Kisah kita adalah kisah tentang seorang Raja yang telah digulingkan (Adam dan keturunannya) dan satu perjuangan untuk mengembalikan beliau kepada takhtanya dan memberikan kemampuan kepada anak-anaknya di Bumi. Inilah keseluruhan agama dan tujuannya, iaitu untuk menubuhkan pemerintahan Tuhan di Bumi, sebuah pemerintahan yang akan menyebarkan keadilan dan kesaksamaan ke seluruh dunia. Agama telah diputarbelitkan dan dirosakkan oleh anak-anak Qabil. Mereka menjadikannya sebagai satu perkara di mana pemerintahan sesebuah negara dipisahkan daripada agama, yang kononnya pemisahan Gereja dan Negara. Ideanya adalah bahawa kita hendaklah cuma menerima Isa, Muhammad, Buddha, Krishna, dll. selagi mana mereka tidak berada dalam suatu kedudukan untuk memerintah kita. Kita sepertinya cuma menerima mereka sebagai guru-guru sekolah pada setiap hari Ahad. Ini bukanlah sepertimana yang Tuhan mahukan. Agama bukanlah berkaitan mengikuti satu set ritual, contohnya seperti ritual-ritual pembersihan atau ritual-ritual solat tertentu, tetapi bahkan ia sebenarnya berkaitan dengan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja lantikan ilahi, dan Raja itu mewakili pemerintahan Tuhan di Bumi. Tuhan tidak pernah berniat untuk tidak hadir dalam kehidupan manusia atau urusan dunia ini, Tuhan bahkan ingin menjamin tertegaknya keadilan dan kesaksamaan di Bumi melalui lantikan dari para Rasul-Nya sebagai pemerintah-pemerintah ilahi, namun begitu para Rasul tersebut telah dianiayai, diseksa dan dibunuh di sepanjang sejarah kerana mereka mempertahankan keadilan Tuhan dan mempertahankan pemerintahan Tuhan di Bumi, iaitu Ketuanan Tuhan. Jadi kami percaya bahawa semua masalah yang ada di Bumi adalah disebabkan oleh hakikat bahawa para pemerintah yang memerintah Bumi ini tidak dilantik oleh Tuhan dan malahan, kebanyakan daripada mereka bukanlah anak-anak dari Adam. Abi Khalid Al-Kabuli telah meriwayatkan bahawa Abi Abdillah (AS) telah berkata: “Tuhan Yang Maha Tinggi telah menjadikan agama dua kerajaan: kerajaan Adam, dan ianya adalah kerajaan Tuhan, dan kerajaan Iblis. Maka apabila Tuhan ingin disembah secara terbuka ia akan menjadi kerajaan Adam, dan jika Tuhan ingin disembah secara tersembunyi, ia akan menjadi kerajaan dari Iblis, dan sesiapa yang menzahirkan apa yang Tuhan ingin sembunyikan, telah terkeluar dari agama.” Oleh itu, kita dapat melihat dengan jelas bahawa agama itu terikat pada pemerintahan ilahi. Kerana keseluruhan agama sebenarnya adalah berkenaan pemerintahan. Sesungguhnya, Tuhan telah ber rman “Sememangnya, Aku akan menjadikan di muka Bumi ini seorang Khalifah.” Sekarang kita faham bahawa para Mahdi (Pembimbing-pembimbing lantikan Tuhan) sebenarnya bukan hanya sekadar pemimpin rohani tetapi juga merupakan Raja-raja yang memiliki autoriti politik dan kerohanian di Bumi
- Home
- Perjanjian Tuhan
- _Perjanjian Pertama
- _Perjanjian Kedua
- _Perjanjian Ketiga
- _Perjanjian Keempat
- _Perjanjian Kelima
- _Perjanjian Keenam
- _Perjanjian Ketujuh
- Hakikat
- _Roh
- __Kelahiran Roh Semula
- __Perpindahan Roh
- __Keluarga Roh
- _Sumber
- __Hakikat & Realiti
- __Cahaya & Kegelapan
- __Badan Samawi
- __Ego
- __Malaikat
- __Jin
- __Kematian
- __Syurga & Neraka
- __Sumber Kejahatan
- __Karma
- __Realiti Memori
- __Mimpi/Fikiran/Imaginasi
- __Kehidupan Makhluk Asing
- __Masks & Keajaiban Haiwan
- __Perkataan yang Tidak Lengkap
- Al Quran
- _Penyelewengan Al Quran
- _Kitab Wahyu
- Nabi Isa
- _Realiti Penyaliban Isa
- _Kebangkitan Isa
- _Tahun-tahun kehilangan Isa
- Pembuktian Imam Al Mahdi
- _Adab & Moral
- _Peristiwa Kebangkitan
- _Daulah Illahi
- _Kebangkitan
- _Al Yamani
- _Imam Al Mahdi
- _Kisah 40 Lelaki
- _Ujian & Saringan
- _Mesir
- _Pengakuan Aba Sadiq
- Merak Malaikat
- Mega Menu