PERJANJIAN KETIGA (IBRAHIM AS)

“Ibrahim telah bertanya, ‘Bagaimana dengan keturunanku?’Tuhan menjawab, ‘Perjanjian-Ku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang zalim.’ ”

Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) telah berkata: “Apabila Qabil melihat api menerima tawaran korban dari Habil, Iblis pun berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya Habil telah menyembah api itu’ kerana itu Qabil berkata: ‘Aku tidak menyembah api yang disembah oleh Habil, tetapi aku menyembah api yang lain dan aku menawarkannya korban dan ia menerima korbanku,’ lalu dia membina rumah-rumah api dan mempersembahkan korban kepadanya, dan Qabil tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang Tuhan, dan keturunan Qabil tidak mewarisi apa-apa daripada Qabil melainkan amalan penyembahan api.[1] Ini adalah bukti bahawa Adam (AS) tidak menganggap Qabil sebagai anaknya dan Adam tidak pernah mengajarkan Qabil apa-apa pun tentang agama. Api memainkan peranan penting di dalam agama-agama Ilahi sejak dari permulaan dengan kisah Adam, dan korban yang dipersembahkan oleh Qabil dan Habil, dan api terus memainkan peranan penting dalam kedua-duanya, dalam agama ilahi sebenar dan begitu juga dengan agama-agama bathil, dan dengan kekeliruan yang manusia ada terhadap kedua-duanya. Sebagai contoh, agama Zoroaster, Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah berkata: “Agama itu telah ditubuhkan oleh Nabi Zoroaster (AS) dan agama tersebut dinamakan sempena nama Zoroaster oleh pengikut-pengikutnya selepasnya.” Mereka bukanlah penyembah api; namun, keturunan Qabil selepasnya beranggapan bahawa Zoroaster adalah seorang penyembah api sepertimana bapa mereka Qabil telah menganggap sedemikian tentang Adam, dan mereka menyelewengkan agama dan manusia menjadi keliru dalam hal ini. Kini ramai yang menganggap bahawa pengikut Zoroaster adalah para penyembah api.

Nabi Zoroaster (AS) adalah salah seorang Nabi yang berada di atas syariat Nuh (AS) dan oleh sebab itu, api memainkan satu peranan yang penting. Sebegitu juga, umat manusia pada zaman Namrud (Semoga Tuhan melaknatnya), berada di atas sisa-sisa agama Qabil; oleh itu, anda juga mendapati api mempunyai satu peranan yang penting di dalam agama Namrud. Kita dapati bahkan Namrud melemparkan Ibrahim ke dalam api sebagai satu tawaran korban. Namrud cuba untuk memaksa Ibrahim menyembah api tetapi apabila beliau menolak, beliau dilemparkan secara paksa ke dalam api. Namun begitu, tawaran korban dari Namrud tidak diterima dan api tidak membakar Ibrahim, sama sebagaimana ia tidak membakar dan menerima tawaran korban daripada moyang Namrud, iaitu Qabil (Semoga Tuhan melaknat mereka). Terdapat Midrash Yahudi (riwayat Rabai) yang menyatakan:

Beliau [Ibrahim] telah diserahkan kepada Namrud. [Namrud] berkata kepadanya: Sembahlah Api! Ibrahim berkata kepadanya: “Patutkah aku menyembah air, yang memadamkan api!” Namrud berkata kepadanya: “Sembahlah air! [Ibrahim] berkata kepadanya: “Jika demikian, patutkah aku menyembah awan, yang membawa air itu?” [Namrud] berkata kepadanya: “Sembahlah awan itu!” [Ibrahim] berkata kepadanya: “Jika demikian, patutkah aku menyembah angin, yang menyelerakkan awan?” [Namrud] berkata kepadanya: “Sembahlah angin itu!” [Ibrahim] berkata kepadanya: “Dan patutkah kita menyembah manusia, yang mampu menahan angin?” Berkatalah [Namrud] kepadanya: “Kamu menimbunkan ayat demi ayat, aku tidak tunduk kepada apa-apa pun melainkan api—ke dalamnya aku akan melemparkan kamu, dan biarlah Tuhan yang kamu tunduk kepadanya datang dan menyelamatkan kamu darinya! Haran [saudara Ibrahim] sedang berdiri di situ. Dia berkata [kepada dirinya]: “Apa yang harus aku lakukan? Jika Ibrahim menang, aku akan berkata: ‘Aku adalah dari [pengikut] Ibrahim,’ jika Namrud menang aku akan berkata ‘Aku adalah dari [pengikut] Namrud.’ ” Apabila Ibrahim masuk ke dalam unggun api tersebut dan terselamat, Haran pun ditanya: “Kamu [pengikut] siapa?” dan dia menjawab: “Aku di pihak Ibrahim!” [Kemudian] mereka menangkapnya dan melemparkannya ke dalam unggun api, dan perutnya terburai dan dia mati dan telah mati mendahului Terakh, bapanya.[2]

Namrud adalah seorang anak dari Kanaan dan Kanaan adalah seseorang yang berketurunan dari Qabil dan Iblis (Semoga Tuhan melaknat mereka). Perjanjian Kedua dengan Tuhan berakhir kerana percubaan Namrud untuk membunuh Ibrahim (AS). Akibatnya, Tuhan menubuhkan sebuah Perjanjian Ketiga dengan Ibrahim (AS). Tuhan kemudian menurunkan hukuman ke atas Namrud dan kaumnya. Semasa era itu, semua penduduk Bumi bercakap dengan hanya satu bahasa; namun, orang-orang Babilon telah mencabar Tuhan dengan ingin mencipta nama untuk diri mereka sendiri dan meneruskan untuk membina sebuah menara gergasi, ‘dengan puncaknya di langit,’ [3] iaitu menara Babel. Tuhan telah menundukkan mereka dengan memusnahkan menara Babel tersebut, dan menghapuskan Namrud dengan hanya melalui seekor serangga kecil. Lebih-lebih lagi, Tuhan mengelirukan bahasa umat manusia pada ketika itu dan menyerakkan mereka kepada pelbagai bangsa, suku, dan kaum.

Zayd Al-Shaham telah meriwayatkan daripada Aba Abdillah (Darinya Salam) yang berkata: “Aku telah mendengar beliau (Aba Abdillah) berkata: ‘Sesungguhnya Tuhan (Yang Maha Berkah dan Maha Tinggi) telah menjadikan Ibrahim seorang hamba sebelum dia menjadikan beliau seorang Nabi, dan Tuhan telah menjadikan beliau seorang Nabi sebelum dia menjadikan beliau seorang Rasul, dan Tuhan menjadikan beliau seorang Rasul sebelum mengambilnya sebagai seorang Sahabat, dan Tuhan telah mengambilnya sebagai seorang Sahabat sebelum menjadikan beliau seorang Imam, lalu ketika Tuhan menyempurnakan semua perkara ini untuknya, Dia berkata: ‘Wahai Ibrahim! Aku menjadikanmu seorang Imam untuk umat manusia!’ dan kerana betapa


MatlamatSangBijaksana

besarnya perkara itu di mata Ibrahim, beliau bertanya: ‘Bagaimana dengan keturunanku?’ dan Tuhan menjawab: ‘Perjanjian-Ku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang zalim.’ [4]Di dalam Kitab Kejadian (Bab 17):

