Batu Yamani jangan dikelirukan dengan batu hitam (Hajarul Aswad) di Kaabah, kerana batu Yamani adalah batu yang lain. Pada suatu hari saya telah bertanya kepada Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) mengenainya: Saya bertanya, “Adakah batu Yamani sama dengan batu hitam (Hajarul Aswad)?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Tidak, orang ramai menyangka yang ianya sama tetapi ia sebenarnya adalah sebiji batu yang terpelihara di Wadi Al-Yabis di Jordan.” Saya bertanya, “Apakah warnanya?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) berkata, “Ianya hitam pekat dengan kemerahan di tengahnya.” Saya bertanya, “Dan adakah batu ini akan berada dalam Kaabah yang baru?” Imam Ahmad Al-Hassan (Darinya Salam) menjawab, “Ya.” Perubahan Syariat Dalam Perjanjian Keenam Perjanjian Muhammad membawa perubahan yang ketara dalam hukum-hakam. Dalam konteks ini, sekatan-sekatan dan amalan-amalan baru telah diperkenalkan untuk memurnikan, mendisiplinkan, dan membetulkan kepercayaan dan norma dalam suku-suku dan bangsa-bangsa Arab.