Perjanjian Kedua Nuh AS


Lalu Tuhan berfirman kepada Nuh dan anak-anak lelakinya yang bersama beliau:

"Kini aku tubuhkan perjanjianku denganmu dan dengan keturunan-keturunanmu yang seterusnya"


Dengan pemahaman baru ini dan dengan Imam Ahmad Al-Hassan (AS) yang mendedahkan asal-usul Qabil anak kepada Iblis (LA), ianya menjadi jelas bahawa tujuan banjir besar yang sebenarnya adalah untuk menyucikan Bumi daripada benih Iblis yang terlaknat, disamping ianya menjadi satu hukuman kerana pelanggaran Perjanjian. 

Setiap kali sesuatu Perjanjian dilanggar, satu hukuman akan diturunkan ke atas muka Bumi. Kemudian Tuhan akan membuat satu lagi Perjanjian baru dengan umat manusia. Hukuman kerana melanggar Perjanjian Pertama, ketika mana Adam (AS) memakan dari pohon itu, adalah pengusiran Adam (AS) dari Taman Eden. 

Tuhan telah mengampuni mereka tetapi apabila manusia melanggar Perjanjian lagi dengan kekufuran dan permusuhan mereka terhadap Nuh dan Nabi-nabi selepas Adam (Salam Kepada Mereka), Tuhan menghukum mereka dengan banjir besar. 

Nuh (AS) telah menghabiskan masa bertahun-tahun dengan berkhutbah kepada manusia dan menyeru mereka kepada Tuhan dan cuba untuk mengubah mereka. Mereka semua tidak mempedulikan Nuh (AS) dan tidak mahu mendengar kata-kata beliau. 

Kitab Suci al-Qur’an menyatakan bahawa mereka menyumbat jari mereka ke dalam telinga mereka dan menutup wajah dengan pakaian mereka supaya mereka dapat mengelak daripada mendengarkan kata-kata Nuh (AS). Bumi pada masa itu dipenuhi dengan anak-anak Qabil yang telah pun membina kota-kota besar dan memiliki anak-anak yang ramai. 

Tuhan telah berjanji kepada Syaitan bahawa Dia akan memberinya lebih banyak bilangan anak berbanding yang Dia akan berikan kepada Adam. Terdapat banyak riwayat tentang perkara ini. 

Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) di dalam sebuah riwayat menyatakan: Yang pertama membanding-bandingkan dan bermegah adalah Iblis, dan bermegah-megah adalah kelakuan mungkar pertama terhadap Tuhan. 

Beliau berkata: 
“Iblis telah berkata: ‘Wahai Tuhan, ampunilah aku kerana tidak bersujud kepada Adam dan aku akan menyembah-Mu sepertimana tidak pernah ada malaikat yang terdekat mahupun Nabi Rasul pernah lakukannya.’ Tuhan berfirman: ‘Aku tidak memerlukan penyembahanmu, tetapi sebaliknya Aku mahu disembah dari tempat yang Aku kehendaki dan bukan dari tempat yang engkau kehendaki.’ Tetapi dia tetap enggan bersujud, maka Tuhan berfirman: ‘Keluarlah engkau dari sini, engkau adalah najis, dan sesungguhnya laknat-Ku ke atasmu sehinggalah tibanya Hari Pengadilan.’Maka Iblis berkata: ‘Wahai Tuhan, bagaimana mungkin Engkau yang Maha Adil, yang tidak pernah berlaku zalim namun kini Engkau mensia-siakan amal-amal kebaikanku?’ Maka Dia berfirman: ‘Tidak, tetapi mintalah kepadaku apa saja yang engkau kehendaki di dunia sebagai ganjaran dan Aku akan mengabulkannya untukmu.’ Dan perkara pertama yang dia telah minta adalah untuk kekal hidup sehinggalah ke Hari Pengadilan dan Tuhan berfirman: ‘Aku telah mengabulkannya untukmu.’ Dia berkata: ‘Berilah aku kuasa ke atas anak-anak Adam’ dan Tuhan berfirman: ‘Aku telah berikan kamu kuasa’. Dan dia berkata: ‘Biarkan aku berlari di dalam mereka sepertimana darah yang mengalir di dalam saluran darah mereka.’ Dan Tuhan berfirman: ‘Aku telah jadikan kamu mengalir di dalam saluran-saluran darah mereka.’ Dan dia berkata: ‘Janganlah Engkau benarkan seorang anak pun dilahirkan dari mereka melainkan dua orang akan dilahirkan daripadaku.’ ” [Bihar Al-Anwar, Al-Alamah Al-Majlisi, Jld. 11, m/s 141]
Dia telah mengurniakan Iblis keturunan-keturunan tersebut melalui Qabil. 

AlKitab yang Suci ada menyatakan di dalam kitab Yohanes: 
“Kita tidak boleh menyerupai Qabil, yang merupakan anak kepada seseorang yang Jahat dan telah membunuh saudaranya sendiri. Dan mengapakah dia membunuhnya? Kerana kelakuannya sendiri adalah keji dan kelakukan saudaranya adalah kebaikan.” [AlKitab Yang Suci, Kitab 1 Yohanes, Bab 3, Ayat 12]

Anak-anak Qabil telah menderhaka kepada Tuhan dan telah menindas anak-anak Adam (AS) dan telah melakukan jenayah-jenayah yang besar sepanjang tahun-tahun di antara Adam dan Nuh (Salam Kepada Mereka). 

Akhirnya, Tuhan telah memerintahkan Nuh (AS) untuk membina sebuah Bahtera. Aba Abdillah (Darinya Salam) telah berkata: Nabi Nuh (AS) telah meminta kepada Tuhannya supaya menurunkan azab kepada umatnya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya untuk menanam sebiji benih dari pohon kurma. Setelah ianya tumbuh membesar dan beliau memakan buahnya, Allah akan menurunkan azab kepada umatnya dan membinasakan mereka. 