Ketika Abram berumur sembilan puluh sembilan tahun, Tuhan telah tampilkan diri kepadanya dan berfirman, “Akulah Tuhan Yang Maha Kuasa; berjalanlah di hadapanku dengan kesetiaan dan tanpa celaan. Kemudian aku akan membuat perjanjianku di antara aku dan kamu dan akan banyak meningkat bilanganmu.” Abram menundukkan wajahnya, dan Tuhan berfirman kepadanya, “Adapun bagiku, inilah perjanjianku dengan kamu: Kamu akan menjadi bapa kepada banyak bangsa. Kamu tidak lagi akan dipanggil sebagai Abram (אַבְרָם); namamu akan menjadi Ibrahim (אַבְרָהָם), kerana aku telah menjadikan kamu bapa kepada banyak bangsa. Aku akan menjadikan kamu sangat subur; Aku akan menjadikan bangsa-bangsa darimu, dan raja-raja akan dilahirkan daripadamu. Aku akan menubuhkan perjanjianku sebagai sebuah perjanjian yang kekal abadi di antara aku dan kamu serta keturunanmu selepasmu untuk generasi-generasi yang akan datang, untuk menjadi Tuhanmu dan Tuhan kepada keturunanmu selepasmu. Seluruh tanah Kanaan, tempat di mana kamu diami sekarang sebagai orang asing, akan aku berikan sebagai hak milik kekal kepadamu dan keturunanmu selepasmu; dan aku akan menjadi Tuhan mereka.” Kemudian Tuhan berfirman kepada Ibrahim, “Adapun untuk kamu, kamu harus berpegang kepada perjanjianku, kamu dan keturunanmu selepasmu untuk generasi-generasi yang akan datang. Inilah perjanjianku dengan kamu dan dengan keturunanmu selepasmu, perjanjian yang mesti kamu pegang adalah: Setiap lelaki di kalangan kamu mesti berkhatan. Kamu perlu berkhatan, dan ianya akan menjadi tanda perjanjian di antara aku dan kamu. Untuk generasi-generasi yang akan datang, setiap lelaki di kalangan kamu yang berumur lapan hari mestilah dikhatankan, termasuklah mereka-mereka yang lahir dari ahli keluargamu atau yang dibeli dengan wang daripada orang asing—mereka yang bukan dari keturunanmu. Sama ada yang dilahirkan dari ahli keluargamu atau yang dibeli dengan wangmu, mereka semuanya mesti berkhatan. Perjanjianku pada dagingmu akan menjadi sebuah perjanjian yang kekal abadi. Mana-mana lelaki yang tidak berkhatan, yang tidak dikhatankan pada dagingnya, akan disingkirkan daripada kaumnya; kerana dia telah melanggar perjanjianku.” Tuhan juga telah berfirman kepada Ibrahim, “Adapun untuk Sarai (שָׂרַ֣י) isterimu, kamu tidak lagi akan memanggilnya sebagai Sarai (שָׂרַ֣י), namanya akan menjadi Sarah (שָׂרָ֖ה). Aku akan berkatinya dan pasti akan berikan kamu seorang anak lelaki daripadanya. Aku akan berkatinya supaya dia akan menjadi ibu bagi pelbagai bangsa; raja-raja kepada pelbagai kaum akan lahir daripadanya.” Ibrahim tertunduk; beliau tertawa dan berkata kepada dirinya sendiri, “Bolehkah seorang anak lelaki dilahirkan dari seorang lelaki yang berumur seratus tahun? Bolehkah Sarah mengandungkan anak pada usia sembilan puluh tahun?” Dan Ibrahim berkata kepada Tuhan, “Seandainya Ismail dapat hidup di bawah keberkatanmu!” Kemudian Tuhan berfirman, “Ya, tetapi isterimu Sarah akan mengandungkan untukmu seorang anak lelaki, dan kamu akan menamakannya Ishak. Aku akan menubuhkan perjanjianku dengannya sebagai sebuah perjanjian yang kekal abadi bagi keturunannya selepasnya. Dan untuk Ismail, aku telah mendengar permintaanmu: Aku pasti akan memberkatinya; Aku akan menjadikannya subur dan akan bertambah banyak bilangannya. Dia akan menjadi bapa kepada dua belas pemerintah, dan aku akan menjadikannya satu umat yang hebat. Tetapi perjanjianku yang aku akan tubuhkan dengan Ishak, yang Sarah akan kandungkan untukmu pada waktu yang sama tahun hadapan.” Apabila dia telah selesai berbicara dengan Ibrahim, Tuhan pun pergi darinya. Pada hari itu juga Ibrahim telah mengambil anaknya Ismail dan semua yang telah lahirkan dari ahli keluarganya atau yang telah dibeli dengan wangnya, setiap lelaki dari kalangan ahli rumahnya, dan mengkhatankan mereka, sebagaimana yang Tuhan telah beritahunya. Ibrahim berumur sembilan puluh sembilan tahun semasa beliau dikhatankan, dan anaknya Ismail berumur tiga belas tahun; Ibrahim dan anaknya Ismail kedua-duanya telah berkhatan pada hari itu juga. Dan setiap lelaki dari ahli keluarga Ibrahim, termasuklah mereka-mereka yang lahir dari ahli keluarganya atau yang telah dibeli daripada orang asing, telah dikhatankan bersama dengan beliau.[5]

Sebagaimana Tuhan telah mengambil Perjanjian dengan Adam (AS) dan keturunannya dan dengan Nuh (AS) dan keturunannya, Tuhan telah juga membuat Perjanjian Ketiga dengan Ibrahim dan keturunannya. Walaubagaimanapun, Tuhan telah menjelaskan bahawa Perjanjian ini hanya akan dijanjikan dengan orang-orang yang soleh daripada keturunan beliau, dan ianya tidak termasuk mereka yang berasal dari Iblis dan Qabil. Tuhan telah berikan Ibrahim (AS) satu tanda khusus untuk Perjanjian mereka dan ianya adalah berkhatan. Berkhatan sentiasa menjadi satu tanda yang pelik yang para ulama telah gagal untuk jelaskan mengapa tanda khusus dan spesi k ini telah menjadi satu tanda yang telah dipilih oleh Tuhan untuk Ibrahim dan keturunannya. Tanda kepada Perjanjian Adam dulunya adalah pohon, tanda Perjanjian Nuh adalah pelangi, dan tanda kepada Perjanjian Ibrahim adalah berkhatan.

Berkhatan dilakukan di kawasan organ pembiakan lelaki dan kawasan ini sentiasa ditutupi oleh pakaian, jadi untuk siapakah tanda ini? Tanda tersebut adalah untuk wanita-wanita di bawah Perjanjian Ibrahim, anak-anak perempuan Adam (AS), dan keturunan Adam (AS); supaya mereka dapat mengenali siapakah suami-suami mereka sebelum membenarkan suami mereka masuk ke dalam mereka. Adakah suami mereka anak-anak Adam (AS) atau adakah suami mereka anak-anak Qabil yang menyamar? Ini adalah satu tanda supaya Iblis dan anak-anak lelakinya tidak dapat memperdaya mereka sebagaimana mereka telah memperdaya Hawa sebelum ini.

Perjanjian baru dan syaratnya, iaitu berkhatan, adalah menjadi kesukaran bagi umat manusia pada zaman itu. Tuhan telah menjadikan berkhatan sebagai satu penyucian untuk keturunan mereka daripada bersatu dengan anak-anak lelaki Iblis kerana Iblis dan benihnya tidak berkhatan. Isa (AS) telah menjelaskan perkara ini ketika beliau menyebutkan di dalam Injil Barnabas:

