Perjanjian Keenam Nabi Muhammad SAWAS


“Bagaimana mungkin para musyrikin mengadakan perjanjian dengan Tuhan dan Rasul-Nya?”

Perjanjian Isa diteruskan lagi dengan bangsa Arab sehinggalah penindasan, pembunuhan, penyembahan berhala, kesyirikan, dan kekufuran meningkat di kalangan mereka. Setiap suku kaum mempunyai rumah ibadat mereka tersendiri dalam bentuk seketul kiub gergasi dan mereka mengisinya dengan ratusan berhala yang diperbuat daripada kayu dan batu. Tanah tersebut yang dahulunya pernah dipenuhi dengan pengikut-pengikut Ibrahim, Musa dan Isa (Salam Kepada Mereka) kini dipenuhi dengan penyembah-penyembah berhala yang gasar. Bangsa Arab telah sepenuhnya melanggar Perjanjian Isa melalui kekufuran mereka, kebencian terhadap sesama mereka, dan berperang sesama mereka. Suku-suku Arab pada zaman sebelum kelahiran Muhammad (SAWAS) telah terserak ke seluruh wilayah dan sentiasa berterusan berperang sesama mereka. Mereka telah melakukan jenayah-jenayah yang paling keji, seperti mengebumikan bayi-bayi perempuan yang baru lahir hidup-hidup. Pembalasan dari Tuhan telah menimpa mereka di atas tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan, dan Dia telah menurunkan satu hukuman terhadap orang-orang Arab kerana melanggar Perjanjian Isa. Salah satu petanda yang terkenal bagi bangsa Arab yang Isa (AS) telah berikan sebagai satu bukti autoriti ilahinya adalah penciptaan burung-burung daripada tanah liat. Hukuman kerana melanggar Perjanjian Isa ialah di mana kawanan burung (ababil) membawa batu-batu dari tanah liat yang keras (sijjil) yang membinasakan bukan sahaja Abrahah dan tenteranya tetapi juga membinasakan ramai orang daripada bangsa Arab yang ka r.3 Akhirnya tibalah seseorang yang telah dijanjikan, seseorang yang Isa (AS) telah berikan khabar gembira tentangnya, iaitu Rasul terakhir, Muhammad (SAWAS). Batu Yamani Tuhan telah menubuhkan satu Perjanjian baru dengan Muhammad (SAWAS) dan tanda bagi Perjanjian Muhammad ini ialah Batu Yamani. Batu Yamani jangan dikelirukan dengan batu hitam (Hajarul Aswad) di Kaabah, kerana batu Yamani adalah batu yang lain. Pada suatu hari saya telah bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) mengenainya: Saya bertanya, “Adakah batu Yamani sama dengan batu hitam (Hajarul Aswad)?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Tidak, orang ramai menyangka yang ianya sama tetapi ia sebenarnya adalah sebiji batu yang terpelihara di Wadi Al-Yabis di Jordan.” Saya bertanya, “Apakah warnanya?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Ianya hitam pekat dengan kemerahan di tengahnya.” Saya bertanya, “Dan adakah batu ini akan berada dalam Kaabah yang baru?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Ya.” Perubahan Syariat Dalam Perjanjian Keenam Perjanjian Muhammad membawa perubahan yang ketara dalam hukum-hakam. Dalam konteks ini, sekatan-sekatan dan amalan-amalan baru telah diperkenalkan untuk memurnikan, mendisiplinkan, dan membetulkan kepercayaan dan norma dalam suku-suku dan bangsa-bangsa Arab. Mereka telah menyimpang begitu jauh dari Perjanjian Isa, maka perubahan besar diperlukan. Berikut adalah beberapa perubahan besar yang telah berlaku dengan Perjanjian Keenam: 1. Mengubah arah menghadap semasa solat (kiblat) yang telah dilaksanakan semasa Perjanjian Musa dan Perjanjian Isa dari kuil di Jurusalem ke Mekah: “Kami sentiasa melihat wajahmu berpaling ke syurga. Maka Kami pasti akan menetapkan untukmu satu Kiblat yang engkau senangi. Sekarang, hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid Suci (Al-Masjidul Haram), dan (wahai orang-orang Islam), di mana sahaja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Bahkan orang-orang yang telah diberikan Kitab pun benar-benar tahu bahawa ianya adalah kebenaran dari Tuhan mereka, dan Allah tidak lalai terhadap apa yang mereka kerjakan.”4 Di dalam ayat ini, dengan jelasnya kita dapat melihat bahawa Tuhan ber rman yang bahkan ahli kitab, ertinya, orang-orang Kristian dan Yahudi, telah mengetahui bahawa arah solat (kiblat) yang pertama adalah apa yang telah dibina oleh Ibrahim (AS), dan ianya adalah (kiblat) yang sama yang Muhammad (SAWAS) telah tetapkan semula. Maka pada dasarnya, Muhammad (SAWAS) telah mengembalikan arah solat di dalam Perjanjian Keenam kepada yang arah sama sebagaimana di dalam Perjanjian Ketiga, iaitu Perjanjian Ibrahim. Pada asasnya, perkauman dan perang antara suku telah menjadi begitu sengit sehingga setiap suku mempunyai arah solat mereka tersendiri. Langkah ini telah direka untuk menghentikan pertempuran antara suku dan memupuk perpaduan. 