saudaramu, para mukmin gnostik]. Kamu telah minum bersama dengan mereka daripada cawan ini, kerana kamu adalah daripada sebilangan daripada kalangan Bangsawan mereka. Dan aku telah berikan kamu meminumnya sehingga puas dengan minuman ini pada hari ini, sebagaimana aku telah berikan kamu meminum darinya pada waktu-waktu lain sebelum ini.” Kemudian Abu’l Khattab mengambil cawan tersebut, mengisinya kembali, dan berikannya kepada Musa bin Ashyam, sambil memberitahunya: “Semoga Tuhan berikan kepada kamu kehidupan, wahai sahabat kepada Al-Rahman!” Dan Ibrahim, Sahabat kepada Al-Rahman, mengambil cawan tersebut dari tangannya dan meminumnya. Kemudian sayyidi [Abu’l-Khattab] berkata: “Semoga minuman Tuhan membawa kebaikan yang hebat kepadamu. Demi hayatku! Melalui minuman ini, kamu telah menikmati ilmu pengetahuan daripada Al-Malakut, ilmu pengetahuan yang dahulunya ada pada abad-abad yang pertama, yang masih berkekalan di sepanjang semua zaman-zaman dan kitaran-kitaran dunia ini. Mulai sekarang, kamu boleh bercakap dengan mana-mana bahasa. Setelah menikmati minuman ini, kamu mengetahui bahasa burung-burung (mantiq al-tayr), dan bahasa semua yang bernafas di atas permukaan bumi ini,” Selepas itu, Musa bin Ashyam telah mengatakan: “Aku bersaksi kepada-Nya yang telah menciptakanku secara harmoni! Selepas minum dari cawan ini, tidak tinggal satu mahkluk atau apa-apapun, sama ada di bumi mahupun di syurga, ataupun di mana-mana pun di antara keduanya, yang bahasanya masih tersembunyi daripadaku.” Kemudian Abu’l Khattab menyuruh setiap seorang daripada kami untuk mengambil bahagian dalam minuman itu, dan beliau memberitahu kami: “Pada hari ini, kamu berada di dalam rumah kelebihan. Maka cakaplah, dan aku akan mendengarnya. Memohonlah, berdoa, dan sebarang permintaan dialu-alukan.” Kami berkata: “Semoga minuman ini diizinkan juga untuk sahabat-sahabat kita yang tidak hadir, sebagaimana yang telah kamu izinkannya untuk kami.” Abu’l Khattab berkata: “Wain ini diizinkan untuk saudara-saudaramu, sewaktu mereka sedang berada bersama dengan saudara-saudara seiman dan yang dalam gnosis. Tetapi wain ini diharamkan untuk kamu dan untuk mereka, sewaktu berada bersama dengan sesiapapun yang selain dari saudara-saudaramu. Kerana Tuhan telah membalas perbuatan kamu kerana meminumnya sehingga puas dan menyuburkan diri kamu dengan minuman ini, dengan membuang empat asas Alami yang tercemar dari diri
kamu, di mana itulah punca kepada kesalahan. Tahukah kamu dengan rahmat apakah yang menyebabkan kamu dapat mencapai pangkat yang terkemuka ini, yang darjatnya luhur dan mulia ini?” Kami berkata: “Dengan rahmat apakah yang menyebabkan kami dapat mencapainya?” Abu’l Khattab berkata: “Tuhan sedang berterima kasih kepada kamu keranasuatu perbuatan dari dalam diri kamu, dan Dia sedang membalasnya.” Kami berkata: “Apakah perbuatan itu?” Abu’l Khattab berkata: “Bayangkan yang salah seorang dari kamu baru sahaja masuk tidur. Sebaik sahaja dia letakkan kepalanya di atas bantal, terlintas di fikirannya tentang salah seorang dari saudaranya yang lebih lemah, yang kekurangan dari segi makanan, minuman, pakaian, dan malahan tidak memiliki apa-apa tunggangan. Perkara ini membuatkan dia bangkit dari tempat tidurnya dengan kegusaran dan sangat cemas, yang mana dia terus pergi kepada saudaranya ini, dan menguruskan keperluan saudaranya sebagaimana keperluannya sendiri. Jadi, dengan cara dari perbuatan inilah yang kamu telah diangkat ke darjat tinggi dan pangkat yang terkemuka ini.” Musa bin Asyham berkata: “Subhanallah! Betapa