Nabi Nuh (AS) pun menanam benih itu dan memaklumkan kepada para sahabatnya. Pohon kurma itu telah tumbuh membesar dan berbuah. Beliau memakan buahnya dan memberi makan kepada para sahabatnya. Sahabat-sahabatnya berkata kepada beliau: ‘Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan janji yang telah engkau janjikan kepada kami?’ Nabi Nuh (AS) pun berdoa kepada Allah agar melaksanakan janji yang Dia telah buat. Sekali lagi Allah mewahyukan kepadanya untuk menanam benih yang lain dan setelah ianya tumbuh menjadi sepohon kurma dan berbuah dan beliau memakan buahnya, Allah akan menurunkan seksaan ke atas umatnya. 

Nuh (AS) memaklumkan perkara itu kepada para sahabatnya. Mereka pun terpecah menjadi tiga golongan: Satu golongan berpaling tadah (menjadi murtad), yang lain menjadi munafik dan golongan yang ketiga tetap teguh bersama Nuh (AS). Nabi Nuh (AS) pun menanam benih sekali lagi. Ianya membesar dan berbuah. Beliau memakan buahnya dan memberi makan kepada para sahabatnya. 

Mereka berkata: ‘Wahai Nabi Allah, bagaimana dengan janji yang telah engkau lafazkan?’ Beliau sekali lagi berdoa kepada Allah. Allah mewahyukan kepadanya untuk menanam benih yang ketiga dan apabila ianya tumbuh membesar dan berbuah, Allah akan membinasakan umatnya. Nuh (AS) memberitahu kepada para sahabatnya tentang itu. Dua golongan [orang-orang munafik dan beriman] berpecah lagi kepada tiga golongan; satu golongan berpaling tadah (menjadi murtad), satu golongan menjadi munafik dan golongan yang ketiga tetap bertahan bersama Nuh (AS). 

Nabi Nuh (AS) melakukan hal itu sebanyak sepuluh kali dan setiap kali itulah para sahabatnya akan berpecah kepada tiga golongan. Pada kali yang kesepuluh, beberapa orang sahabatnya yang ikhlas telah datang kepadanya dan berkata: ‘Wahai Nabi Allah, sama ada engkau menunaikan apa yang engkau telah janjikan atau tidak, engkau tetap benar. Engkau adalah seorang Nabi yang diutuskan oleh Allah, dan kami tidak pernah meragui engkau walau apapun yang engkau lakukan terhadap kami.’ 

Dengan cara ini, Allah telah membinasakan umat Nuh (AS) dan menjadikan pengikut-pengikutnya yang ikhlas naik ke dalam Bahtera bersama beliau. Maka Allah telah menyelamatkan mereka dan menyelamatkan Nuh bersama mereka setelah mereka diuji, ditapis dan dibersihkan. Pada zaman itu, Nuh telah berkahwin dengan seorang wanita dari anak-anak perempuan Qabil yang bernama Norea, yang bermaksud api. Dia tidak setia kepada Nuh dan mengkhianatinya. 

Selepas kali pertama Bahtera itu dibina, Norea cuba menaiki Bahtera tersebut tetapi oleh kerana dia berkelakuan keji, Nuh tidak memberinya izin, lalu Norea menyalakan api dan membakar Bahtera tersebut. Inilah sebabnya mengapa janji Allah ditangguhkan dan hukuman ditangguhkan. Di dalam teks Gnostik bertajuk ‘The Nature of the Rulers’ yang terdapat dalam Himpunan Nag Hammadi, ianya menyatakan: “Para pemerintah berunding di antara satu sama lain dan berkata, ‘Jom, mari kita cetuskan banjir dengan tangan kita dan lenyapkan kesemua jasad dari kalangan manusia mahupun binatang buas.’ Tetapi apabila ketua penguatkuasa mengetahui keputusan mereka, dia pun berkata kepada Nuh, ‘Binalah sebuah bahtera untuk dirimu dari kayu yang tidak reput dan bersembunyilah di dalamnya, kamu dan anak-anakmu dan binatang-binatang buas serta burung-burung di langit dari yang bersaiz kecil sehinggalah yang besar — dan tempatkannya di atas Gunung Sir.’ Kemudian Norea datang kepada Nuh, ingin menaiki bahtera. 

Apabila beliau tidak memberinya naik, Norea letupkan bahtera itu dan menyebabkannya dimakan api. Sekali lagi beliau membina bahtera tersebut, buat kali kedua.” Di dalam sebuah penulisan mengenai satu mazhab Gnostik di Mesir, ahli sejarah terkenal iaitu Epiphanius telah memberikan butiran lanjut tentang kisah Norea dan Bahtera tersebut. Dia telah menulis bahawa Norea telah meminta untuk masuk ke dalam Bahtera tersebut sebanyak tiga kali dan telah membakar Bahtera tersebut juga sebanyak tiga kali pada waktu-waktu yang berlainan, semuanya disebabkan dia sebenarnya memang percaya bahawa banjir besar akan melanda, tetapi dia juga percaya yang ianya adalah sebahagian daripada rancangan Nuh untuk menenggelamkannya dalam banjir. 

Sebenarnya dia telah membakar Bahtera itu sebanyak sepuluh kali, dan pada setiap kali itu, dia lakukannya secara senyap-senyap. Dalam semua sepuluh kali itu, sahabat-sahabat Nuh telah terkejut dan keraguan pun menyusup masuk ke dalam diri mereka, kerana mereka tertanya-tanya mengapa Tuhan membiarkan Bahtera itu dibakar jika Nuh benar-benar seorang Nabi. Disebabkan pembakaran Bahtera tersebut, janji itu tertunda sebanyak sepuluh kali, dan Tuhan menggunakan peristiwa-peristiwa ini sebagai ujian dan peluang untuk menyingkirkan mereka-mereka yang ragu daripada komuniti Nuh yang beriman. 

Nuh telah mengasihani Norea dan dia akhirnya dibiarkan menaiki Bahtera. Di dalam AlKitab Suci pada Kitab Kejadian ia menyatakan: “Pada hari itu juga Nuh dan anak-anak lelakinya, Shem, Ham dan Yafet, bersama-sama dengan isterinya dan isteri-isteri ketiga-tiga anak lelakinya, masuk ke dalam Bahtera tersebut.” Itu menjadikan seramai lapan orang manusia atau empat pasangan yang masuk ke dalam Bahtera tersebut pada hari itu. Banyak sumber-sumber Arab menyebutkan bahawa hanya tujuh orang yang kekal beriman kepada Nuh (AS): Isteri Nuh, tiga anak lelakinya, dan tiga isteri mereka. 