Dan lihatlah! Seorang wanita Kanaan bersama dua anak lelakinya, yang telah keluar dari negaranya sendiri untuk mencari Jesus. Setelah melihat beliau datang dengan murid-muridnya, dia pun berteriak: “Jesus, anak Daud, kasihanilah anak perempuanku, yang sedang dirasuk oleh syaitan!” Jesus tidak menjawab walau sepatah kata pun, kerana mereka adalah bangsa yang tidak berkhatan. Murid-muridnya merasa kasihan, dan berkata: “Wahai tuan guru, kasihanilah mereka! Lihatlah betapa mereka menangis dan merintih!” Jesus menjawab: “Aku tidak diutus selain kepada bangsa Israel.” Kemudian wanita itu, bersama anak-anak lelakinya, pergi ke hadapan Jesus sambil merintih seraya berkata: “Wahai anak Daud, kasihanilah aku!” Jesus menjawab: “Ianya tidak elok untuk mengambil roti dari tangan kanak-kanak dan berikannya kepada anjing-anjing.” Dan ini dikatakan sebegitu oleh Jesus atas sebab kekotoran mereka, kerana mereka adalah dari orang-orang yang tidak berkhatan. Wanita itu menjawab: “Wahai Tuan, anjing-anjing juga memakan serpihan-serpihan yang terjatuh dari meja tuan mereka.” Kemudian Jesus terpesona dengan kata-kata wanita itu, dan berkata: “Wahai wanita, betapa hebatnya imanmu.” Dan sambil mengangkat tangannya ke langit beliau berdoa kepada Tuhan, dan kemudian beliau berkata: “Wahai wanita, anak perempuanmu telah dibebaskan, pulanglah dengan tenang.” Wanita itu pun berangkat, dan pulang ke rumahnya menemui anak perempuannya, yang telah diberkati Tuhan. Yang mana wanita itu berkata: “Sesungguhnya tidak ada Tuhan lain melainkan Tuhan Israel.” Dengan segera semua sanak saudaranya turut serta berpegang kepada hukum [Tuhan], berdasarkan hukum yang telah tertulis di dalam kitab Musa. Murid-muridnya telah mempersoalkan Jesus pada hari itu, dengan berkata: “Wahai tuan guru, mengapakah engkau menjawab sebegitu kepada wanita itu, dengan mengatakan bahawa mereka adalah anjing?” Jesus pun menjawab: “Sesungguhnya aku katakan kepadamu bahawa seekor anjing lebih baik daripada seorang lelaki yang tidak berkhatan.” Kemudian murid-muridnya merasa berdukacita, seraya berkata: “Kerasnya kata-kata ini, dan siapakah yang mampu menerimanya?” Jesus menjawab: “Jika kamu pertimbangkan, wahai orang-orang bodoh, apa yang anjing buat, dengan tanpa alasan, adalah untuk berkhidmat kepada tuannya, kamu akan dapati kata-kataku benar. Beritahu aku, adakah anjing menjaga rumah tuannya, dan mempertaruhkan nyawanya terhadap perompak? Ya, sudah pasti. Tetapi apa yang ia terima? Pukulan dan kecederaan yang banyak untuk hanya sedikit roti, dan ia sentiasa menunjukkan kepada tuannya wajah yang ceria. Betul tak?” “Benar, tuan guru,” jawab murid-muridnya. Kemudian Jesus berkata: “Sekarang cuba nilaikan betapa banyak yang telah Tuhan berikan kepada lelaki, dan kamu akan melihat betapa teruknya dia kerana dia tidak mengambil berat tentang perjanjian yang telah dibuat oleh Tuhan dengan Ibrahim, hambanya. Ingatlah apa yang Daud telah ucapkan kepada Saul raja kepada Israel, terhadap Goliath orang Filistin: ‘Tuanku,’ kata Daud, ‘ketika hambamu ini sedang menggembala haiwan-haiwan ternakan kepunyaan hambamu ini; serigala, beruang, dan singa telah datang dan menangkap domba-domba hambamu: lalu hambamu telah pergi dan membunuh mereka, untuk menyelamatkan domba-domba tersebut. Maka apakah orang-orang yang tidak berkhatan ini bukan seperti mereka? Oleh itu bolehkah hambamu ini pergi ke sana atas nama Tuhan Israel, dan membunuh orang kotor itu yang menghujat umat Tuhan yang kudus.’ ” Kemudian murid-murid itu berkata: “Beritahu kami, wahai tuan guru, atas alasan apakah yang lelaki perlu berkhatan?” Jesus menjawab: “Cukuplah bagimu untuk mengetahui bahawa Tuhan telah memerintahkannya kepada Ibrahim, dengan berfirman: ‘Ibrahim, khatanlah kulupmu beserta seluruh ahli rumahmu, kerana ini adalah sebuah perjanjian antara aku dan kamu selama-lamanya.’” Dan setelah berkata demikian, Jesus pun duduk berdekatan gunung yang mereka lihat ke arahnya. Dan murid-muridnya datang duduk di sebelahnya untuk mendengar kata-kata beliau. Kemudian Jesus berkata: “Adam adalah manusia pertama yang termakan, dengan helah Syaitan, makanan yang telah dilarang oleh Tuhan di syurga, dagingnya memberontak terhadap rohnya; di mana beliau telah bersumpah, dengan berkata: ‘Demi Tuhan, aku akan memotongmu!’ Dan setelah memecahkan seketul batu, beliau memegang dagingnya untuk memotongnya dengan serpihan batu yang tajam: di mana beliau telah ditegur oleh malaikat Jibrail. Dan beliau menjawab: ‘Aku telah bersumpah demi Tuhan untuk memotongnya; aku tidak akan pernah menjadi seorang pendusta!’ Kemudian malaikat itu menunjukkan kepadanya lebihan dagingnya, dan itulah yang beliau potong. Dan dengan itu, sebagaimana setiap lelaki membuang dagingnya kerana daging Adam, maka terikatlah orang itu untuk memastikan anak-anak lelakinya, dari generasi ke generasi, dikenakan kewajiban untuk berkhatan.” [6]

Saya ingin tunjukkan di sini bahawa ini adalah bukti tambahan bahawa dosa awal yang Adam (AS) telah lakukan adalah percubaannya untuk melakukan persetubuhan dengan Fatimah Al-Zahraa (Darinya Salam). Ianya adalah satu dosa dari daging dan secara khususnya merupakan satu dosa seksual. Itulah sebabnya kenapa Adam di sini membalas dendam terhadap organ lelakinya dan memotongnya dengan serpihan batu yang tajam, kerana daging yang memberontak terhadap Tuhan adalah daging dari zakarnya.

Kita teruskan membaca riwayat dari Injil Barnabas:

Namun pada zaman Ibrahim cuma ada sedikit manusia yang berkhatan di muka bumi, kerana telah berlakunya penyembahan berhala yang berlipat ganda di muka bumi. Ketika mana Tuhan telah memberitahu Ibrahim hakikat tentang berkhatan, dan menubuhkan perjanjian ini, dengan berfirman: “Bagi jiwa yang tidak mengkhatankan dagingnya, Aku akan serakkannya dari kalangan umatku buat selama-lamanya.” Murid-murid menjadi gementar ketakutan dengan kata-kata Jesus ini, kerana beliau menyebutnya dengan semangat yang tinggi. Kemudian Jesus berkata: “Tinggalkan ketakutan ini kepada orang yang tidak mengkhatankan kulupnya, kerana dia ditegah dari syurga.” Dan setelah berkata demikian, Jesus kembali berkata: “Banyak roh yang bersedia untuk berkhidmat kepada Tuhan, tetapi jasad yang lemah. Dengan itu orang yang takut akan Tuhan perlu pertimbangkan apakah jasad itu sebenarnya, dan dari mana asalnya, dan di bahagian mana ia perlu dikurangkan. Dari tanah liat bumi ini Tuhan telah ciptakan jasad, dan ke dalamnya dia telah hembuskan nafas kehidupan, dengan satu tiupan ke dalamnya. Dan oleh kerana itu apabila jasad mengelak dari berkhidmat kepada Tuhan, ianya wajiblah dihina dan diinjak-injak seperti tanah liat, kerana sebanyak mana dia membenci dirinya di dunia ini akan menemukannya dalam kehidupan abadi. Apa itu jasad pada ketika ini yang keinginannya membuak-buak— yang ianya adalah satu musuh ketat kepada semua kebaikan: kerana ianya sendiri mendambakan dosa. Maka patutkah manusia demi memuaskan salah satu daripada musuh-musuhnya dengan meninggalkan keredhaan Tuhan, penciptanya? Pertimbangkanlah kamu akan ini: Semua orang-orang kudus dan para nabi telah menjadi musuh kepada jasad mereka demi berkhidmat kepada Tuhan: yang mana sentiasa bersedia dan dengan sukacita mereka menuju kepada kematian mereka, agar tidak melanggar hukum Tuhan yang telah diberikan kepada Musa hambanya, dan daripada pergi berkhidmat kepada tuhan-tuhan palsu dan dusta. Ingatlah kepada Elia, yang melarikan diri ke padang-padang gurun di pergunungan, dengan hanya memakan rumput, dan berpakaian kulit kambing. Ah, sudah berapa hari beliau tidak mendapat walau sesuap makanan! Ah, betapa dingin beliau telah bertahan! Ah, berapa banyak mandian yang membasahinya dan [ianya] terjadi selama tujuh tahun, di mana beliau telah menanggung penganiayaan yang dahsyat daripada Jezebel yang kotor itu! Ingatlah kepada Elisha (Illyasa’), yang hanya memakan roti-barli dan memakai pakaian yang paling kasar. Sesungguhnya aku berkata kepada kalian bahawa mereka tidak takut untuk memandang rendah kepada jasad, yang telah menunjukkan ketakutan terhadap keganasan yang dahsyat terhadap sang raja dan putera-putera raja. Ini sudah mencukupi untuk mensia-siakan jasad, wahai manusia. Tetapi sekiranya kalian menatap ke kuburan, maka kalian akan tahu apa itu hakikat jasad.” [7]