mulianya ciri rohani dari perbuatan sebegitu, dari kedua-dua aspek iaitu secara dalaman dan luaran (zahiran wa batinan, secara eksoterik dan esoterik)”. Abu’l Khattab berkata: “Inilah cawan dari Tahmuras. Dia pernah menjadi Amir kepada Lebah-lebah di bawah kubah pertama orang-orang Bahman. Dialah yang telah mempersembahkan cawan ini kepada Bahman, - dan Bahman adalah nama yang paling suci (al-ism al-muqaddas). Bahman telah berikan cawan ini kepada Hormoz, dan aku dahulunya adalah Hormoz, yang Bahman menyuruhku minum dari cawan ini. Aku dengan itu diisi dengan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan. Itulah sebabnya kenapa aku juga mahukan kamu menemui ketenangan dengan cawan ini. Sememangnya, apakah ia yang dapat menghalangi usaha para mukmin untuk menenangkan antara satu sama lain daripada serpihan-serpihan keangkuhan Iblis? Mereka bertahan daripada serpihan-serpihan keangkuhan ini dengan saudara-saudara rohani mereka, namun mereka menimbunkannya ke atas darah daging mereka sendiri. Pastinya mereka akan menderita dengan azab yang pedih di dunia lain. Kerana ianya disebabkan hal inilah, atau sesuatu yang sama taraf dengannya, yang menyebabkan terhasilnya kelahiran semula (takrir, kedatangan kembali) ke dunia ini.” Kami berkata: “Kenapa perlunya bermula semula di dalam jasad-jasad duniawi ini?” Abu’l-Khattab berkata: “Kerana seseorang itu tidak menyempurnakan tugasnya sepenuhnya (taqsir). Kelahiran semula adalah untuk mereka-mereka yang tidak pernah berjaya dalam menyucikan diri mereka sendiri di sepanjang perjalanan kedatangan kembali mereka. Mereka benar-benar mengetahui sepenuhnya yang ianya adalah kerana kurangnya kecintaan mereka terhadap satu sama lain yang mana mereka perlu menjalani hukuman. Walaupun begitu, mereka membazirkan hayat-hayat hidup mereka, sedang mereka tidak menyedarinya. Inilah sebabnya kenapa permulaan-semula mereka akan tetap berterusan untuk satu tempoh yang lama.” Musa bin Ashyam berkata: “Walaupun dengan hanya satu bahagian daripada proses ini, ada sesuatu yang akan mencukupi bagi sesiapa sahaja yang bukan seorang munafik. Keberkatan bagi orang-orang gnostik yang setia kepada Tuhan, kedua-duanya, untuk diri mereka sendiri dan untuk teman-teman mereka. ‘Semoga mereka diberkati! Sebuah perlindungan yang tersergam indah telah disediakan untuk mereka.’ ” [al-Qur’an 13:28] Abu’l Khattab pun berkata: “Adakah kamu tahu apakah yang dimaksudkan dengan sebuah perlindungan yang tersergam indah?” Kami berkata: “Tidak!” Abu’l Khattab berkata: “Ianya adalah tempat tersimpannya amal kebaikan mukmin yang setia; ia menjadi miliknya berdasarkan pencapaiannya terhadap keseluruhan keinginannya, sambil tetap berada dalam batas-batas kesucian. Oleh itu, berdirilah sekarang! Kamu adalah orang-orang yang berjalan di atas jalan kebaikan, sebagai yang dikasihi oleh Tuhan. Aku memohon kepada Tuhan untuk menghimpunkan kamu semua bersama-sama di tempat yang Dia sukai.” Abu Harun kini menyimpulkan: “Kemudian para sahabat tersebut bersurai dalam kegembiraan dan keringanan hati. Tidak pernah aku melihat sebuah jemaah yang sebegitu yang indah dan bercahaya sebagaimana dalam jemaah ini. Kami telah dikumpulkan bersama-sama dengan rahmat Tuhan, yang telah diturunkan kepada kami dengan kemurahan hatinya. Ini adalah apa yang Tuan kami (Sayyidina) Abu’l Khattab telah sediakan khusus untuk kami, sewaktu majlis Cawan tersebut berlangsung, dengan rahmat yang ia bawakan bersama. Maha Suci Tuhan, Tuhan sekalian alam. Bacaan ini telah sampai ke penghujungnya.”