2. Mewajibkan solat lima kali sehari, dan syariat ini telah diturunkan berdasarkan ayat berikut dari Kitab Suci al-Qur’an: “Bacalah dan sampaikan kepada mereka apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Kitab, dan dirikanlah Solat dalam keselesaan dengan syarat-syaratnya. Sesungguhnya Solat itu mencegah dari semua perkara yang keji dan memalukan, dan semua kejahatan. Pastinya mengingati Tuhan itu adalah yang paling besar (dari semua jenis penyembahan dan tidak terhad kepada Solat). Tuhan mengetahui segala yang kamu kerjakan.”5 Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) pernah berkata: “Solat adalah perbuatan sujud kepada para Nabi dan Rasul dan para Imam di zaman mereka, sujudnya hati dan solat juga adalah doa (menyeru kepada Tuhan). Setiap agama 4 2 (Al-Baqarah), Ayat 144 5 29 (Al-Ankabut), Ayat 45 dari zaman Adam kepada Muhammad (salam dan keberkahan kepada mereka semua) telah menerapkan sujud sebagai sebahagian daripada solat mereka.” Hal ini dapat kita lihat dengan jelas apabila kita melihat cara orang-orang Kristian dan Yahudi solat, di mana kita dapati di dalam kedua-dua bentuk solat mereka adanya sujud secara zikal, dan kita juga dapat melihat hal ini juga terdapat dalam banyak agama-agama lain semenjak dari zaman Mesir purba, Sumeria dan Akkadia. Muhammad (SAWAS) telah mengembangkannya dan menambahkan kepadanya aspek-aspek yang lain di dalam solat, seperti bacaan dari Kitab Suci al-Qur’an semasa solat. 3. Mengharamkan arak dan judi: “Wahai Kamu Yang Beriman! Sememangnya, wain, berjudi, berhala, dan anak-anak panah ramalan (satu cara berjudi), adalah kejahatan dan dari amalan-amalan Syaitan; oleh itu, tinggalkanlah semua itu agar kamu beroleh kejayaan.”6 Kemaksiatan dan kemabukan telah menjadi masalah utama dalam kehidupan orang-orang Arab. Jadi, jenis larangan-larangan sebegini adalah perlu untuk membersihkan mereka. Ini adalah kali pertama di mana alkohol menjadi satu larangan di sepanjang semua Perjanjian. 4. Membenarkan perkahwinan poligami: “Kamu boleh berkahwin dua, tiga atau empat. Sekiranya kamu bimbang jangan-jangan kamu berlaku tidak adil, maka kamu harus berpuas hati dengan seorang sahaja, atau dengan apa yang kamu telah sedia miliki. Tambahan lagi, kamu lebih berkemungkinan dapat mengelakkan kesukaran dalam kewangan.”7 Dalam Perjanjian Adam, Nuh, Ibrahim dan Musa, hubungan secara poligami adalah dibenarkan. Ingatlah, di dalam Perjanjian Adam, semua perkara dibenarkan untuk Adam, dan ramai dari keturunannya berkahwin dengan lebih daripada seorang. Di dalam Perjanjian Nuh, perkara yang sama terlaksana, dan tidak ada sebarang sekatan dalam perkahwinan. Di dalam Perjanjian Ibrahim pula, Ibrahim sendiri telah berkahwin dengan Sarah dan Hajar dan cucunya Yaakub telah berkahwin dengan Leah, Rachel, Bilha dan Zilpah dan tidak ada sebarang sekatan perkahwinan. Di dalam Perjanjian Musa, Raja Daud mempunyai ramai isteri dan penggantinya Sulaiman pula memiliki tujuh ratus isteri berdarah raja dan tiga ratus gundik. Cuma di dalam Perjanjian Isa sahaja, yang Isa (AS) telah menghadkan perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang wanita dan beliau telah melarang segala jenis perceraian. Di dalam Injil Markus ia menyatakan: “Jesus kemudiannya meninggalkan tempat itu dan pergi ke wilayah Judea dan seberang Jordan. Sekali lagi sekelompok orang ramai datang kepadanya, dan seperti kebiasaannya, beliau mengajari mereka. Beberapa orang Farisi juga telah datang dan mengujinya dengan 6 5 (Al-Maidah), Ayat 90 7 4 (An-Nisa’), Ayat 3 bertanya, “Adakah halal bagi seorang lelaki menceraikan isterinya?” “Apakah yang telah diperintahkan oleh Musa kepadamu?” beliau membalas. Mereka berkata, “Musa mengizinkan seorang lelaki untuk menuliskan surat cerai dan melepaskannya.” “Ianya sebegitu kerana hati kamu yang keras maka Musa menuliskan hukum ini untukmu,” jawab Jesus. “Tetapi pada awal penciptaan, Tuhan ‘telah menjadikan mereka lelaki dan perempuan.’ ‘Atas sebab inilah seorang lelaki akan meninggalkan bapanya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, dan kedua-duanya akan menjadi satu jasad.’ Maka mereka tidak lagi dua tetapi satu jasad. Oleh itu, apa yang Tuhan telah satukan, jangan biarkan sesiapa pun pisahkannya.” Apabila mereka kembali berada di dalam rumah itu, murid-murid pun bertanya kepada Jesus tentang hal ini. Beliau menjawab, “Sesiapa yang menceraikan isterinya dan berkahwin dengan wanita lain, telah melakukan zina terhadapnya. Dan jika dia menceraikan suaminya dan berkahwin dengan lelaki lain, dia juga berzina.”8 Oleh itu, Perjanjian Muhammad telah membenarkan si lelaki untuk bebas memilih sama ada untuk mematuhi peraturan dari Perjanjian Isa mengenai perkahwinan atau mematuhi garis-garis panduan dari Perjanjian sebelumnya. Di samping itu, Perjanjian Muhammad telah meletakkan banyak sekatan ke atas jenis-jenis perkahwinan yang dibenarkan. Sebagai contoh, baginda mengharamkan perkahwinan di antara adik-beradik dan berkahwin dengan ibu atau bapa sendiri, bapa saudara atau ibu saudara, atau mengahwini wanita-wanita yang bersaudara serentak, dsb. Di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyatakan: “Diharamkan juga˺ kepada kamu daripada berkahwin dengan ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan adik-beradik perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara dari bapa dan ibu kamu, anak-anak perempuan kepada adik-beradik lelaki kamu, anak-anak perempuan kepada adik-beradik perempuan kamu, ibu-ibu angkat kamu, dan adik-beradik angkat kamu, ibu-ibu mertua kamu, dan anak-anak perempuan tiri kamu yang berada dalam jagaan kamu jika kamu telah menggauli ibu-ibu mereka—tetapi jika kamu belum, maka kamu masih boleh mengahwini mereka—dilarang juga isteri-isteri kepada anak-anak kamu sendiri, bahkan juga dua beradik perempuan bersama pada waktu yang sama—melainkan ianya telah dilakukan sebelum ini. Pastinya Allah adalah Maha Pengampun, Maha Mengasihani.”9 5. Baginda mewajibkan mengeluarkan sedekah (zakat): “Ambillah dari harta mereka sebagai amal jariah yang menyucikan dan memberkati mereka.”10 Di dalam Perjanjian Muhammad, ianya adalah wajib di mana kekayaan dapat diagihkan di kalangan masyarakat dan sejumlah tertentu perlu diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada fakir dan mereka yang memerlukan. Perkara ini merupakan sejenis sistem demi kebaikan sosial. 8 AlKitab Yang Suci, Injil Markus, Bab 10, Ayat 1-12 9 4 (An-Nisa’), Ayat 23 10 9 (At-Taubah), Ayat 103 6. Baginda menjadikan amalan ziarah penyucian (Haji) ke Kaabah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup sebagai kewajipan bagi mereka yang mampu dan merupakan satu tiang kepada agama: “Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji [ziarah penyucian]; mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang setiap unta yang kurus; mereka akan datang dari setiap laluan yang jauh.” Nabi Muhammad (SAWAS) telah menjadi Utusan Tuhan kepada seluruh alam. Tidak seperti Utusan-utusan terdahulu yang telah diutuskan secara khusus kepada Israel atau kepada kaum atau umat tertentu, Muhammad (SAWAS) telah diutuskan kepada seluruh umat manusia. Malah, Tuhan telah mengutuskan Muhammad (SAWAS) sebagai seorang Rasul kepada seluruh alam semesta, iaitu kepada semua ciptaan termasuklah kehidupan yang bukannya manusia seperti mana jin. Daripada berbilion-bilion manusia yang pernah dilahirkan sepanjang 10,000 tahun yang lalu, berjuta-juta daripada mereka adalah terdiri daripada orang-orang yang beriman. Daripada berjuta-juta itu, 124,000 daripada mereka telah terpilih untuk menjadi Nabi-nabi dan telah mencapai pangkat Kenabian (nabi). Daripada 124,000 orang Nabi, hanya 313 orang sahaja yang telah mencapai pangkat seterusnya menjadi seorang Utusan (rasul). Daripada 313 Rasul yang telah diutuskan kepada umat manusia, hanya lima orang yang telah mencapai darjat seorang Imam (pembimbing terulung) dan menjadi pembawa kepada Syariat dan Perjanjian yang baru. Akhirnya, daripada kelima-lima Rasul Ulul Azmi tersebut, iaitu Nabi-nabi Perjanjian yang mempunyai keazaman dan keteguhan yang tinggi, hanya 1 sahaja yang dapat mencapai ke peringkat seterusnya, iaitu peringkat “berjarak sepanjang dua busur panah atau lebih dekat” kepada Tuhan. Darjat menjadi sebati dengan Tuhan: satu keadaan di mana menjadi satu dan tunggal, yang tidak mampu difahami. Ianya adalah satu keadaan di mana menjadi bersatu dengan Tuhan Yang Mutlak. Ianya adalah darjat Tuhan dalam Penciptaan (Allah fi-al-khalq). Untuk meringkaskannya, kami akan menerangkan berkenaan setiap darjat atau pangkat (maqam): 1. Darjat Mukmin: Ini adalah satu darjat yang lebih tinggi daripada menjadi orang yang tidak beriman. Pada darjat ini, mukmin diwajibkan untuk berbai’at kepada Utusan Tuhan pada zamannya, atau Imam pada zamannya, iaitu seseorang yang telah dipilih untuk membimbing orang-orang mukmin dalam menempuh perjalanan mereka. Nabi