Sekarang ianya jelas kepada kamu mengapa seekor anjing lebih baik daripada mereka-mereka yang tidak berkhatan, kerana seekor anjing itu lebih baik dan lebih suci daripada Iblis dan benihnya. Perjanjian Ibrahim adalah sebuah perjanjian yang istimewa untuknya dan khususnya keturunannya (anak-anak Adam). Tuhan berkehendak untuknya dan keluarganya sebuah negeri yang istimewa dengan tanahnya sendiri seperti Taman Eden, dan Tuhan telah menganugerahkan Ibrahim dan keturunannya tanah dari Sungai Nil sehingga ke Sungai Furat, bermakna Tuhan telah menganugerahkannya kepada Ibrahim, Ishak, Ismail dan kepada bani Israel (Yaakub) selepas mereka (salam kepada mereka semua). Kerana Tuhan telah ber rman: “Tetapi perjanjianku akan aku tubuhkan dengan Ishak.[8] Oleh itu, Ismail dan keturunannya juga dimasukkan ke dalam Perjanjian ini namun umat pilihan Tuhan dalam Perjanjian tersebut adalah merupakan anak-anak kepada Ishak (AS).

Terdapat banyak faktor menarik tentang kisah Ibrahim yang ingin kami tunjukkan. Pertama, kami ingin tunjukkan bahawa Ibrahim telah berkahwin dengan adik perempuannya sendiri, Sarah, yang sebenarnya adalah adik tirinya. Dan ini membuktikan lagi perkara tersebut bahawa perkahwinan di antara adik-beradik dahulunya adalah dibenarkan di dalam Perjanjian Pertama, kerana tidak ada perintah lain melainkan berkembang biak dan tiada larangan melainkan menjauhkan diri dari pohon itu. Dan perkahwinan di antara adik-beradik kekal sah di dalam Perjanjian Nuh, di mana Ibrahim dan Sarah terikat di bawahnya dan ia juga kekal dibenarkan di dalam Perjanjian Ketiga. Di dalam kitab Kejadian, Bab 20, ianya telah menggambarkan bahawa Ibrahim dan Sarah, kedua-duanya merupakan adik-beradik dan juga merupakan suami dan isteri: “Lalu Ibrahim berpindah dari situ ke wilayah Negev dan tinggal di antara Kadesh dan Shur.

Untuk sementara, beliau telah tinggal di Gerar, dan di sana Ibrahim telah mengatakan tentang isterinya Sarah, “Dia adikku.” Kemudian Abimelek, raja Gerar telah mengutuskan seseorang kepada Sarah dan mengambilnya.[9]

Ibrahim sekali lagi mengesahkannya di dalam kitab Kejadian 20:11-12: “Ibrahim menjawab, “Aku berkata kepada diriku, ‘Sememangnya tiada rasa takutkan Tuhan di tempat ini, dan mereka akan membunuhku kerana isteriku.’ Lagipun, dia sememangnya adikku, anak perempuan ayahku dan -walaupun bukan dari ibuku- dan dia telah menjadi isteriku.[10]

Dan di dalam Sahih Bukhari, ianya telah diriwayatkan bahawa Muhammad Rasulullah (SAWAS) telah bersabda: “Ketika Ibrahim (AS) sedang berjalan bersama Sarah, mereka terserempak dengan seorang penindas dari kalangan para penindas dan ianya dikatakan kepadanya: ‘Nampaknya bersama kita di sini ada seorang lelaki yang bersamanya merupakan salah seorang wanita yang sangat cantik, jadi mari kita memanggilnya.’ Dan dia telah bertanya kepada beliau tentang Sarah dan berkata: ‘Siapakah ini?’ Lalu beliau berkata: ‘Adikku.’ [11]

Terdapat juga jenis hubungan seksual lain yang berlaku tidak terlalu jauh dari Ibrahim (AS), termasuklah hubungan homoseksual, di kota Sodom dan Gomorrah, tempat di mana anak saudara Ibrahim diutuskan kepadanya, iaitu Nabi Lut (AS). Dalam kitab Kejadian 18, ia menyatakan bahawa terdapat aduan yang telah diajukan kepada Tuhan terhadap Sodom dan Gomorrah. Dan Tuhan memutuskan untuk menghantar dua Malaikat yang menyamar sebagai lelaki untuk menyiasat: “Kemudian Tuhan berfirman, “Keluhan terhadap Sodom dan Gomorrah sangatlah kuat dan dosa-dosa mereka tersangatlah berat menyebabkan aku akan turun dan melihat adakah apa yang mereka telah lakukan setimpal dengan keluhan yang telah sampai kepadaku. Jika tidak, aku akan mengetahuinya.[12]

Maka di sini telah didedahkan satu fakta penting yang mesti kita ambil perhatian. Kita dapati di sini bahawa penduduk Sodom dan Gomorrah adalah punca keluhan kepada Tuhan. Keluhan adalah satu aduan atau protes yang sangat besar. Oleh kerana orang ramai telah menjadi mangsa kepada penduduk Sodom dan Gomorrah dan mereka mengadu kepada Tuhan tentangnya. Di dalam riwayat Yahudi berikut, dari buku Legends of the Jews, kita dapat melihat sekilas gambaran tentang bagaimanakah kelakuan orang-orang Sodom dan Gomorrah ini:

Penduduk Sodom dan Gomorrah dan tiga kota lain di dataran itu adalah penuh berdosa dan tidak bertuhan. Dalam negara mereka terdapat sebuah lembah yang luas, tempat di mana mereka berkumpul pada setiap tahun dengan isteri dan anak-anak mereka dan semua yang mereka miliki, untuk merayakan satu pesta yang berlangsung selama beberapa hari yang merangkumi pesta seks beramai-ramai yang paling meriah. Jika seorang pedagang asing melintasi wilayah mereka, dia akan dikepung oleh semua mereka, tidak kira besar atau kecil pun sama, dan apa sahaja barangan miliknya akan dirompak. Masing-masing dipersiapkan dengan sebuah bagatel, sehinggalah pengembara itu dibogelkan. Jika mangsa cuba melawan antara satu sama lain, mereka akan menunjukkan kepadanya yang dia telah melakukan perkara yang sia-sia sahaja, yang tidak berbaloi untuk disebut. Dan akhirnya mereka akan mengusirnya keluar dari kota tersebut. Pada suatu ketika ada kejadian di mana ada seorang lelaki yang sedang mengembara dari Elam telah sampai di kota Sodom pada waktu petang. Tiada siapa pun yang dia temui yang dapat memberikannya tempat berteduh pada malam itu. Akhirnya seekor musang licik bernama Hedor menjemputnya dengan mesra dan mengajaknya ikut pulang ke rumahnya. Orang Sodom itu telah tertarik dengan sebuah permaidani indah yang jarang ditemui, yang terikat pada keldai orang asing itu dengan tali. Dia berniat untuk mendapatkannya untuk dirinya sendiri. Pujukan mesra Hedor mendorong orang asing itu untuk tinggal bersamanya selama dua hari, walaupun pada asalnya dia cuma menjangkakan untuk berada di situ semalaman sahaja. Apabila tiba masanya untuk dia meneruskan perjalanannya, dia telah bertanya kepada tuan rumahnya tentang permaidani dan talinya. Hedor berkata: “Kamu telah bermimpi, dan ini adalah tafsiran kepada mimpimu: tali menandakan yang kamu akan mempunyai umur yang panjang, sepanjang seutas tali; permaidani yang berwarna-warni menunjukkan bahawa kamu akan memiliki sebuah kebun di mana kamu akan menanam pelbagai jenis pohon buah-buahan.” Orang asing itu menegaskan bahawa permaidaninya adalah satu realiti, bukannya satu mimpi yang indah, dan dia terus menuntut agar ianya dipulangkan. Hedor bukan sahaja menafikan yang dia telah mengambil apa-apa daripada tetamunya, malah dia berkeras meminta bayaran kerana telah menafsirkan mimpi itu kepadanya. Biasanya harga bagi perkhidmatan sedemikian, katanya, adalah sebanyak empat keping perak, tetapi memandangkan dia adalah tetamunya, dia akan, sebagai satu pertolongan kepadanya, bagi dirinya, berpuas hati dengan tiga keping perak. Setelah banyak bertelingkah, mereka mengemukakan kes mereka ke hadapan salah seorang hakim Sodom, yang bernama Sherek, dan dia telah berkata kepada plaintif, “Hedor terkenal di kota ini sebagai ahli tafsir mimpi yang boleh dipercayai, dan apa yang dia telah beritahu kamu adalah benar.” Orang asing itu menyatakan dirinya tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dan terus mendesak bagi pihaknya dalam kes tersebut. Kemudian Sherek menghalau kedua-dua plaintif dan defendan dari ruang mahkamah. Melihat ini, para penduduk berkumpul bersama dan mengejar orang asing itu keluar dari bandar, dan sambil meratapi kehilangan permaidaninya, dia terpaksa meneruskan perjalanannya.