Hamran telah meriwayatkan bahawa Abi Jaafar (AS) telah berkata tentang firman Allah “ ‘Tetapi tiada seorang pun yang beriman dengannya, melainkan sedikit’ Beliau berkata: ‘Mereka berjumlah lapan orang.’ ” Terdapat tiga sebab utama mengapa Norea telah dibenarkan menaiki Bahtera tersebut: 

1. Kebanyakan sahabat dan penyokong Nuh yang telah membantunya membina Bahtera tersebut telah berpaling tadah (menjadi murtad). Jika Norea membakar Bahtera itu sekali lagi, Nuh (AS) dan anak-anaknya tidak akan dapat membinanya sekali lagi tanpa kesemua tenaga kerja yang mereka ada sebelum ini. 

2. Norea berasa sangat takut kerana dia telah berlaku curang kepada Nuh (AS) dengan seorang lelaki yang terkenal, berpengaruh dan berkuasa di bandar itu. Dia kir yang disebabkan rahsia inilah Tuhan tidak akan memaafkannya. 

Dia berkata kepada dirinya sendiri yang Nuh (AS) semestinya telah mendapat tahu dan merancang untuk membiarkannya lemas dan disebabkan hal itu beliau telah melarangnya masuk ke dalam Bahtera. Melainkan dia dibenarkan menaiki Bahtera, Norea akan tetap terus membakar Bahtera tersebut. 3. Norea berasa kasihan kepada umat manusia dan tidak mengharapkan kebinasaan terhadap mereka, sedangkan Syaitan bergembira kerana Nuh menyeru agar hukuman turun ke atas manusia. Perkara ini jelas sebagaimana di dalam kebanyakan riwayat dari Ahlul-Bait (Dari Mereka Salam). Daripada Ali ibn Muhammad (Darinya Salam) beliau telah berkata: “Apabila Iblis datang kepada Nuh, dia telah berkata kepada beliau: ‘Kamu telah berikanku satu bantuan yang sangat besar, jadi tanyakanlah nasihat kepadaku, aku tidak akan mengkhianati kamu,’ jadi Nuh berasa sakit hati dengan kata-katanya dan permintaannya, namun Tuhan memberi wahyu kepada Nuh: ‘Bercakaplah dengannya dan tanyakannya, Aku akan membuatkannya menyebutkan sesuatu perkara yang menjadi satu bukti ke atas kamu.’ Jadi Nuh (AS) berkata kepada Iblis: ‘Cakaplah’, Iblis berkata: ‘Jika kami dapati anak Adam kedekut atau cemburu atau zalim atau terburu-buru kami akan menangkapnya seperti seseorang menangkap sebiji bola, jadi jika sifat-sifat ini berkumpul di dalam dirinya kami memanggilnya sebagai ‘Shaitan’, maka Nuh berkata: ‘Apakah bantuan besar yang kamu telah nyatakan tadi?’ Dia berkata: ‘Yang mana kamu telah menyeru kepada Tuhan untuk memusnahkan manusia di Bumi, jadi dalam masa satu jam kamu telah membawa mereka semua ke dalam api neraka jadi aku menjadi bebas, jika bukan kerana doa kamu untuk menurunkan hukuman ke atas mereka ianya akan mengambilku masa sepanjang hidup [untuk mencapainya].’ ” Walaupun Norea tidak layak untuk menaiki Bahtera, demi kepentingan Nuh (AS) dan oleh kerana Norea tidak menginginkan kemusnahan bagi umat manusia Tuhan bersimpati kepadanya dan memasukkannya ke dalam Bahtera. Di dalam AlKitab Suci, Kitab Kejadian menyatakan: “Tuhan kemudiannya berfirman kepada Nuh, “Masuklah ke dalam bahtera itu, kamu dan seluruh keluargamu, kerana Aku dapati kamu orang yang soleh pada generasi ini.” Kita dapati satu lagi kisah menarik tentang satu kejadian yang berlaku pada tempoh waktu selepas banjir besar: Sewaktu Nuh berputus asa dalam membimbing orang-orang yang musyrik dan sesat itu, beliau mula membina Bahtera berdasarkan perintah Tuhan Yang Maha Besar…dan setelah semuanya bersedia, Nuh merungut kepada Tuhan tentang orang-orangnya yang musyrik dan berdoa kepada Tuhan untuk memusnahkan kesemua mereka, dan oleh kerana pembuktian telah dibawakan kepada mereka, Tuhan menghantarkan satu azab ke atas mereka, dan hujan pun turun dengan lebatnya dan banjir yang berskala penuh telah melanda dan menenggelamkan kesemua mereka yang ingkar dan mereka menjadi binasa. Dan setelah orang-orang kafir dimusnahkan, hujan pun berhenti, air banjir turut surut dan Bahtera Nuh berlabuh dan tiba di hentiannya yang terakhir. 

Orang-orang yang beriman kepada Nuh telah selamat dan mereka turun dari Bahtera dan kemudiannya terlibat dalam pelbagai jenis kerja dan urusan dalam hidup mereka. Pekerjaan Nuh adalah membuat periuk-periuk seramik. Beliau akan menyiapkannya dan menjualnya kepada masyarakat dan menampung keperluan hidupnya dari penjualannya. Suatu hari seorang malaikat telah datang kepadanya di dalam bentuk manusia dan membeli darinya beberapa periuk tembikar dan mula menghancurkan kesemuanya, dan Nuh melihat kepadanya dan setiap kali dia menghancurkan sebiji periuk, Nuh menjadi sedih dan berasa sakit hati tanpa mengatakan sepatah kata pun. 