Perjanjian Ketujuh ini tanpa sebarang keraguan akan menjadi sukar bagi umat Islam, khususnya kepada orang-orang Arab dan orang-orang Parsi. Semua tiang dan struktur-struktur formal dari apa yang mereka anggap sebagai kebenaran yang telah diberikan oleh Tuhan (sebagai contoh, Kaabah di Mekah, kalendar lunar, ritual solat, dll.) perlu dimusnahkan dan dibina baru. Ini secara har ahnya mesti berlaku supaya amalan penyembahan berhala dan kejijikan yang telah berlangsung semenjak 1400 tahun lalu dapat dibongkarkan. Umat Islam dan Arab telah memungkiri Perjanjian tersebut ketika mereka menindas Imam Ali (Darinya Salam) dan para penggantinya, dan telah memilih untuk menubuhkan agama mereka yang tersendiri. Dengan mencabut struktur-struktur kebatilan dengan cara ini adalah tidak berbeza dengan apa yang telah dilakukan oleh para Nabi Perjanjian yang terdahulu telah lakukan. Melainkan yang mana sekarang, ianya akan terjadi pada satu skala yang lebih besar dan kebenaran yang penuh ini akan menjadi mustahil untuk disembunyikan. Tersingkapnya pendedahan-pendedahan ini adalah memenuhi banyak ramalan dan kiamat yang dijangkakan yang mana telah dijanjikan akan berlaku pada akhir zaman. Memandangkan kebanyakan dari struktur-struktur ini telah dibina di atas darah Ahlul-Bait (Dari Mereka Salam) dan pewaris-pewaris yang berhak dari Bani Adam, Sang Pembangkit/Al-Qaim dari Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) telah hadir untuk menghapuskan mana-mana saki baki dari kesesatan, sama ada dari segi zikal atau psikologi. Rumah-rumah ibadat yang telah menjadi rumah-rumah kepada kesesatan, penyembahan berhala, dan kemuna kan mestilah dihapuskan dan satu tapak asas yang baru mesti dibina. Nabi Muhammad (SAWAS) telah bersabda: “Islam telah bermula sebagai sesuatu yang pelik dan ia akan kembali menjadi pelik, maka beruntunglah bagi mereka-mereka yang pelik.” Sekiranya anda telah mendapati bahawa pendedahan-pendedahan tentang Perjanjian Ketujuh, setakat ini, adalah pelik, maka tahniah, anda adalah antara yang beruntung.
Ada banyak lagi perubahan yang akan dibawakan di dalam syariat dari Perjanjian Ketujuh ini dan beberapa perkara daripadanya akan didedahkan di sini di sepanjang baki penulisan dari Kitab ini sewaktu kita menerokai pelbagai topik dan ketika mana ia sepatutnya sesuai untuk didedahkan. Bahagian-bahagian lain daripada syariat tersebut akan didedahkan pada satu waktu yang terkemudian nanti. Selebihnya dalam Kitab ini, kita akan membahas tentang kepercayaan, ilmu, dan syariat dari Perjanjian Ketujuh ini yang dibahagi-bahagikan kepada Pintu-pintu yang seterusnya.