Muhammad (SAWAS) telah bersabda: “Barangsiapa yang mati dan tidak membaiat kepada Imam pada zamannya, telah mati dalam kematian jahiliyyah.” Setelah orang mukmin tersebut menjumpai dan berbai’at kepada wakil Tuhan pada zamannya, dia mestilah mematuhinya dalam segala hal. 2. Darjat Nabi: Ini adalah darjat yang lebih tinggi daripada menjadi seorang mukmin yang biasa. Pada darjat ini, kepercayaan si mukmin ini telah meningkat sehingga ke satu tahap di mana Tuhan menjadikannya sebagai sebuah wadah yang mana dia dapat menerima ilham/wahyu, kata-kata kebenaran, dan bahkan pandangan kenabian daripada Tuhan. Mereka juga mempunyai keupayaan untuk mentafsirkannya dengan betul. 3. Darjat Rasul: Ini adalah darjat yang lebih tinggi daripada menjadi Nabi biasa. Pada pangkat ini, Nabi tersebut ditugaskan untuk menyampaikan mesej atau peringatan kepada orang-orang tertentu. Beberapa orang di kalangan para Rasul telah dihantar ke negara-negara tertentu, yang selainnya kepada suku kaum tertentu, yang selainnya pula dihantar kepada satu keluarga tertentu dan malahan ada yang selainnya telah dihantar kepada hanya seorang individu. Di dalam semua kes tersebut, Rasul itu mempunyai satu tugas untuk menyampaikan mesejnya kepada seseorang bagi pihak Tuhan dan dengan arahan-Nya. 4. Darjat Imam: Ini adalah pangkat yang lebih tinggi daripada menjadi seorang Rasul biasa. Pada darjat ini, Rasul itu mesti menubuhkan sebuah Perjanjian baru dan melaksanakan satu syariat baru yang bersesuaian dengan zamannya dan berdasarkan arahan-arahan dan kehendak-kehendak Tuhan. Selepas Ibrahim (AS) dipilih sebagai seorang Nabi dan kemudian sebagai seorang Rasul, beliau kemudiannya dijadikan sebagai seorang Imam. Begitulah yang telah ditunjukkan di dalam Kitab Suci al-Qur’an. Daripada kesemua Rasul, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (Salam Kepada Mereka), semuanya telah diberikan tugas untuk mewujudkan sebuah Perjanjian baru dan melaksanakan satu syariat yang baru. 5. Darjat Tuhan dalam Penciptaan: Ini adalah darjat yang lebih tinggi daripada seorang Imam. Pada darjat ini, Rasul tersebut telah menyempurnakan dirinya dan telah menjadi sempurna dalam segala segi, bentuk dan rupa. Dia telah berjaya meleburkan dirinya ke dalam Tuhan dan telah menjadi imej Tuhan yang sempurna. Dia kini yang berada di darjat ini, diberikan tugas oleh Tuhan untuk melaksanakan semua tugasan yang Tuhan seharusnya lakukan, seperti menjaga semua urusan berkaitan penciptaan. Ini termasuklah menghantar para Rasul. Ianya di sini jelas menunjukkan bahawa tujuan Sang Pencipta dengan penciptaan-Nya ialah agar Dia membawa mereka ke satu titik di mana mereka menjadi seperti-Nya, disempurnakan, dan setelah disempurnakan, Tuhan menyerahkan urusan penciptaan kepada mereka. Disebabkan Dia sangat mengasihi ciptaan-Nya sehinggakan Dia inginkan mereka menjadi seperti-Nya. Ini disebutkan dengan jelas di dalam riwayat langsung daripada Tuhan (hadis qudsi) di mana Tuhan menyapa hamba-hamba-Nya: “Wahai anak Adam, Akulah Yang Maha Hidup Yang Kekal Abadi dan tidak mati, taatilah Aku dengan apa yang aku perintahkan kepadamu, nescaya Aku akan menjadikan kamu hidup kekal abadi dan tidak mati. Wahai anak Adam, Aku katakan kepada sesuatu, jadilah, maka jadilah ia, oleh itu taatlah kepada-Ku dalam apa yang Aku perintahkan kepadamu, nescaya Aku akan menjadikan kamu apabila kamu berkata kepada sesuatu, jadilah maka jadilah ia.” Jika seorang manusia sayangkan anaknya, dia mengharapkan yang anaknya menjadi sepertinya, atau bahkan lebih baik daripadanya. Kasih sayang Tuhan kepada kita adalah sebagaimana kasih sayang seorang ibu atau bapa. Walaupun ianya tidak mungkin yang kita menjadi lebih baik daripada Tuhan, Tuhan mahukan agar kita secara lumrahnya bersifat sempurna seperti-Nya. Kita tidak akan dapat benar-benar menjadi seperti-Nya melainkan kita dapat mengalami sendiri bagaimana rasanya menjadi Dia atau bertanggungjawab ke atas penciptaan. Ianya seperti yang disebutkan di dalam riwayat: “Ciptaan adalah anak-anak Tuhan, dan anak-anak yang paling dicintai-Nya adalah mereka-mereka yang paling baik hati terhadap ciptaan-Nya.” Nabi Muhammad (SAWAS) sewaktu dalam pengembaraan malam yang terkenal (isra’ mikraj), telah dinaikkan ke darjat ini, dan telah menjadi Tuhan dalam Penciptaan (Allah -al-khalq). Baginda telah diberikan tugas untuk menjaga semua ciptaan. Satu aspek utama kepada peranan ini adalah menghantar para Rasul untuk menjemput, membimbing, dan memberi peringatan. Muhammad (SAWAS) dahulunya adalah seorang Rasul Terakhir dari Tuhan Yang Mutlak (Allah). Kini Muhammad (SAWAS) telah diberi kemampuan dan autoriti untuk menghantar Utusan-utusannya sendiri, yang akan dipanggil sebagai Imam-imam dan Mahdi-mahdi. Dua belas Imam dan dua belas Mahdi telah dilantik dan disebutkan oleh Muhammad (SAWAS) pada malam kewafatannya. Dua belas imam itu adalah: 1. Imam Ali ibn Abi Talib 2. Imam Al-Hassan 3. Imam Al-Hussein 4. Imam Ali Zainal Abidin 5. Imam Muhammad Al-Baqir 6. Imam Jaafar Al-Sadiq 7. Imam Musa Al-Kazim 8. Imam Ali Al-Ridha 9. Imam Muhammad Al-Jawad 10. Imam Ali Al-Hadi 11. Imam Al-Hassan Al-Askari 12. Imam Muhammad bin Al-Hassan Al-Askari, Al-Mahdi (Dari Mereka semua Salam) Dua belas Imam adalah Rasul-rasul yang paling sempurna. Mereka adalah lebih tinggi dan lebih baik daripada mana-mana Nabi dan Rasul yang pernah dihantar sebelumnya. Nabi Muhammad (SAWAS), puterinya Fatimah Al-Zahraa dan dua belas Imam (Daripada Mereka Salam) adalah satu-satunya makhluk ciptaan yang diinkarnasikan ke dunia ini dengan mewarisi kemaksuman semenjak dari lahir sehinggalah wafat. Sejarah tidak pernah mencatatkan sebarang dosa yang berkait dengan mereka, tidak sebagaimana yang telah direkodkan terhadap para Nabi dan Rasul yang lain. Mereka adalah imej-imej Tuhan yang paling sempurna dalam Penciptaan. Sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam Kitab Tauhid oleh Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam), para Nabi dan Rasul telah berusaha ke arah membuka laluan untuk kedatangan Tuhan dalam Penciptaan. Di dalam Kitab Ulangan ia menyatakan: “Dia telah berkata: ‘TUHAN datang dari Sinai dan terbit ke atas mereka dari Seir; dia menyinar dari Gunung Paran.” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah menjelaskan bahawa terbitnya Tuhan dalam Penciptaan adalah melalui Isa (AS), dan fasa terbit adalah manifestasi separa dan bukannya kemunculan penuh, dan bersinarnya Tuhan merupakan satu kemunculan penuh di Paran dan itu adalah melalui Muhammad (SAWAS). Di dalam riwayat-riwayat Islam, ianya disebutkan di dalam Doa Sifat-sifat (Dua Simaat): “Dan demi kebangkitanmu di Seir, dan kemunculanmu di Gunung Paran.” Terbit atau kemunculan separa adalah pada Isa dan kemunculan penuh pula adalah pada Muhammad (SAWAS). Atas sebab inilah, kita dapati bahawa Tuhan menyifatkan Muhammad dan Keluarga Muhammad sebagai “kalimat-kalimat yang sempurna.” Kerana Muhammad adalah kemunculan penuh dan kalimah yang lengkap, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Doa Sifat-sifat (Dua Simaat): “…dan dengan kalimat-Mu yang dengannya Engkau telah menciptakan langit dan bumi…dan dengan kalimat yang lengkap…dan aku memohon kepada-Mu dengan kalimat-Mu yang mengatasi segala-galanya.” Dengan itu, gambaran menjadi semakin jelas. Semua Nabi dan Rasul telah membuka laluan untuk kedatangan Tuhan dalam Penciptaan. Mereka telah membuka laluan kepada pemerintahan dari Tuhan. Tuhan telah hadir kepada penciptaan dengan bermanifestasi sebagai imej-Nya paling sempurna, iaitu Muhammad dan Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam), yang mana mereka adalah satu-satunya cahaya tunggal yang telah diciptakan berdasarkan imej Tuhan. Malahan, mereka adalah satu-satunya perkara yang telah diciptakan langsung oleh Tuhan yang Mutlak. Setiap perkara dan setiap individu-individu lain yang wujud setelahnya adalah telah diciptakan oleh mereka. Ianya telah diriwayatkan daripada mereka yang mana mereka (Daripada Mereka Salam) telah berkata: “Kami adalah ciptaan dari Tuhan kami dan manusia selepas itu merupakan penciptaan dari kami.” Muhammadlah yang telah membersihkan Rumah Tuhan daripada berhala-berhala bathil dan tuhan-tuhan bathil dan Ali adalah orang yang telah dilahirkan di dalam Baitullah (Rumah Allah). Ali adalah satu-satunya manusia yang pernah dilahirkan di dalam Kaabah. Ali juga adalah satu-satunya manusia yang telah dibesarkan sendiri oleh Muhammad (SAWAS) dan diletakkan di atas kepala baginda dan duduk di bahunya di dalam Kaabah yang Suci. Ianya adalah Muhammad dan Ali dan Al-Hassan dan Al-Hussein (Dari Mereka Salam), yang telah kembali sebagai dua belas Imam dan mereka merupakan satu cahaya. Hakikatnya Cop Mohor Muhammad boleh dibaca sebagai, “Muhammad Utusan dari Allah” tetapi ia juga boleh dibaca sebagai: “Allah adalah Utusan dari Muhammad.” Ini mengarah kepada kedatangan Tuhan dalam Penciptaan. Di bawah ini adalah imej kepada cop mohor yang terkenal tersebut. Rajah 1: Cop Mohor Muhammad (SAWAS) Suatu hari Aba-Mikael (AS) dan seorang mukmin telah berbincang tentang apa maksudnya dengan mengenal Tuhan berdasarkan huruf-huruf Arab di dalam ayat: “Tiada tuhan melainkan Tuhan (Allah).” Aba Mikael (AS) telah berkata, “Saudaraku, adakah kamu tahu siapa itu Tuhan? Tuhan yang ‘tiada Tuhan melainkan Dia’, Tuhan yang ‘tiada Tuhan melainkan Tuhan’. Di dalam ayat, ‘tiada Tuhan melainkan Allah,’ berapa banyakkah huruf di dalam ayat tersebut (dalam bahasa Arab)?” Orang mukmin itu berkata, “Dua belas.” Aba Mikael (AS) bertanya, “Siapakah yang terbaik di antara mereka?” Orang mukmin itu membalas, “Ali bin Abi Talib (AS).” Aba Mikael (AS) bertanya, “Dan siapakah selepasnya?” Orang mukmin itu berkata, “Al-Hassan dan Al-Hussein (Salam Kepada Mereka).” Aba Mikael (AS) berkata, “Bagus, Tuhan ada di dalam mereka dan mereka ada di dalam-Nya. Imam-imam dua belas, kesemua mereka.” Kesemua dua belas Imam telah datang dan pergi melainkan Imam kedua belas dan terakhir, iaitu Imam Al-Mahdi (SAWAS). Beliau dinamakan sebagai Baqiyatullah, iaitu baki bahagian dari Allah. Ini adalah kerana kesemua yang lain dari dua belas bahagian Tuhan dalam Penciptaan telah pergi dan beliau adalah Imam yang tersisa daripada mereka, iaitu bahagian terakhir yang tinggal daripada cahaya yang asal itu. Walaupun terdapat banyak perubahan yang telah dibuat pada syariat di dalam Perjanjian baru ini, bahagian yang paling penting daripada Perjanjian Muhammad tersebut adalah bahawa baginda telah menerapkan amalan menunaikan haji ke Baitullah sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup. Orang Islam perlu melakukan haji dengan melawat Baitullah dan berikrar taat setia kepada batu hitam (hajarul aswad). Mengelilingi (tawaf) Kaabah dimulakan di batu hitam di mana perlakuan pertama oleh jemaah haji adalah dengan meletakkan tangan kanan mereka dan menyentuh atau menuding jari kepada batu hitam tersebut. Batu ini melambangkan tangan Tuhan, dan ia mewakili Sang Pembangkit/Al-Qaim dari Keluarga Muhammad (SAWAS). Keseluruhan ibadah Haji melambangkan ikrar taat setia kepada Tuhan melalui ikrar kesetiaan kepada Al-Qaim dari Keluarga Muhammad (SAWAS). Muhammad (SAWAS) telah bawakan Keluarga baginda kepada kita, iaitu Imam-imam dua belas, yang merupakan manifestasi sempurna Tuhan dalam Penciptaan. Kitab Suci al-Qur’an telah menyebutkan dan menekankan tanggungjawab kita terhadap mereka, berulang kali: “...Dan Allah hanya mahu menghilangkan semua kekotoran dari kamu, wahai Ahlul-Bait, dan untuk menyucikan kamu dengan sebersih-bersih penyucian.” Di sini kita sedar bahawa Tuhan dengan terangnya memberitahu kita bahawa Keluarga Muhammad (SAWAS), yang seringkali dirujuk sebagai “Keluarga Tuhan,” adalah sepenuhnya disucikan. Oleh itu, mereka pada hakikatnya, bersih dan suci daripada benih syaitan dan tidak mempunyai sebarang kekotoran daripada Syaitan atau Qabil di dalam mereka. Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) telah berkata: “Tuhan telah menciptakan kami daripada cahaya Kekuatan-Nya dan kemudian Dia ciptakan kami daripada tanah liat yang terpelihara yang ada di bawah takhta, dan Dia telah menjadikan cahaya tersebut sebati di dalam kami dan kami telah diciptakan sebagai makhluk-makhluk cahaya dan tiada sesiapa yang berkongsi dalam keserupaan dari apa yang telah Dia ciptakan kami darinya, dan Dia telah ciptakan roh-roh pengikut-pengikut (Syiah) kami daripada tanah liat kami dan tubuh-tubuh mereka adalah daripada satu tanah liat yang terpelihara di bawah tanah liat tersebut, dan Tuhan tidak membuat untuk sesiapa pun walau sebahagian dalam keserupaan dari apa yang telah Dia ciptakan mereka, melainkan para Nabi, dan kerana sebab itulah kami dan mereka adalah Orang (manusia sebenar) dan yang lainnya (yang nampak seperti) manusia, menjadi binatang buas yang berada di dalam api dan kepada api.” Di sini kita lihat bahawa tubuh-tubuh para Nabi, Rasul-rasul, dan pengikut-pengikut setia (syiah) dari Keluarga Muhammad (Ahlul-Bait) adalah semuanya disucikan dan tidak sepertimana benih dari syaitan. Kecintaan kepada Keluarga Muhammad (Ahlul-Bait) menjadikannya sebagai penyuci, pengenal, dan pembeza di antara anak-anak Adam dengan anak-anak Qabil. Anak-anak Adam (AS) diwajibkan di dalam Perjanjian Keenam untuk memenuhi ikrar kesetiaan yang mereka telah buat kepada Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam). Kerana arahan utama yang Muhammad telah berikan kepada mereka adalah untuk mencintai Keluarga baginda dan mematuhi