Sama sebagaimana Sodom mempunyai seorang hakim yang selayaknya ia, demikian juga dengan kota-kota lain - Sharkar di Gomorrah, Zabnak di Admah, dan Manon di Zeboiim. Eliezer, hamba pelayan kepada Ibrahim, telah membuat sedikit perubahan kepada nama hakim-hakim ini, menyifatkan mereka sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan: yang pertama dia memanggilnya sebagai Shakkara, Si Pembohong; yang kedua dipanggil Shakrura, si pendusta Agung; yang ketiga Kazban, si Pemalsu; dan yang keempat, Mazle-Din, si Penyeleweng Penghakiman. Atas saranan hakim-hakim ini, bandar-bandar tersebut telah memasang katil-katil di kejiranan mereka. Bila mana orang asing sampai, tiga orang akan menangkapnya di kepala, dan tiga di kakinya, dan mereka memaksanya naik ke atas salah satu katil. Jika dia terlalu pendek untuk dimuatkan dengan tepat, enam orang pembantunya akan menarik dan meregangkan anggota badannya sehingga dia muat secukupnya di atas katil tersebut; jika dia terlalu panjang untuk; katil itu, mereka akan cuba menekannya masuk dengan menggunakan gabungan semua kekuatan mereka, sehingga mangsa berada di ambang maut. Jeritannya disambut dengan kata-kata, “Demikianlah akan dilakukan kepada sesiapa sahaja yang datang ke tanah air kita.” Selepas beberapa ketika, para pengembara cuba menghindari kota-kota ini, tetapi jika ada mangsa yang malang sekali-sekala ditipu untuk memasuki kota-kota ini, mereka akan memberinya emas dan perak, tetapi tidak akan pernah diberi sebarang roti, supaya dia dapat dipastikan akan mati kelaparan. Setelah dia mati, penduduk kota itu akan datang dan mengambil kembali emas dan perak yang telah ditanda, yang telah mereka berikan kepadanya, dan mereka akan bertengkar tentang pembahagian pakaiannya, kerana mereka akan menguburkannya dalam keadaan berbogel. Suatu ketika Eliezer, hamba pelayan kepada Ibrahim, telah pergi ke Sodom, dengan perintah Sarah, untuk menanyakan keadaan Lut. Dia kebetulannya memasuki kota itu pada ketika orang ramai sedang merompak pakaian seorang pendatang asing. Eliezer menyokong hak bagi si malang itu, dan orang-orang Sodom melawannya; seseorang telah melemparkan batu pada dahinya dan menyebabkan kehilangan banyak darah. Serta-merta, si penyerang itu, yang melihat darah memancut keluar, menuntut bayaran kerana telah melakukan rawatan bekam. Eliezer enggan membayar akibat luka yang dideritainya, dan dia telah dibawa ke hadapan hakim Shakkara. Keputusan tidak memihak kepadanya, kerana undang-undang negara tersebut memberikan penyerang itu hak untuk menuntut bayaran. Eliezer cepat-cepat mengambil sebiji batu dan melemparkannya ke dahi hakim tersebut. Apabila dia melihat darah sedang mengalir deras, dia berkata kepada hakim, “Bayarkan hutang aku kepada lelaki itu dan berikan aku bakinya.” Punca kepada kezaliman mereka adalah kekayaan mereka yang terlampau banyak. Tanah mereka adalah dari emas, dan dalam kekikiran dan ketamakan mereka demi lebih banyak emas, mereka masih ingin menghalang orang-orang asing daripada menikmati walau secebis cuma dari kekayaan mereka. Sesuai dengan itu, mereka telah membanjiri jalan-jalan besar dengan aliran air, supaya jalan-jalan ke kota mereka tersekat, dan tidak ada siapa yang dapat mencari jalan ke sana. Mereka juga tidak berhati perut terhadap binatang sama seperti terhadap manusia. Mereka berdendam dengan apa yang burung-burung makan, oleh sebab itu mereka hapuskannya. Mereka juga berkelakuan jahat terhadap satu sama lain, tidak takut untuk membunuh bagi mendapatkan lebih banyak emas. Jika mereka perhatikan yang ada seorang lelaki memiliki kekayaan yang banyak, dua orang dari kalangan mereka akan bersekongkol terhadapnya. Mereka akan perdayakan dia supaya pergi ke kawasan runtuhan, dan sementara seorang daripada mereka memastikan orang kaya itu tidak berganjak dari di tempat itu dengan perbualan yang menyenangkan, seorang lagi akan merosakkan tembok berhampiran tempat dia berdiri, sehingga tiba-tiba tembok itu menghempapnya dan membunuhnya. Kemudian kedua orang yang berkomplot itu akan membahagikan hartanya di antara mereka. Kaedah lain untuk memperkayakan diri mereka dengan harta benda orang lain telah menjadi satu trend di kalangan mereka. Mereka adalah pencuri yang licik. Bila mana mereka membuat keputusan untuk mencuri, mereka akan terlebih dahulu meminta mangsa mereka untuk menjaga sejumlah wang untuk mereka, yang mereka telah dilumurkan dengan minyak wangi yang kuat sebelum menyerahkannya kepada mangsa. Malam berikutnya mereka akan memecah masuk ke dalam rumahnya, dan merompak khazanah rahsianya, yang dibawa ke tempat persembunyian oleh bauan minyak tersebut. Undang-undang mereka direka untuk menzalimi golongan miskin. Semakin kaya orang itu, semakin dia diutamakan di sisi undang-undang. Pemilik kepada dua ekor lembu jantan diwajibkan untuk memberi khidmat menggembala selama sehari, tetapi jika dia cuma mempunyai seekor lembu, dia haruslah menggembala selama dua hari. Seorang anak yatim yang miskin, yang terpaksa menggembalakan ternakan untuk tempoh yang lebih lama berbanding mereka yang diberkati dengan kawanan lembu yang banyak, telah membunuh semua lembu yang diamanahkan kepadanya bagi membalas dendam terhadap penindasnya, dan dia menegaskan, sekiranya kulit lembu dibahagi-bahagikan, bahawasanya pemilik kepada dua ekor lembu itu hendaklah cuma mendapat selembar kulit, tetapi pemilik kepada seekor lembu perlu mendapat dua lembar kulit, sesuai dengan kaedah yang dijalankan dalam mengatur pembahagian kerja. Bagi penggunaan feri pula, seorang pengembara perlu membayar empat zuz, tetapi jika dia berjalan mengharungi air, dia perlu membayar sebanyak lapan zuz.