Akhirnya, Nuh tidak dapat menahan diri dari melihat periuk-periuknya dihancurkan sedangkan beliau baru buat dan jual. Beliau menjerit dengan bengis kepada lelaki itu (malaikat): ‘Apa yang kamu buat, wahai manusia?! Kenapa kamu pecahkan periuk-periuk yang telah aku buat dengan tanganku sendiri?!’ Lelaki itu (malaikat) menjawab: ‘Aku sudah membelinya dari kamu dan ianya menjadi barang milikku dan kamu tiada kaitan lagi dengannya dan aku boleh lupuskannya dengan apa cara yang aku mahu.’ Nuh (AS) berkata: ‘Ianya benar yang kamu telah membelinya dariku, tetapi aku telah bekerja keras dan memenatkan diriku sehinggalah aku siap membuatnya, dan aku tetap sayangkannya walaupun setelah kamu membelinya dariku, dan aku tidak dapat terima yang kamu merosakkan hasil-hasil dari kerjaku dan hasil dari usahaku.’ Lelaki itu (malaikat) menjawab: ‘Kamu tidak ciptakan periuk itu, kamu hanya membuatnya, tetapi kamu masih tidak tahan melihatnya dipecahkan. Bagaimana yang kamu telah buat dulunya, dengan menyeru kepada Tuhan untuk memusnahkan seluruh ciptaan-Nya?!’ Disebabkan kejadian ini, Nuh mulai menangis dan merintih dengan sangat keras sehingga orang memanggilnya sebagai ‘Nuh’ (iaitu seseorang yang merintih). Kejadian ini jelas menunjukkan bahawa sepanjang tahun-tahun tersebut, dari ketika banjir melanda sehinggalah Bahtera itu berlabuh, Tuhan mengira bahawa Nuh bertanggungjawab kerana menyeru hukuman diturunkan ke atas umatnya, malahan menjadikannya satu isu untuk menegurnya tentang perkara itu selepas bertahun-tahun lamanya. 

Selepas banjir tersebut, Tuhan menubuhkan satu Perjanjian baru dengan Nuh (AS), dan ianya satu Perjanjian yang berbeza daripada Perjanjian Pertama. Perjanjian Kedua terdiri daripada arahan-arahan baru dan undang-undang yang tidak ada dalam Perjanjian Pertama. AlKitab Suci menyatakan butiran-butiran berkenaan Perjanjian Nuh dan undang-undangnya: Kemudian Tuhan memberkati Nuh dan anak-anaknya, dengan berfirman kepada mereka, “Berkembanglah dan tingkatkan bilangan dan penuhilah bumi. Ketakutan dan kengerian terhadap kamu akan dikenakan ke atas semua binatang-binatang buas bumi, dan ke atas semua burung-burung di langit, ke atas setiap makhluk bergerak yang menyusuri di sepanjang tanah, dan ke atas semua ikan di laut; semuanya dikurniakan ke dalam tangan-tanganmu. 

Semua yang hidup dan bergerak akan menjadi makanan untukmu. Sebagaimana aku telah berikan kepada kamu tumbuh-tumbuhan hijau, aku sekarang memberikanmu kesemuanya. Tetapi kamu mestilah jangan memakan daging yang mana masih bernyawa. Dan untuk nyawa dan darah kamu aku pasti akan menuntut perhitungan. Aku akan menuntut hitungan bagi setiap haiwan. Dan dari setiap manusia juga, aku akan menuntut hitungan bagi nyawa dari manusia lainnya. Sesiapa yang menumpahkan darah manusia, dengan manusia juga haruslah darahnya ditumpahkan; kerana berdasarkan imej Tuhanlah, Tuhan telah ciptakan bangsa manusia. 

Untuk kamu, berkembanglah dan tingkatkan bilangan; bergandalah di bumi dan perbanyakkan di atasnya.” Kemudian Tuhan berfirman kepada Nuh dan kepada anak-anaknya yang bersamanya: “Kini aku tubuhkan Perjanjianku denganmu dan dengan keturunanmu yang seterusnya dan dengan setiap makhluk hidup yang telah bersamamu—burung-burung, haiwan-haiwan ternakan dan semua binatang-binatang buas, semuanya yang keluar dari bahtera bersamamu—setiap makhluk hidup di atas bumi. 

Aku menubuhkan Perjanjianku denganmu: Tidak akan terjadi lagi semua kehidupan dimusnahkan dengan air banjir; tidak akan terjadi lagi satu banjir yang akan memusnahkan bumi.” Dan Tuhan berfirman, “Ini adalah satu petanda kepada Perjanjian yang aku buat di antara aku dengan kamu dan dengan setiap makhluk hidup yang bersamamu, satu perjanjian untuk semua generasi yang akan datang: Aku telah meletakkan pelangiku di awanan, dan ianya akan menjadi tanda kepada perjanjian antara aku dan bumi. Bilamana aku bawakan awan-awan ke bumi dan pelangi muncul di awanan, aku akan memperingati perjanjianku di antara aku dan kamu dan dengan kesemua makhluk hidup dari setiap jenisnya. Tidak akan lagi air berubah menjadi satu banjir yang akan memusnahkan semua kehidupan. Bilamana pelangi itu muncul di awanan, aku akan melihatnya dan mengingati perjanjian yang kekal abadi di antara Tuhan dan semua makhluk hidup dari setiap jenisnya di bumi.” Jadi Tuhan berfirman kepada Nuh, “Ini adalah petanda kepada perjanjian yang aku telah tubuhkan di antara aku dengan kesemua hidupan di bumi.” Arahan pertama yang Tuhan telah berikan kepada Nuh adalah sama sebagaimana arahan yang Dia telah berikan kepada Adam (AS): “Berkembanglah dan tingkatkan bilangan dan penuhilah bumi.” Tuhan telah memilih Nuh sebagaimana Dia telah memilih Adam dan memberkati Nuh sebagaimana Dia telah memberkati Adam (AS). Arahan ini, yang Tuhan telah berikan kepada mereka, “untuk berkembang dan berganda,” kekal sama daripada Perjanjian Pertama kepada yang Kedua dan tidak berubah. 

Arahan untuk menghindari pohon tidak lagi ada dalam Perjanjian Kedua disebabkan pohon tersebut berada di dalam Taman Eden. Oleh kerana manusia tidak lagi berada di dalam Taman Eden, arahan untuk menghidari Pohon Ilmu tidak lagi terpakai. Tuhan telah berikan Nuh (AS) arahan-arahan baru yang bukannya sebahagian daripada Perjanjian Pertama dan tidak pernah dibuat sebelum ini, iaitu seperti memakan daging. 