mereka. Tanggungjawab bani Adam terhadap Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) adalah mereka mesti mengutamakan Ahlul-Bait berbanding diri mereka sendiri sebagaimana yang mereka telah lakukan terhadap Muhammad, dan segala yang mereka telah berikan kepada Muhammad, mereka perlu berikan juga kepada Keluarga baginda. Sebagaimana Muhammad (SAWAS) telah sabdakan pada hari Ghadir Khum: “Sesiapa yang menjadikan aku Maulanya, maka Ali adalah Maulanya.” Terdapat juga cukai yang dipanggil sebagai Seperlima (khumus) yang telah dilaksanakan yang secara literalnya bersamaan dengan satu perlima daripada pendapatan seseorang. Cukai ini perlu diberikan oleh setiap mukmin kepada Nabi dan para Imam selepas baginda dan disimpan di dalam perbendaharaan (baitul-mal atau tabung dana) bagi negara tersebut. Duit ini telah digunakan untuk perbelanjaan negara atau apa sahaja yang Nabi atau Imam rasakan perlu. Di dalam Kitab Suci al-Qur’an cukai dua puluh peratus ini telah disebutkan di dalam ayat berikut: “Ketahuilah yang apa sahaja harta yang kamu dapat, satu perlimanya adalah milik Tuhan, Rasul, kerabatnya, anak-anak yatim, yang memerlukan, dan mereka-mereka yang memerlukan duit semasa dalam satu perjalanan musafir. (Ini adalah undang-undang) jika kamu beriman kepada Tuhan dan dengan apa yang telah Kami dedahkan kepada Hamba Kami pada Hari Pemisah (Badr) ketika para tentera bersemuka antara satu sama lain. Tuhan berkuasa ke atas segala perkara.” Nabi Muhammad (SAWAS) telah menerapkan beberapa bentuk amalan bagi menyucikan para mukmin daripada kekotoran Qabil dari sudut sosial, kewangan, dan tabiat pemakanan, norma-norma, dan amalan-amalan. Pertamanya, baginda telah menubuhkan lima solat berukun (solat) supaya dapat menyucikan hati manusia daripada kekotoran cara-cara Qabil. Yang kedua, mengenakan cukai seperlima (khumus) dan sedekah (zakat) yang dapat menyucikan duit-duit manusia daripada kekotoran dari cara-cara Qabil. Yang ketiga, ibadah puasa (siyam) telah ditetapkan untuk mengajar kawalan-diri, berempati dengan orang-orang yang kelaparan, dan untuk menyucikan jasad seseorang daripada makanan yang telah tercemar dalam apa-apa bentuk pun dari cara-cara Qabil. Kecintaan dan kepatuhan kepada Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) hanya dapat dicapai oleh seseorang yang merupakan dari keturunan Adam (AS). Ibadah-ibadah di dalam Islam telah dibentuk untuk menyingkirkan saki-baki Syaitan yang terdapat dalam diri seseorang itu dan untuk menyerlahkan kesucian Adam dari dalam dirinya. Setiap makhluk ciptaan, termasuklah keturunan dari Qabil, akan mendapat satu peluang untuk membersihkan diri mereka melalui kecintaan kepada Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) dan berubah menjadi seseorang yang dari keturunan Adam (AS). Keturunan zikal tidak lagi penting di dalam Perjanjian ini. Sebagaimana Muhammad (SAWAS) telah tunjukkan ketika baginda bersabda: “Salman adalah dari kami, Ahlul-Bait.” Kemuncak matlamat kepada semua penciptaan adalah untuk menjadi sebahagian daripada satu keluarga roh yang bersatu, iaitu Keluarga Tuhan (Ahlul-Bait). Allah telah mengarahkan Muhammad untuk menyatakan: “Katakanlah: “Aku tidak meminta dari kamu untuk ini sebarang ganjaran melainkan kecintaan terhadap kerabat terdekat.” Terdapat rimbunan riwayat yang menekankan tentang kepentingan untuk mencintai, mematuhi, dan mengambil Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) sebagai pemimpin. Nabi telah menyamakan layanan terhadap mereka sama dengan layanan terhadap baginda, kerana baginda telah bersabda: “Fatimah adalah dariku, sesiapa yang menyakitinya telah menyakitiku dan sesiapa yang menyakitiku telah menyakiti Tuhan, dan sesiapa yang menyakiti Tuhan maka ke atasnyalah laknat Tuhan, laknat yang memenuhi langit dan bumi.” Baginda juga telah bersabda: “Wahai Ali, tiada siapa yang mencintaimu melainkan seorang mukmin dan tiada siapa yang membencimu melainkan seorang munafik.” Sekarang kita tahu bahawa penerimaan terhadap Lingkungan Penjagaan (Wilayah) dari Keluarga Muhammad adalah cara yang membolehkan kita untuk membezakan di antara anak-anak Iblis dan Qabil berbanding dengan anak-anak Adam (AS). Hanya anak-anak Adam (AS) yang mampu menerima Lingkungan Penjagaan (Wilayah) dari Keluarga Muhammad. Anak-anak Qabil tidak mampu menerimanya. Ianya adalah mustahil bagi seorang anak Qabil untuk memiliki kecintaan terhadap Ali dan anak-anaknya (Dari Mereka Salam). Walau bagaimanapun, anak-anak Qabil mampu menerima Lingkungan