Taman Eden
Dan sesungguhnya Kami telah membuat satu perjanjian dengan Adam sebelum ini, tetapi dia telah lupa, dan Kami dapati di sisinya tiada keazaman yang kukuh.”
Kemudian Tuhan berfirman, “Mari kita cipta manusia berdasarkan imej kita, yang menyerupai kita, supaya mereka dapat memerintah ke atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara, ke atas haiwan-haiwan ternakan dan segala haiwan liar dan ke atas segala makhluk yang merayap menyelusuri tanah.” Maka Tuhan ciptakan umat manusia berdasarkan imejnya sendiri; berdasarkan imej Tuhan dia ciptakan mereka; lelaki dan perempuan, dia ciptakan mereka. Tuhan berkati mereka dan berkata kepada mereka, “Berkembang biaklah dan tingkatlah bilangan; penuhilah bumi dan takluklah ia. Memerintahlah ke atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di langit dan ke atas setiap makhluk hidup yang merayap menyelusuri tanah.” Kemudian Tuhan berfirman, “Aku berikan kepadamu setiap tumbuhan yang berbiji di seluruh muka bumi dan setiap pohon yang mempunyai buah dengan biji benih di dalamnya. Semua itu akan menjadi makanan untuk kamu. Dan untuk semua binatang buas di bumi dan semua burung di langit dan segala makhluk yang merayap di tanah—segala sesuatu yang mempunyai nafas kehidupan di dalamnya—Aku berikan semua tumbuh-tumbuhan hijau sebagai makanan.” Dan terjadilah sedemikian. Tuhan melihat segala yang dijadikannya, dan ianya sangat elok. Dan adanya petang, dan adanya pagi—pada hari keenam.[AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 1, Ayat 26-31]
Kisah hubungan manusia dengan Penciptanya adalah kisah tentang sebuah
Perjanjian. Kerana ketika Dia menciptakan Adam (AS), Dia telah mengikat
satu Perjanjian dengannya. Satu Perjanjian bermaksud satu Wasiat. Kerana
apabila seorang bapa membuat satu Perjanjian dengan anaknya atau apabila
dia meninggalkan wasiat kepada anaknya, dalam kedua-dua kes ini,
Perjanjian dan Wasiat adalah pengisytiharan rasmi mengenai kehendak si
bapa berkenaan dengan pelucutan harta dan urusannya. Tuhan telah memilih
dan melantik Adam sebagai seorang Raja ke atas penciptaan dan menjadikan
beliau bertanggungjawab ke atas urusan di Taman Eden. Tuhan
mengisytiharkan kepada Adam bahawa beliau dibolehkan untuk memakan
daripada mana-mana pokok, tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan yang beliau
mahukan kecuali satu pohon yang diharamkan baginya. Maka Wasiat Pencipta
ke atas Adam (AS) adalah agar Adam menjadi pengganti-Nya di Bumi dan
Tuhan menjadikan ketaatan kepada Adam sebagai satu kewajiban ke atas
setiap orang, dan Tuhan telah mengambil sebuah Perjanjian daripada Adam
(AS) yang beliau akan menjaga bumi-Nya dan Tuhan telah menghalalkan
segalanya untuk Adam melainkan sebatang pohon. Pohon itu di dalam
al-Qur’an dipanggil sebagai Pohon Keabadian dan di dalam Taurat dan
Injil-injil ianya dipanggil sebagai Pohon Ilmu Kebaikan dan Kejahatan.
Tuhan telah berikan Adam (AS) hanya satu perintah dan hanya satu
larangan. Dia telah memerintahkan beliau untuk berkembang biak dan
menegah beliau dari pohon itu.