Tuhan telah melarang Nuh (AS) daripada memakan haiwan hidup-hidup dan Nuh (AS) cuma boleh memakan haiwan-haiwan yang telah disembelih sebagai satu tawaran korban kepada Tuhan. Dari sinilah sunnah (tradisi, budaya, dan amalan) dalam Islam yang hanya memakan daging haiwan yang telah disembelih dengan cara yang halal (dibenarkan, Kosher): menghadap kiblat (arah/orientasi) dan menyebut nama Tuhan ke atasnya. Beginilah cara menyembelih binatang sebagai korban dilakukan. 

Tuhan juga telah melarang dalam Perjanjian Kedua apa-apa jenis penumpahan darah atau pembunuhan ke atas manusia atau mana-mana makhluk hidup. Oleh itu, Tuhan telah berkata yang dia akan menuntut perhitungan dan mengeluarkan perintah bahawa denda bagi pembunuhan mestilah hukuman mati. 

Ulul Azmi (mereka-mereka yang paling berazam) adalah ungkapan al-Qur’an yang digunakan untuk menggambarkan Nabi-nabi Perjanjian (Salam Kepada Mereka). Para Nabi Perjanjian (Salam Kepada Mereka) telah ditugaskan untuk menubuhkan undang-undang ilahi dan syariat dengan umat manusia. 

Nabi-nabi Perjanjian (Salam Kepada Mereka) yang Tuhan telah utuskan kepada umat manusia adalah berjumlah lima orang: Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, dan Nabi Muhammad (Salam dan Keberkatan ke Atas Mereka Semua). Adapun Adam (AS), beliau juga merupakan pendamping kepada sebuah Perjanjian Ilahi tetapi beliau bukanlah salah seorang Ulul Azmi kerana beliau telah melanggar Perjanjian tersebut. Dari Uthman ibn Isa, dari Sama’a, dia telah berkata: Aku telah bercakap dengan Abi Abdillah (AS): “Firman Tuhan ‘Maka bersabarlah sebagaimana mereka-mereka yang telah berazam,’” beliau berkata: “[Mereka adalah] Nuh, Ibrahim, Musa, Isa, dan Muhammad (salam ke atas mereka dan ke atas semua Nabi Tuhan dan Rasul-Nya).” Aku berkata, “Bagaimana mereka dapat menjadi Ulul Azmi?”, Beliau berkata, “Kerana Nuh telah diutuskan dengan sebuah Kitab dan syariat, jadi semua yang datang selepas Nuh beramal berdasarkan Kitab Nuh dan syariatnya dan kaedahnya, sehinggalah Ibrahim datang dengan kitab-kitab suci, dan dengan keazaman beliau meninggalkan Kitab Nuh, bukan kerana tidak percaya dengannya. 

Dan setiap Nabi yang datang sesudah Ibrahim telah tampil dengan syariat Ibrahim, kaedahnya dan kitab-kitab sucinya, sehinggalah Musa datang dengan Taurat dan dengan keazaman beliau telah meninggalkan kitab-kitab suci itu. 

Dan begitu juga dengan setiap Nabi yang datang selepas Musa, mereka beramal dengan Taurat, syariatnya dan kaedahnya, sehinggalah al-Masih datang dengan kitab-kitab Injil dan dengan keazaman beliau meninggalkan syariat Musa dan kaedahnya. Oleh itu setiap Nabi yang datang selepas al-Masih telah beramal dengan syariat dan kaedahnya, sehinggalah Muhammad (SAWAS) datang dan tampil dengan al-Qur’an, syariatnya dan kaedahnya. Maka halalnya (perkara yang dibenarkan) akan kekal halal (dibenarkan) sehinggalah ke hari Hari Pengadilan, dan haramnya (perkara yang tidak dibenarkan) tetap haram (tidak dibenarkan) sehinggalah ke Hari Pengadilan, jadi mereka-mereka inilah para Ulul Azmi (mereka-mereka yang berazam) dari kalangan para Rasul.” Oleh itu, semua Nabi dan Rasul yang berjumlah seratus dua puluh empat ribu, semua risalah mereka jatuh di bawah salah satu syariat yang telah disebutkan, dari syariat Adam sehinggalah syariat Muhammad (Salam Kepada Mereka). Nabi-nabi dari Tuhan seperti Habil, Seth, Henokh dan kesemua Nabi-nabi lain yang berada di antara Adam dan Nuh (Salam Kepada Mereka), telah beramal berdasarkan syariat dari Perjanjian Adam. Perjanjian Kedua dengan Nuh (AS) berterusan sehinggalah kepada zaman Ibrahim (AS). 

Bumi sepatutnya dibersihkan daripada keturunan Iblis dan anak-anak Qabil, akan tetapi Nuh (AS) telah mengahwini seorang wanita daripada keturunan Qabil sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. Nuh dan Norea mempunyai tiga anak lelaki bersama: Sam, Ham dan Yafet dan isteri Nuh juga telah melahirkan anak lelaki keempat dan namanya adalah Yam tetapi dia bukanlah anak kandung kepada Nuh (AS). Ini jelas terbukti ketika Tuhan Yang Maha Kuasa ber rman: “Dan Nuh menyeru kepada Tuhannya, seraya berkata, “Wahai Tuhanku! Pastinya anakku ˹juga˺ adalah dari keluargaku, janji-Mu pastinya benar, dan Engkau adalah yang paling adil di kalangan semua pengadil” Allah menjawab, “Wahai Nuh! Dia pastinya bukan dari keluargamu—dia adalah hasil dari kelakuan yang keji. Maka janganlah kamu meminta kepada-Ku tentang apa yang kamu tidak ilmu tentangnya! Aku memberi amaran kepada kamu supaya kamu tidak jatuh ke dalam kejahilan.” Juga, Tuhan Yang Maha Kuasa telah ber rman dalam Surah At-Tahrim, “Tuhan telah memberikan satu pengajaran kepada orang-orang kafir: isteri Nuh dan isteri Lut. Setiap dari mereka telah berkahwin dengan salah seorang dari kalangan hamba Kami yang soleh, namun telah mengkhianati mereka. 