Kekejaman orang-orang Sodom semakin bertambah teruk. Lut mempunyai seorang anak perempuan, Paltit, dinamakan demikian kerana dia telah dilahirkan dari beliau tidak lama selepas beliau sempat melarikan diri dari tawanan melalui bantuan Ibrahim. Paltit tinggal di Sodom, di mana dia telah berkahwin. Pada suatu ketika seorang pengemis telah datang ke kota tersebut, dan mahkamah mengeluarkan satu pengisytiharan yang menyatakan bahawa tidak ada seorang pun yang patut memberinya sesuatu untuk dimakan, supaya dia mati kebuluran. Tetapi Paltit mengasihani pengemis malang itu, dan setiap hari apabila dia pergi ke perigi untuk menimba air, dia akan memberinya bekal sekeping roti, yang dia telah sembunyikan di dalam timba airnya. Para penduduk kepada dua kota yang penuh berdosa, iaitu Sodom dan Gomorrah, tidak dapat memahami mengapa pengemis itu tidak mati, dan mereka mengesyaki bahawa seseorang telah memberinya makanan secara rahsia. Tiga lelaki kemudiannya menyembunyikan diri berhampiran pengemis itu, dan telah menangkap Paltit yang sedang memberinya sesuatu untuk dimakan. Dia terpaksa membayar untuk perikemanusiaannya dengan kematian; dan dia telah dibakar di atas kayu api. Penduduk Admah juga tidaklah lebih baik daripada penduduk Sodom. Suatu ketika ada orang asing telah datang berkunjung ke Admah, dengan niat untuk bermalam dan kemudian akan meneruskan perjalanannya keesokan harinya. Seorang anak perempuan kepada orang kaya telah bertemu dengan orang asing tersebut, dan telah memberinya air untuk diminum dan roti untuk dimakan atas permintaannya. Apabila orang-orang Admah mendengar tentang pengingkaran terhadap undang-undang negara itu, mereka pun menangkap gadis tersebut dan membawanya ke hadapan hakim, yang menghukumnya dengan hukuman mati. Orang ramai pun melumurinya dengan madu dari atas sehingga ke kakinya, dan meletakkannya terdedah agar lebah-lebah akan tertarik kepadanya. Serangga-serangga itu datang menyengatnya sehingga dia mati, dan orang-orang yang tidak berhati perut itu langsung tidak menghiraukan tangisannya yang menyayat hati. Kemudian Tuhan memutuskan untuk membinasakan

pendosa-pendosa tersebut.[13]

Dan kisah itu bersambung di dalam Kitab Kejadian Bab 19:

Kedua-dua malaikat telah tiba di Sodom pada waktu petang, dan Lut sedang duduk di pintu gerbang kota itu. Apabila beliau ternampak mereka, beliau terus bangun untuk berjumpa dengan mereka dan dia bersujud dengan mukanya ke tanah. “Tuan-tuan,” katanya, “tolonglah singgah ke rumah hambamu ini. Kalian berdua bolehlah membasuh kaki kalian dan bermalam dan kalian boleh bergerak semula pada waktu awal pagi.” “Tidak,” jawab mereka, “Kami akan bermalam di dataran.” Tetapi beliau mendesak dengan bersungguh-sungguh supaya mereka ikut pulang ke rumah bersamanya. Beliau menyediakan hidangan untuk mereka, membakar roti tanpa ragi, dan mereka pun makan. Sebelum mereka masuk tidur, semua lelaki dari seluruh pelusuk kota Sodom—baik muda mahupun tua—mengelilingi rumahnya. Mereka memanggil Lut, “Mana lelaki-lelaki yang datang melawatmu malam ini? Bawa mereka keluar kepada kami supaya kami dapat melakukan hubungan seks dengan mereka.” Lut keluar untuk menemui mereka dan menutup pintu di belakangnya dan berkata, “Tidak, kawan-kawanku. Jangan lakukan perkara keji ini. Dengar sini, aku ada dua anak perempuan yang tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki. Biar aku bawakan mereka keluar untuk kamu, dan kamu boleh melakukan apa yang kamu suka dengan mereka. Tetapi jangan buat apa-apa kepada lelaki-lelaki tersebut, kerana mereka datang berlindung di rumahku.” “Jangan halang kami,” jawab mereka. “Orang ini datang ke sini sebagai orang asing, dan sekarang dia mahu menjadi hakim! Kami akan melayani kamu lebih teruk daripada mereka.” Mereka terus memberi tekanan kepada Lut dan maju ke hadapan untuk memecahkan pintu. Tetapi lelaki-lelaki tersebut yang sedang berada di dalam menghulurkan tangan mereka dan menarik Lut masuk kembali ke dalam rumah dan menutup pintu rumah. Kemudian mereka menyebabkan mereka-mereka yang sedang berada di pintu rumah itu, tua dan muda, menjadi buta supaya mereka tidak dapat menemukan pintu itu. Kedua-dua lelaki itu pun berkata kepada Lut, “Adakah kamu ada orang lain di sini—menantu-menantu lelaki, anak-anak lelaki atau perempuan, atau sesiapa yang lain di kota ini yang ada kaitan dengan kamu? Bawa mereka keluar dari sini, kerana kami akan memusnahkan tempat ini. Keluhan kepada Tuhan terhadap para penduduknya begitu hebat sehingga menyebabkan dia mengutuskan kami untuk memusnahkannya.” Maka Lut pun keluar dan bercakap dengan menantu-menantunya, yang telah berjanji untuk mengahwini anak-anak perempuannya. Beliau berkata, “Cepat pergi dari tempat ini, kerana Tuhan akan memusnahkan kota ini!” Tetapi menantu-menantunya menyangka yang beliau sedang bergurau. Menjelang fajar, para malaikat mendesak Lut, dengan berkata, “Cepat! Bawalah isterimu dan dua anak perempuanmu yang ada di sini, atau kamu juga akan dihapuskan ketika kota ini diazab.” Sedang beliau teragak-agak, lelaki-lelaki itu pun menarik tangannya dan tangan isterinya dan kedua-dua anak perempuannya dan membawa mereka keluar dari kota dengan selamat, kerana Tuhan berbelas kasihan terhadap mereka. Sebaik sahaja mereka dibawa keluar, salah seorang daripada mereka berkata, “Larilah selamatkan nyawamu! Jangan lihat ke belakang, dan jangan berhenti di mana-mana tempat terbuka! Lari ke pergunungan atau kamu akan dihapuskan juga!” Tetapi Lut berkata kepada mereka, “Jangan tuan-tuan, tolonglah! Hambamu ini telah mendapat ehsan di sisi pandanganmu dan kamu telah menunjukkan kemurahan hati yang hebat kepadaku dengan menyelamatkan nyawaku. Tetapi aku tidak boleh melarikan diri ke pergunungan; bencana ini akan tetap menimpaku dan aku akan mati. Lihat, di sana ada sebuah kota yang cukup dekat untuk melarikan diri, dan ianya kecil. Biarkan aku melarikan diri ke sana—ianya sangat kecil, bukan? Maka nyawaku akan terselamat.” Dia berkata kepadanya, “Baiklah, aku akan mengabulkan permintaan ini juga; aku tidak akan menghancurkan kota yang kamu katakan itu. Tetapi larilah ke sana secepat mungkin, kerana aku tidak dapat berbuat apa-apa sehinggalah kamu sampai ke situ.” (Itulah sebabnya kota itu dinamakan Zoar). Pada ketika Lut tiba di Zoar, matahari telah pun terbit di ufuk. Kemudian Tuhan menurunkan belerang yang berapi ke atas Sodom dan Gomorrah—daripada Tuhan yang diturunkan dari langit. Demikianlah dia telah hapuskan kota-kota tersebut dan seluruh dataran terbuka, memusnahkan semua orang yang tinggal di kota-kota itu—dan juga tanaman di tanah itu. Tetapi isteri Lut telah menoleh ke belakang, dan dia bertukar menjadi sebatang tiang garam. Pada awal pagi keesokannya Ibrahim bangun dan kembali ke tempat yang beliau pernah berdiri di hadapan Tuhan. Beliau memandang ke bawah, ke arah Sodom dan Gomorrah, ke arah seluruh tanah dataran, dan beliau nampak asap tebal berkepul-kepul naik dari tanah itu, seperti asap dari relau api. Maka apabila Tuhan binasakan kota-kota di dataran itu, dia mengingatkan Ibrahim, dan beliau membawa Lut keluar dari malapetaka yang meruntuhkan kota-kota tempat Lut pernah diami. Lut dan kedua-dua anak perempuannya telah meninggalkan Zoar dan menetap di pergunungan, kerana beliau takut untuk tinggal di Zoar. Beliau dan kedua-dua anak perempuannya hidup di dalam sebuah gua. Pada suatu hari anak perempuan yang lebih tua telah berkata kepada yang lebih muda, “Ayah kita sudah tua, dan tidak ada lelaki di sekitar ini yang boleh memberi kita anak—sebagaimana budaya di seluruh muka bumi. Mari kita ajak ayah kita minum wain dan kemudian kita tidur bersamanya supaya kita dapat memelihara keturunan keluarga kita melalui ayah kita.” Pada malam itu mereka pun mengajak ayah mereka meminum wain, dan anak perempuan yang lebih tua masuk dan tidur dengan beliau. Beliau tidak sedar bilakah dia datang berbaring dan bilakah waktu dia bangun. Keesokan harinya anak perempuan yang lebih tua telah berkata kepada yang lebih muda, “Malam tadi aku sudah tidur dengan ayahku. Mari kita beri dia minum wain lagi malam ini, dan kamu masuk dan tidur dengan dia supaya kita dapat mengekalkan keturunan keluarga kita melalui ayah kita.” Maka malam itu juga mereka mengajak ayah mereka meminum wain lagi, lalu masuklah anak perempuan yang lebih muda itu dan tidur bersama beliau. Sekali lagi beliau tidak sedar bilakah dia datang berbaring dan bilakah waktu dia bangkit. Maka kedua-dua anak perempuan Lut telah dihamilkan oleh bapa mereka. Anak perempuan yang lebih tua telah mendapat seorang anak lelaki, dan dia menamakannya Moab; dan dialah bapa kepada bangsa Moab pada hari ini. Anak perempuan yang lebih muda juga telah mendapat seorang anak lelaki, dan dia namakannya sebagai Ben-Ammi; dan dia adalah bapa kepada bangsa Amon pada