Penjagaan (Wilayah) dari Muhammad (SAWAS). Kerana itu, kita lihat bahawa, pada masa hayat Muhammad (SAWAS), terdapat puluhan ribu orang-orang yang beriman dengan baginda. Namun setelah baginda wafat, hanya segelintir yang menyokong dan kekal bersama dengan Ali (Darinya Salam). Sebabnya adalah bahawa Muhammad (SAWAS) hanya melaksanakan sebahagian kecil daripada agama. Baginda telah hadir sebagai suatu rahmat untuk seluruh alam, malahan juga kepada anak-anak Qabil. Perjanjian Keenam menawarkan satu peluang kepada semua untuk berada di bawah pemerintahan dan Lingkungan Penjagaan Tuhan melalui Muhammad, dalam apa jua cara, bentuk, atau rupa, asalkan mereka tunduk kepada kekuasaan baginda. Perkara tersebut yang tidak dapat baginda laksanakan semasa hayat hidupnya akan ditangguhkan sehingga ke masa yang akan datang. Seandainya manusia telah mentaati dan menerima Lingkungan Penjagaan (Wilayah) dari Tuhan ini, atau dari Keluarga Muhammad ini, mereka sepatutnya telah menerima bahagian-bahagian lain yang tersisa dari agama itu. Namun begitu, oleh kerana mereka tidak menerimanya, dan malahan, mereka terus merancang untuk menentang Keluarga Muhammad, dan membunuh mereka, maka umat manusia dan khususnya bangsa Arab, telah melanggar Perjanjian Muhammad. Bangsa Arab telah menunggu setiap pewaris dari Keluarga Muhammad untuk dilahirkan agar mereka dapat memenjarakan atau membunuh mereka. Sememangnya, mereka telah membunuh kesemua Imam, seorang demi seorang, melainkan Imam Kedua Belas, iaitu Muhammad ibn Al-Hassan Al-Askari, Al-Mahdi (SAWAS) yang telah ghaib sejak dari kecil. Imam Al-Mahdi (SAWAS) telah menghantarkan ramai utusan di sepanjang 1,200 tahun yang lalu dan telah cuba untuk membimbing umat manusia. Namun, kebanyakan Utusan telah didustakan, dibunuh atau diseksa. Imam Mahdi (SAWAS) tidak lagi akan menjadi bapa zikal kepada pewarisnya, sebagaimana para pendahulunya (Imam-imam sebelumnya), tetapi sebaliknya Tuhan telah memutuskan untuk menghantar roh-roh dari Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) ke dalam jasad-jasad yang kelihatan seperti rawak, dan tidak dapat dikesan, supaya dapat menyembunyikan dan melindungi identiti mereka daripada benih Iblis. Pewaris pertama daripada para pewaris yang dihantarkan dengan cara ini ialah Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam). Beliau telah mengisytiharkan dirinya sebagai anak dan Utusan daripada Imam Muhammad ibn Al-Hassan Al-Mahdi (SAWAS) dan Tuhan telah menubuhkan sebuah Perjanjian baru dengan beliau. Sebuah Perjanjian Ketujuh dan Terakhir, di mana beliau akan menyebarkan bahagian-bahagian dari agama yang masih berbaki. Walaupun Perjanjian Muhammad (SAWAS) kelihatan seperti perjanjian yang paling mudah bagi sesetengah orang, ia sebenarnya yang paling sukar berbanding semua perjanjian lain. Kerana prasyarat untuk berpegang kepada Perjanjian tersebut adalah dengan mematuhi Ali dan anak-anaknya dengan ketaatan yang sama sebagaimana seseorang itu akan lakukan terhadap Tuhan Yang Maha Kuasa dan bersedia mengorbankan seluruh hidup mereka untuk Ahlul-Bait. “Sememangnya, Tuhan telah membeli dari orang-orang mukmin nyawa dan harta mereka (sebagai pertukaran) untuk itu mereka akan beroleh syurga. Mereka berjihad di jalan Tuhan, maka mereka membunuh dan terbunuh. [Itu adalah] satu janji yang benar [yang ditetapkan] ke atas-Nya di dalam Taurat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih benar terhadap Perjanjian-Nya selain Tuhan? Maka bergembiralah dengan transaksi kamu yang telah kamu akadkan. Dan itulah kejayaan yang besar.” Jadi anak-anak Adam terlebih dahulu mestilah beriman kepada Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam), dan keimanan yang sempurna adalah dengan sepenuhnya mentaati tanpa sebarang persoalan atau keraguan. Kemudiannya, mereka mestilah sanggup mempersembahkan kepada Tuhan harta mereka, kesihatan mereka, pasangan mereka, anak-anak mereka, dan diri mereka serta semua yang mereka miliki demi agama. Ini bukanlah satu tugas yang mudah. Tetapi sebagaimana Isa (AS) pernah katakan: “Barangsiapa yang menyayangi ayah atau ibunya lebih daripadaku maka dia tidak layak bagiku; barangsiapa yang menyayangi anak lelakinya atau anak perempuannya lebih daripadaku, maka dia tidak layak bagiku.” Muhammad dan Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) adalah lebih baik berbanding kesemua para Nabi dan Rasul. Mereka adalah cerminan dan manifestasi sempurna Tuhan dalam Penciptaan (Allah l-khalq).


Catat Ulasan