Suami-suami mereka tidak dapat menolong mereka daripada Tuhan: dikatakan, ‘Kamu berdua masuk ke dalam neraka bersama yang lain.” Selama bertahun-tahun, ulama-ulama Islam telah cuba menafsir ayat-ayat tersebut dengan pelbagai cara. Mereka telah mengatakan bahawa pengkhianatan itu adalah pengkhianatan dalam keimanan dan bukannya perselingkuhan dalam perkahwinan kerana mustahil seorang isteri Nabi mengkhianatinya. Mereka mengatakan bahawa anak Nuh (AS) yang dirujuk dalam Kitab Suci al-Qur’an masih anak kandungnya walaupun ianya menyatakan, “Dia bukanlah dari keluarga kamu (Nuh).” Konsensus (ijma’) di kalangan ulama Islam adalah bahawa anak Nuh hanya mempunyai kepercayaan yang berbeza dengan bapanya. 

Walau bagaimanapun, apabila seseorang membaca al-Qur’an secara objektif, tanpa sebarang tanggapan tentang kesucian atau bersih tentang watak-watak tersebut, kebenaran menjadi jelas dan nyata. Hakikatnya adalah bahawa isteri Nuh telah mengkhianatinya dan telah dihamilkan. Aba Al-Hassan (AS) telah berkata mengenai ayat berikut “ ‘Wahai kamu yang telah beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang ikhlas,’ Si hamba bertaubat dan tidak kembali melakukan apa yang dia telah lakukan, dan sesungguhnya hamba Allah yang paling dikasihi Allah adalah mereka yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat,” Ali ibn Ibrahim telah berkata tentang firman Allah ‘Allah menjadikan satu pengajaran: “Kemudian Allah menjadikan mereka satu pengajaran,” dan beliau membaca ayat: “Allah menjadikan satu pengajaran kepada orang-orang kafir: isteri Nuh dan isteri Lut. Setiap dari mereka telah mengahwini seorang lelaki dari hamba-hamba Kami yang soleh, namun telah mengkhianati mereka.” Dia berkata: “Demi Allah, beliau tidak maksudkan kata-kata ‘namun telah mengkhianati mereka’ itu melainkan merujuk kepada penzinaan.” Isteri Nuh telah melahirkan seorang anak luar nikah yang disangka Nuh (AS) sebagai anak kandungnya. Walau bagaimanapun, dia bukanlah anak kandungnya dan “bukan dari keluargamu” adalah sebagaimana Kitab Suci al-Qur’an menyatakannya secara literal. Riwayat-riwayat dari Keluarga Muhammad (Dari Mereka Salam) telah mengesahkan realiti ini. Zurara telah meriwayatkan daripada Abi Jaafar (Darinya Salam) tentang kata-kata Nuh: “Anakku, naiklah ke dalam Bahtera bersama kami,” Beliau berkata: “Itu bukan anaknya,” Aku berkata: “Nuh berkata, ‘Anakku?’ ” Beliau berkata: “Nuh berkata sebegitu sedangkan dia tidak tahu tentangnya.” Sekarang kita juga memahami respon daripada si anak lelaki itu dalam al-Qur’an di mana dia berkata: “Aku akan berlindung di atas gunung” Gunung itu sebenarnya bukanlah sebuah gunung zikal sama sekali, ianya adalah bapa kandungnya yang Norea telah mengkhianati Nuh (AS) bersamanya, iaitu seorang ulama yang tidak beramal yang berpengaruh. Ianya patut dinyatakan bahawa perkataan bahasa Arab bagi gunung “Jabal” adalah sebenarnya satu nama yang dipakai pada zaman tersebut, dan Taurat menyebutkan seorang lelaki bernama “Jabal” yang telah hidup pada zaman Nuh (AS) dan telah dikenali sebagai “bapa kepada mereka-mereka yang hidup di dalam khemah dan memelihara haiwan-haiwan ternakan.” Henry Corbin di dalam bukunya Swedenborg and Esoteric Islam telah memetik satu tafsiran Gnostik yang menerangkan simbolisme lebih mendalam berkenaan Bahtera dan gunung di mana anak Nuh mencari perlindungan: “Maka Bahtera itu terapung bersama mereka di atas ombak yang [menjulang] seperti gunung” (11:42), yang bermaksud: Imam, yang menghabiskan hidupnya dengan ajaran esoterik, terapung dalam dakwahnya seperti sebuah Bahtera mistik, bersama-sama dengan mereka-mereka yang telah menyahut kepada Seruannya (yang mostajibun), di atas lautan ilmu; dia terapung dari peringkat mistikal ke peringkat yang lain (dari hadd ke hadd), demi mencetuskan setiap individu masuk ke dalam ilmu kerohanian yang lebih tinggi (ma’rifat); gelombang-gelombang yang dia hadapi, menjulang tinggi bak gunung-gunung, adalah mereka-mereka yang telah mempelajari syariat, ilmuan-ilmuan literal (‘ulama’ al-zohir) yang lulus sebagai ahli-ahli sains, walaupun mereka kekosongan dari sebarang ilmu dalam erti kata yang sebenar; itulah sebabnya mereka tumbang di hadapan Imam, sebagaimana ombak-ombak laut menjunam jatuh setelah diberikan ilusi sebagai gunung-gunung yang tinggi. Dakwah ketuhanan (Bahtera mistik) terapung di atas kepala orang-orang ini yang memberikan diri mereka keangkuhan orang yang berilmu. Ia membelah mereka seperti kapal membelah ombak. Ia terapung di atas mereka sambil mereka menakut-nakutkan manusia dengan ilmu mereka yang cetek, mengembungkan diri mereka sendiri dengan cara ombak laut meningkat naik dan berlanggar antara satu sama lain…Tetapi mereka-mereka yang telah menerima dakwah terlindung di sana dari kesesatan mereka, sebagaimana si pengembara di dalam sebuah kapal yang terlindung dari ombak-ombak. Itulah sebabnya Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) sentiasa menekankan agar membaca Kitab Suci al-Qur’an