hari ini.[14]

Selain dari pembunuhan dan ketidakadilan yang sering berlaku di Sodom dan di kota-kota sekitarnya, kita dapat melihat dengan jelas daripada kunjungan para malaikat bahawa seluruh kota dan semua lelaki dari setiap bahagian kota, tua dan muda tidak terkecuali, turut datang untuk merogol para malaikat tersebut. Ini bermakna bahawa seluruh kota mahu terlibat dalam aktiviti merogol mana-mana pelawat baru yang mereka inginkan, yang telah datang ke kota itu. Dan ini jelas ditunjukkan oleh percubaan mereka untuk memecah masuk ke dalam rumah Lut untuk menculik dan merogol dua malaikat yang telah menyamar sebagai lelaki.

Kita juga dapat perhatikan bahawa Lut mempunyai dua orang menantu lelaki yang telah dijanjikan untuk mengahwini anak-anak perempuannya di kota itu. Ini bermakna bahawa kedua-dua menantunya tidak membantah Lut yang cuba menawarkan anak-anak perempuannya kepada sekelompok perusuh agar kelompok tersebut dapat melakukan hubungan seks dengan mereka. Bagaimanakah Lut boleh menjadi seorang Nabi serta menawarkan anak-anak perempuannya untuk melakukan hubungan seks secara berkumpulan dan pada masa yang sama menawarkan kepada kelompok perusuh itu sedangkan mereka telah ditunangkan? Ianya mestilah kerana pada masa itu belum ada hukum di bawah tiga Perjanjian pertama yang melarang perhubungan seksual jenis ini, sebagai contoh, seks secara berkumpulan. Jadi, bukankah seseorang juga boleh berhujah yang homoseksualiti juga belum lagi diharamkan? Homoseksualiti menjadi satu larangan di dalam Perjanjian Musa dan ianya telah disebutkan secara eksplisit di dalam Kitab Imamat 18: “Kamu tidak boleh bersetubuh dengan seorang lelaki sebagaimana kamu bersetubuh dengan seorang perempuan; ianya adalah sesuatu yang menjengkelkan.[15]

Dan sekali lagi dalam Kitab Imamat, Bab 20: “Jika seorang lelaki bersetubuh dengan seorang lelaki sebagaimana dengan seorang perempuan, kedua-duanya telah melakukan sesuatu yang menjengkelkan; mereka pasti akan dihukum bunuh; darah mereka tertanggung ke atas mereka.[16]Dan jawapannya adalah ya, ianya benar yang homoseksualiti belum lagi diharamkan, namun


begitu, perbuatan homoseksual itu sendiri adalah satu dosa kerana ianya bertentangan secara langsung dengan perintah Tuhan supaya beranak cucu dan berkembang biak, kerana tidak ada hasil yang boleh dilahirkan daripada hubungan homoseksual. Dari segi hukum ilahi, orang-orang Sodom dan Gomorrah adalah bersalah kerana telah melanggar beberapa hukum-hukum utama perjanjian, salah satu undang-undang yang sering mereka langgar adalah membunuh, dan satu lagi adalah perintah Tuhan untuk beranak cucu dan berkembang biak, yang telah diberikan oleh Tuhan kepada Adam dan kemudian kepada Nuh (Salam Kepada Mereka) dan tidak pernah dimansuhkan oleh Ibrahim (AS) dalam Perjanjian yang Ketiga. Dan mana-mana hukum atau perintah daripada Perjanjian sebelumnya, sekiranya tidak diselaraskan atau dibatalkan oleh sebuah Perjanjian baharu, bermakna ianya masih tetap sah. Di dalam Kitab Suci al-Qur’an, ia menjadi jelas bahawa ini adalah isunya. Di dalam Surah Al-A’raf ia menyatakan: “Dan (ingatlah) Lut, ketika beliau berkata kepada kaumnya: “Mengapakah kamu melakukan dosa yang paling teruk, yang belum pernah dilakukan oleh orang-orang sebelum kamu di seluruh Dunia ini. Sesungguhnya kamu memuaskan hawa nafsu kamu ke atas lelaki dan bukannya wanita. Bahkan, kamu adalah kaum yang melampaui batas.” Dan jawapan kaumnya hanyalah yang mana mereka berkata: “Usirlah mereka keluar daripada kotamu, sememangnya mereka adalah orang-orang yang menyucikan diri.” Kemudian Kami telah selamatkannya dan keluarganya, melainkan isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dalam azab seksa). Dan Kami telah turunkan kepada mereka hujan (dari batu). Kemudian lihatlah apa kesudahan penjenayah-penjenayah itu.17 Dan di dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Syu’ara ia menyatakan: “Mengapakah kamu mendekati laki-laki di seluruh alam dan meninggalkan apa yang telah diciptakan Tuhanmu untukmu sebagai pasangan? Bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas.18

Kitab Suci al-Qur’an dengan jelasnya menyatakan bahawa walaupun mungkin sebahagian daripada penduduk kota tersebut mempunyai isteri, majoritinya telah mendekati lelaki dan telah meninggalkan wanita sepenuhnya, dan melepaskan nafsu mereka kepada lelaki dan bukannya dengan isteri-isteri mereka. Dan ini bermakna bahawa orang-orang Sodom dan Gomorrah telah melanggar perintah Tuhan yang pertama, iaitu untuk beranak cucu dan berkembang biak. Mereka langsung meninggalkan hubungan seksual dengan wanita sama sekali. Dan ini adalah salah satu sebab mengapa hukuman itu dikenakan ke atas mereka. Selain itu, mereka juga telah dikutuk kerana mereka telah membunuh para pengunjung ke kota mereka termasuk orang-orang yang tidak bersalah. Terdapat juga beberapa perkara penting yang ingin kami kutip daripada kisah Lut (AS):

1. Kita perhatikan bahawa sama sebagaimana Nuh (AS) yang telah dibenarkan untuk membawa bersamanya isterinya, namun isterinya kemudiannya jatuh kufur kerana pengkhianatan dan kejahatannya, sebegitu juga, Lut telah dibenarkan untuk membawa

17                                                                                             Kitab Suci al-Qur’an, Surah 7 (Al-A’raf ), Ayat 80-84

18                                                                                             26 (Al-Shu’ara), Ayat 165-166

isterinya, yang juga bersama-sama dalam perjalanan keluar dari kota tersebut, namun apabila isterinya cuba menoleh ke belakang, dia telah menjadi binasa.

