Dakwah Isa bermula ketika beliau berusia tiga puluh tahun, sejurus selepas kematian Yahya Pembaptis (AS), yang wafat pada usia tiga puluh tahun, kerana beza usia di antara beliau dan Isa (AS) hanya enam bulan. Menurut AlKitab Yang Suci, kerja-kerja dakwah Isa dapat bertahan selama tiga tahun, di mana beliau telah mengumpulkan murid-muridnya dan berkeliaran di sekitar Jurusalem dan di kawasan sekitarnya, dengan berceramah dan melakukan mukjizat-mukjizat yang hebat. Daripada 124,000 Nabi yang pernah diutuskan ke Bumi, Isa (AS) adalah Nabi yang paling banyak melakukan mukjizat.
Beliau akan memaklumkan kepada orang ramai tentang apa yang mereka simpan di rumah mereka dan apa yang mereka telah makan. Beliau akan menyembuhkan pesakit-pesakit kusta, mereka-mereka yang buta dan yang pekak. Beliau juga telah memulihkan anggota-anggota badan yang cacat. Beliau juga telah berjalan di atas air. Beliau juga telah menukarkan air menjadi wain. Beliau juga telah menciptakan burung-burung daripada tanah liat. Mukjizat terakhirnya adalah yang paling menakjubkan daripada kesemuanya di mana beliau telah menghidupkan semula Lazarus dari kematian. Mukjizat-mukjizat dan keajaiban-keajaiban ini telah direkodkan di dalam Injil-injil kanonikal. Sepanjang waktu tersebut, murid-muridnya telah menjadi saksi dalam menyaksikan mukjizat-mukjizatnya yang tidak terhitung jumlahnya, dan pengikutnya bertambah daripada dua belas orang lelaki kepada puluhan ribu mukmin. Tetapi mengapakah orang-orang Israel tidak menobatkan Isa sebagai Raja mereka?