sebagai satu kitab yang biasa sambil membuang tanggapan suci mengenai tindakan watak-watak yang digambarkan di dalam kisah-kisah tersebut. Ini membolehkan pemahaman yang lebih objektif, konsisten dari segi sejarah, dan pemahaman yang lebih benar berbanding tafsiran berat sebelah berdasarkan idea-idea prasangka tentang personaliti dan peristiwa yang berlaku. Di samping itu, ianya juga penting untuk mempertimbangkan makna simbolik, yang bukan literal. Beberapa sumber dan riwayat Arab telah menyatukan di antara Yam dan Kanaan dan menjadikan mereka kepada satu individu. Namun begitu, mereka bukanlah merujuk kepada satu orang dengan dua nama; mereka, sebenarnya, adalah dua orang yang berbeza. Yam adalah si anak lelaki yang telah lemas. Kanaan pula adalah bapa kepada bangsa Kanaan dan telah dilahirkan selepas banjir. Orang-orang Kanaan adalah keturunan dari Kanaan dan merupakan peradaban berbahasa Semitik yang telah disebut-sebut di seluruh AlKitab. Masyarakat ini tidak akan wujud pada hari ini jika bapa mereka Kanaan telah tenggelam dalam banjir. Tetapi sebaliknya watak Yam dan Kanaan telah digabungkan menjadi satu watak oleh para pencerita kerana mereka berdua bukanlah anak-anak kepada Nuh secara biologi. Seorang dari mereka telah dilahirkan sebelum banjir dan seorang lagi selepas banjir. Taurat dan Injil-injil telah membuktikan rman- rman dari Kitab Suci al-Qur’an berkenaan isteri Nuh dan anaknya, di mana Taurat mengatakan di dalam Kitab Kejadian: Dan Nuh mula menjadi seorang petani, dan beliau mengusahakan kebun anggur: Dan beliau telah meminum wain, dan menjadi mabuk; dan beliau berbogel di dalam khemahnya. Dan Ham, bapa kepada Kanaan, telah melihat ketelanjangan ayahnya, dan memberitahu kedua saudara lelakinya yang sedang berada di luar. Dan Shem dan Yafet mengambil sehelai pakaian, dan menyarungkannya pada bahu mereka; dan mereka berjalan mengundur, dan menutupi ketelanjangan ayah mereka; dan mereka berpaling ke belakang, dan mereka tidak melihat ketelanjangan ayah mereka. Apabila Nuh terbangun dari mabuk wainnya, dan menyedari apa yang telah dilakukan oleh anak bongsunya kepadanya, beliau berkata, “Semoga Kanaan Dilaknat; Dia akan menjadi seorang hamba di kalangan hamba-hamba kepada abang-abangnya.” Beliau juga berkata, “Segala puji bagi Allah, Tuhan kepada Shem; dan Kanaan akan menjadi hambanya. Tuhan akan meluaskan wilayah Yafet, dan dia akan tinggal di dalam khemah-khemah Shem; dan Kanaan akan menjadi hambanya.” Ilmuan-ilmuan AlKitab telah berbeza pendapat tentang maksud dari kisah ini dan berkenaan maksud “Dan Ham, bapa kepada Kanaan, telah melihat ketelanjangan bapanya,” dan untuk benar-benar memahami apa maksudnya yang sebenar, kita mesti melihat kepada Kitab Imamat: “Dan lelaki yang telah meniduri isteri ayahnya telah menyingkap ketelanjangan ayahnya: kedua-duanya pasti akan dihukum mati; darah mereka tertanggung atas mereka.” Kini maksudnya menjadi jelas, kata-kata “menyingkap ketelanjangan ayahmu” atau “untuk melihat ayahmu telanjang” dimaksudkan oleh orang-orang zaman dahulu sebagai melakukan persetubuhan dengan isteri kepada si bapa, kerana ketelanjangan bagi seorang lelaki ialah isterinya. Maka isteri Nuh telah mengandungkan anak kepada anak lelakinya dan Nuh telah mengutuk anak yang belum dilahirkan itu dan menamakannya Kanaan, yang secara har ah bermaksud, daripada Qabil, untuk mengisyaratkan bahawa dia akan menjadi seorang pelaku yang keji atau benih yang keji, iaitu seorang anak lelaki daripada Qabil, atau syaitan. Untuk membuktikan lagi perkara ini, bahawa Kanaan sememangnya merupakan keturunan dari isteri Nuh dan anaknya Ham, mari kita lihat kepada ayat-ayat berikut dari Taurat:“Dan anak-anak Nuh, yang menaiki bahtera itu, ialah Shem, Ham, dan Yafet; dan Ham, adalah bapa kepada Kanaan.” Di dalam Kitab Kejadian ianya menyebutkan; “Dan Ham, bapa kepada Kanaan, telah melihat ketelanjangan bapanya, dan memaklumkan kepada kedua saudaranya yang berada di luar.” Jadi, terbuktilah bahawa Ham adalah bapa kepada Kanaan dan bukannya orang lain. Sekarang mari kita lihat siapakah pula ibunya. Di dalam Kitab Kejadian ianya menyebutkan: “Dan beliau berkata, “Semoga Kanaan dilaknat; dia akan menjadi seorang hamba di kalangan hamba-hamba kepada abang-abangnya.” Maka Nuh mengutuk Kanaan agar menjadi hamba kepada saudara-saudaranya, tetapi siapakah saudara-saudara Kanaan? Di dalam Kitab Kejadian ianya menyebutkan: “Tuhan akan meluaskan wilayah Yafet, dan dia akan tinggal di dalam khemah-khemah Shem; dan Kanaan akan menjadi hambanya.” Oleh itu, abang-abang kepada Kanaan ialah Yafet dan Shem, dan Ham adalah kedua-duanya, iaitu bapa kepada Kanaan dan juga abang kepada Kanaan. Dari Kanaanlah telah lahirnya bangsa-bangsa Sodom dan Gomorrah (kaum Lut) dan darinya juga lahirnya Namrud dan selain mereka, iaitu orang-orang yang ka r dan para penzalim. Namun ada juga yang lahir darinya mereka-mereka yang soleh, kerana Allah telah ber rman: “Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati daripada yang hidup, dan menghidupkan semula bumi sesudah matinya. Dengan cara inilah (yang Dia menghidupkan semula bumi yang mati), kamu akan dikeluarkan daripada kematian.” Daripada Sam atau Shem lahirnya para Nabi dan Rasul Semitik dan garis dari keturunan-keturunan Adam (AS). Utusan Allah, Muhammad (SAWAS) telah bersabda: “Sam adalah bapa kepada bangsa Arab dan Yahudi (Semua orang Semitik) dan Yafet adalah bapa kepada bangsa Rom dan Ham adalah bapa kepada bangsa Abyssinia.” Sam adalah pewaris kepada Nuh (AS). Agama Mandaean menganggap Sam sebagai di antara Nabi yang paling terpenting. Mereka mempunyai banyak manuskrip dan buku-buku yang berbicara tentangnya. Salah satu mukjizat Nabi Isa (AS) adalah menghidupkan semula Sam dari kuburnya. Tuhan telah ber rman di dalam al-Qur’an: “Dan ingatlah ketika Kami berkata kepada para malaikat: “Sujudlah kamu di hadapan Adam”; semuanya bersujud, melainkan Iblis. Dia adalah dari golongan jin lalu mengingkari perintah Tuhannya. Maka adakah kamu mahu mengambilnya dan keturunannya sebagai wali kamu selain Aku walaupun mereka adalah musuh kamu yang nyata? Betapa jahatnya pengganti yang pendosa-pendosa ini telah ambil!” Tuhan Maha Kuasa juga telah ber rman: “Perjanjian-Ku tidak dipanjangkan kepada orang-orang yang zalim.” Ini bermakna bahawa Perjanjian Tuhan hanyalah dengan Adam (AS) dan keturunannya dan bukan dengan Iblis dan keturunannya, yang bermaksud bahawa Perjanjian Tuhan hanyalah dengan orang-orang yang beriman dan bukannya orang-orang ka r. Ini adalah perkara penting yang kita mesti tumpukan perhatian kita ke arahnya. Oleh itu, kita dapati bahawa agama Tuhan yang sebenar sentiasa kekal sebagai rahsia yang terpelihara sepanjang abad. Tuhan Yang Maha Hebat telah memerintahkan Adam dan keturunannya untuk tetap berdiam diri dan menjaga ajaran Ilahi sebagai satu rahsia. Dia telah memerintahkan mereka untuk merahsiakan kebenaran atau berpura-pura (taqiyyah) dengan Qabil dan keturunannya supaya mereka tidak akan pernah dapat mengetahui agama Tuhan yang sebenar. Ada beberapa sebab kepada amalan berpura-pura ini. Pertama, permusuhan dan kedengkian yang Iblis dan keturunannya ada terhadap Adam (AS) dan keturunannya. Kedua, Iblis dan keturunannya tidak mempunyai keupayaan untuk mengendalikan tanggungjawab dalam mengamalkan dan membawa agama Tuhan yang sebenar. Akibatnya, kita dapati bahawa tiada apa-apa melainkan hanya dua huruf ilmu Ilahi telah disampaikan kepada manusia. Ianya adalah sebuah hadis yang masyhur yang telah menyebutkan bahawa pada masa kemunculan Al-Qaim/Sang Pembangkit (Darinya Salam), beliau akan membawa baki dua puluh lima huruf ilmu pengetahuan dan menyebarkannya di kalangan umat manusia. Dua puluh lima huruf ilmu pengetahuan ini ditambah kepada dua huruf ilmu pengetahuan yang sebelumnya, akan melengkapkan ilmu pengetahuan manusia tentang tauhid yang sebenar dan agama Tuhan yang sebenar. Riwayat-riwayat berikut dapat menggambarkan realiti ini: Abi Abdullah Imam Al-Sadiq (Darinya Salam) telah berkata: “Ilmu itu berjumlah dua puluh tujuh huruf dan semua perkara yang telah dibawakan oleh para Rasul hanyalah dua huruf dan manusia hingga ke hari ini tidak mengetahui apa-apa melainkan dua huruf ini, maka jika Al-Qaim muncul beliau akan membawa dua puluh lima huruf lagi dan menyebarkannya di kalangan manusia dan akan menambahkannya kepada dua huruf yang sebelumnya, sehinggalah beliau menyebarkan dua puluh tujuh huruf kesemuanya.” Ianya telah diriwayatkan daripada Keluarga Suci (Ahlul-Bait) (Dari Mereka Salam): “Sesungguhnya Adam telah jatuh sakit selama sebelas hari dan beliau telah memberikan Wasiat kepada anaknya Seth (AS), beliau telah menulis Wasiatnya dan menyerahkannya kepada anaknya Seth dan memerintahkannya untuk menyembunyikannya daripada Qabil dan anak-anaknya, kerana Qabil telah membunuh Habil kerana dengki kepadanya, disebabkan Adam memilih Habil untuk menerima kesemua ilmunya, lalu Seth dan anak-anaknya menyembunyikan ilmu yang mereka miliki, dan Qabil dan anak-anaknya tidak mempunyai ilmu yang dapat dimanfaatkan.” Al-Mufaddal (AS) telah meriwayatkan: “Saya telah bertanya kepada Imam Al-Sadiq (AS) tentang maksud ayat: ‘Aku akan mendirikan tembok tembok yang kuat di antara kamu dan mereka,’ dan beliau menjawab, ‘Ianya adalah taqiyyah/pura-pura, “Oleh itu mereka menjadi tidak berdaya untuk mengagaknya atau menerokanya,” [dan beliau (AS) menjawab,] ‘Kerana mereka tidak mampu mengagaknya atau menyingkapnya jika kita mengamalkan kepura-puraan (taqiyyah) dan ianya adalah tembok yang kuat dan sekarang ianya telah dibangunkan di antara kamu dan musuh-musuh Allah, suatu tembok yang mereka tidak dapat tembusi.’ Dan kemudian aku bertanya kepadanya berkenaan, ‘Tetapi apabila janji Tuhanku menjadi kenyataan, Dia akan menghancurkannya menjadi debu,’ dan beliau (AS) menjawab: ‘Ini berkenaan termansuhnya amalan berpura-pura (taqiyyah) ketika pendedahan terjadi dan beliau akan membalas dendam terhadap musuh-musuh Tuhan.’ ”33

Catat Ulasan