2.          Kami tunjukkan bahawa pengambilan alkohol masih lagi dibenarkan dalam Perjanjian Ketiga. Dan Lut dan anak-anak perempuannya juga meminumnya.

3.          Kami juga ingin menunjukkan bahawa hubungan seksual di antara bapa dan anak-anak perempuan adalah dahulunya dibenarkan dan tidak ada hukum yang melarangnya di dalam tiga Perjanjian pertama. Lut terlibat dalam hubungan sebegini dengan anak-anak perempuannya dan dengan itu melahirkan dua bangsa. Beliau juga menawarkan anak-anak perempuannya untuk melakukan seks berkumpulan dengan orang-orang yang berada di luar rumahnya dan kita ketahui bahawa orang-orang Sodom dan Gomorrah telah terlibat dalam melakukan hubungan seks secara berkumpulan atau pesta pora.

4.          Penduduk Sodom dan Gomorrah berkata tentang Lut dan keluarganya: “Mereka adalah satu kaum yang menyucikan diri mereka atau ingin menjadi suci.” Ini adalah secara langsung merujuk kepada amalan berkhatan yang kini diamalkan Lut di bawah Perjanjian Ibrahim. Perkataan khatan dalam bahasa Arab secara literalnya diterjemahkan kepada “Penyucian”.

5.          Orang-orang Sodom dan Gomorrah berkata kepada Lut ketika beliau menawarkan anak-anak perempuannya kepada mereka: “Kamu tentu tahu yang kami tiada hak ke atas anak-anak perempuan kamu. Kamu sudah tahu apa yang kami inginkan!19 dan ini bermakna mereka tidak mempunyai hak ke atas anak-anak perempuannya kerana mereka tidak berkhatan dan perempuan di bawah perjanjian Ibrahim hanya boleh berkahwin dengan lelaki yang berkhatan; iaitu anak-anak Adam (AS) dan bukannya dengan benih-benih dari Qabil.

6.          Lut teragak-agak untuk meninggalkan kota Sodom dan Gomorrah dan terpaksa diheret keluar oleh para malaikat dan selepas itu beliau juga tidak mahu pergi terlalu jauh dan telah diberikan suaka perlindungan di sebuah kota berdekatan. Keraguan ini adalah salah satu contoh kelemahan dan kesilapan Lut semasa kerjayanya sebagai seorang Nabi.

Berkenaan homoseksual, Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah menjelaskan kepada saya bahawa sifat semula jadi bagi jantina adalah lelaki tertarik kepada perempuan, dan perempuan tertarik kepada lelaki. Beliau (Darinya Salam) telah menyatakan bahawa kebanyakan orang

19                                                                                             11 (Hud), Ayat 79

homoseksual menjadi sebegitu adalah kerana salah satu daripada dua sebab, sama ada kerana menjadi mangsa penderaan sewaktu kanak-kanak atau dilahirkan sedemikian dan mempunyai seorang ibu atau bapa atau datuk atau nenek yang homoseksual atau mempunyai kecenderungan terhadap jantina yang sama. Ini bermakna bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) mena kan pandangan tradisi kebanyakan agama, terutamanya tradisi Islam, bahawa homoseksual hanyalah penyeleweng yang perlu dibunuh atau direjam. Namun sebaliknya, Imam (Darinya Salam) mengatakan bahawa walaupun lumrahnya kecenderungan seksual untuk lelaki dan wanita adalah untuk tertarik kepada jantina yang bertentangan, dan ini adalah bagi tujuan pembiakan, homoseksual pada hakikatnya tidak boleh dipersalahkan kerana perasaan tarikan mereka terhadap jantina seks yang sama adalah kerana dalam kebanyakan kes, ini adalah sama ada satu ciri dari keturunan genetik yang diwariskan kepada mereka atau mereka menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Kedua-duanya ini bagaimanapun bukanlah salah mereka.

Pada awal seruan dakwah ini di Iraq, setelah Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) membuka sebuah rumah ibadat pertama untuk orang-orang beriman, ada seorang lelaki homoseksual telah datang ke rumah ibadat tersebut. Pengikut-pengikut Imam (Darinya Salam) telah menjelaskan bahawa mereka mahukan dia dihalau, kerana pada pendapat mereka, keberadaannya di kalangan mereka akan merosakkan reputasi mereka dan reputasi agama ini, kerana dia terkenal di bandar itu sebagai homoseksual. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam), apabila mendengar perkara ini menjadi sangat marah dan berkata kepada mereka: “Jika saya menutup pintu kepada Tuhan di depan mukanya, ke pintu mana lagi yang dia perlu ketuk?” Dan beliau mengalu-alukan lelaki itu kembali masuk. Sebegitu juga, agama kami dan jemaah kami mengalu-alukan orang-orang homoseksual dan orang-orang dari semua cara dan jalan hidup, kerana orang yang ikhlas dalam pencariannya kepada Tuhan adalah lebih mulia berbanding daripada orang yang menzahirkan pendustaan agama walhal dia adalah seorang yang muna k di bahagian dalam.

Adapun bagi lokasi Sodom dan Gomorrah; titik terendah dunia di Bumi adalah Laut Mati yang terletak di Jordan dan Palestin, dengan ketinggiannya cuma berjumlah kira-kira 416 meter di bawah paras laut. Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) telah mengesahkan bahawa Laut Mati adalah lokasi kepada Sodom dan Gomorrah, kota-kota yang telah dimusnahkan oleh Tuhan di dalam tiga agama Ibrahimiah, iaitu Yahudi, Kristian dan Islam. Beliau (Darinya Salam) telah berkata: “Laut Mati kini mengering dan artifak-artifak kuno akan timbul yang mana akan mengubah sudut pandang manusia, dan banyak perkara akan berubah jika mereka tidak menyembunyikannya.

Di dalam Kitab Suci al-Qur’an ia menyatakan: “Maka setelah datangnya perintah Kami, Kami telah jadikan titik paling tinggi bertukar menjadi yang paling rendah.20 Terjemahan yang salah telah diterjemahkan sebegini: “Maka setelah datangnya perintah Kami, Kami telah jadikan

20                                                             11 (Hud), Ayat 82


bahagian yang paling tinggi [dari kota itu] menjadi paling rendah.” Atau sebegini: “Dan setelah berlalunya perintah Kami, Kami telah terbalikkan kota itu dari atas ke bawah.

Tetapi hakikatnya ia tidak menyebut perkataan bandar atau kota dalam bahasa Arab, ia hanya menyebutkan: “Kami telah jadikan titiknya yang tertinggi menjadi titiknya yang terendah.” Jika hari ini Laut Mati adalah titik terendah di Bumi, maka sudah semestinya ia pernah menjadi titik tertinggi di Bumi. Titik tertinggi di Bumi dahulunya adalah dua kota Sodom dan Gomorrah, yang dahulunya lebih tinggi daripada Gunung Everest. Ianya telah dimusnahkan oleh Tuhan dan telah dijadikan sebagai titiknya yang terendah. Dari yang tertinggi di dunia kepada yang paling bawah, hanya dalam masa semalaman


[1] Ilal Al-Shara’i’, Al-Shaikh Al-Saduq, Jld. 1, m/s 3

[2] Midrash (Bereshit) Rabbah, Bab 38, Ayat 13

[3] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 11, Ayat 4

[4] Al-Kafi, Al-Sheikh Al-Kulaini, Jld. 1, m/s 175

[5] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 17, Ayat 1-27

[6] Injil Barnabas, Bab 21-23

[7] Injil Barnabas, Bab 23

[8] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 17, Ayat 21

[9] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 20, Ayat 1-2

[10] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 20, Ayat 11-12

[11] Sahih Bukhari, Al-Bukhari, Kitab Para Nabi, Hadis No. 3358

[12] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 18, Ayat 20-21

[13] The Legends of the Jews, Louis Ginzberg, Jld. 1, Bab 5, m/s 168-172

[14] AlKitab Yang Suci, Kitab Kejadian, Bab 19, Ayat 1-38

[15] AlKitab Yang Suci, Kitab Imamat, Bab 18, Ayat 22

[16] AlKitab Yang Suci, Kitab Imamat, Bab 20, Ayat 13

Catat Ulasan